Tag Archives: Ukay Bistari

Merasmikan Penutup Program Tadabbur Al-Qur’an Wanita Ukay Perdana

Hulu Kelang, 25 Jun 2016 – Saari telah diundang ke majlis tadabbur Al-Qur’an anjuran bersama gabungan wanita Ukay Perdana dan Pusat Wanita Berdaya DUN Hulu Kelang yang telah diadakan di Surau Jannatul Ulum, Pangsapuri Seri Mutiara, Ukay Bistari.

Saari menyampaikan ucapan perasmian penutup mengharapkan program tersebut dapat dijalankan setiap masa dan hanya bukan pada bulan Ramadhan semata-mata
Saari menyampaikan ucapan perasmian penutup mengharapkan program tersebut dapat dijalankan setiap masa dan hanya bukan pada bulan Ramadhan semata-mata
Muslimat dari Surau di Ukay Perdana terlibat dalam majlis yang dianjurkan
Muslimat dari Surau di Ukay Perdana terlibat dalam majlis yang dianjurkan
Menyampaikan cenderahati kepada wakil-wakil surau
Menyampaikan cenderahati kepada wakil-wakil surau
Menyampaikan cenderahati kepada guru bimbingan, Ustazah Mariam
Menyampaikan cenderahati kepada guru bimbingan, Ustazah Mariam
Bergambar kenangan bersama sebahagian peserta
Bergambar kenangan bersama sebahagian peserta

Ziarah Keluarga Mangsa Rempuhan Mina

Hulu Kelang, 30 September 2015 – Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim telah mewakili saya menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Syafiq, anak kepada Almarhum Zulkifli Samad yang meninggal dunia ketika mengerjakan Haji baru-baru ini di rumahnya, Taman Ukay Bistari.

Almarhum meninggal dunia di dalam insiden rempuhan di Mina pada 10 Zulhijjah selepas dipercayai tersasar ke kawasan kejadian.

Semoga pihak keluarga tabah & sabar atas apa yang berlaku. Insya’Allah Almarhum di tempatkan bersama para Syuhada’ di Syurga Allah SWT

En Helmizan menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Syafiq atas kematian ayahnya di Mina ketika mengerjakan Haji
En Helmizan menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Syafiq atas kematian ayahnya di Mina ketika mengerjakan Haji

Meninjau Aduan Terhadap Pembangunan di Jalan UB12B Ukay Bistari

Hulu Kelang, 20 April 2015 – Saari bersama Pegawai Perancang MPAJ, Penghulu dan JKKK Kg Pasir meninjau aduan terhadap pembangunan di Jalan UB12B Ukay Bistari yang sedang memulakan kerja pembangunan di kawasan tersebut dan tidak mendapat kebenaran dari MPAJ.

Saari bersama pegawai menaiki 4WD MPAJ menuju ke lokasi yang dimaksudkan pada aduan
Saari bersama pegawai menaiki 4WD MPAJ menuju ke lokasi yang dimaksudkan pada aduan
Meninjau kawasan yang terbengkalai oleh pemaju lama (Talam Corp) dan telah dijual kepada pemaju yang baru
Meninjau kawasan yang terbengkalai oleh pemaju lama (Talam Corp) dan ianya telah dijual kepada pemaju yang baru
Pemaju baru telah memulakan kerja meratakan tanah tanpa pengetahuan dari pihak MPAJ
Pemaju baru telah memulakan kerja meratakan tanah tanpa pengetahuan dari pihak MPAJ
Pemaju telah diarahkan untuk menghentikan kerja serta merta sementara MPAJ membuat siasatan lanjut
Pemaju telah diarahkan untuk menghentikan kerja serta merta sementara MPAJ membuat siasatan lanjut
Saari mendengar penerangan daripada pihak pemaju terhadap projek yang dijalankan dan menasihati supaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan
Saari mendengar penerangan daripada pihak pemaju terhadap projek yang dijalankan dan menasihati supaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan

Merasmikan Pelancaran Bomba Komuniti KRT Pangsapuri Dahlia & KRT Residensi Bistaria

Hulu Kelang, 12 Oktober 2014 – Saar telah diundang Merasmikan Pelancaran Bomba Komuniti KRT Pangsapuri Dahlia dan KRT Residensi Bistaria yang telah diadakan di kawasan parkir Residensi Bistaria, Ukay Bistari.

Menyampaikan ucapan perasmian
Saari menyampaikan ucapan perasmian berharap persatuan penduduk dan surau dapat memainkan peranan dalam memastikan ikatan permuafakatan antara penduduk terus terjalin dalam memastikan tahap keselamatan penduduk setempat
Ketua Balai,TPgB Ariff Mohamed Kassim menyampaikan taklimat kepada penduduk terhadap langkah keselamatan yang perlu diambil jika berlaku kebakaran
Ketua Balai,TPgB Ariff Mohamed Kassim menyampaikan taklimat kepada penduduk terhadap langkah keselamatan yang perlu diambil jika berlaku kebakaran
Saari berpeluang memadamkan apa yang sedang marak menggunakan pemadam
Saari mencuba memadamkan api yang sedang marak menggunakan pemadam Powder Fire Extinguisher
Kanak-kanak juga diberi peluang mencuba memadamkan kebakaran
Kanak-kanak juga diberi peluang mencuba memadamkan kebakaran
Bergambar kenangan bersama AJK penganjur
Bergambar kenangan bersama AJK penganjur selepas majlis

Merasmikan Pelancaran Sambutan Merdeka Raya Pangsapuri Dahlia

Hulu Kelang, 10 Ogos 2014 – Saari telah diundang merasmikan kempen mengibar Jalur Gemilang sempena Merdeka Raya anjuran KRT Pangsapuri Pangsapuri Dhalia, Ukay Bistari.

Saari menyampaikan ucapan perasmian penduduk dan persatuan dapat bersatu padu dalam membina semangat silaturrahim dalam melakukan kebajikan kepada masyarakat setempat
Saari menyampaikan ucapan perasmian penduduk dan persatuan dapat bersatu padu dalam membina semangat silaturrahim dalam melakukan kebajikan kepada masyarakat setempat
Sebahagian penduduk yang hadir pada majlis tersebut
Sebahagian penduduk yang hadir pada majlis perasmian tersebut
Saari memasang Jalur Gemilang tanda bermulanya kempen mengibarkan bendera Malaysia
Saari memasang Jalur Gemilang tanda bermulanya kempen
BErgambar kenangan bersama penduduk dan pasukan Bomba yang menjayakan majlis
Bergambar kenangan bersama penduduk dan pasukan Bomba yang menjayakan majlis
Saari turut mengedarkan bendera kereta kepada penduduk setempat
Saari turut mengedarkan bendera kereta kepada penduduk setempat
Bersalaman bersama Pengerusi KRT Pangsapuri Dahlia sebelum meninggalkan majlis
Bersalaman bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis

Memenuhi Undangan Rumah Terbuka Pengerusi Surau Al-Ukhuwah

Hulu Kelang, 9 Ogos 2014 – Saari telah memenuhi undangan majlis rumah terbuka Pengerusi Surau Al-Ukhuwah, Hj Zainal Ali yang telah diadakan di kediamannya, Taman Ukay Bistari.

Bersalaman bersama tetamu setibanya ke tempat majlis
Bersalaman bersama tetamu yang hadir setibanya ke tempat majlis
Menjamu selera sambil berbual mesra bersama penduduk
Menjamu selera sambil berbual mesra bersama penduduk
Saari mengucapkan terima kasih kepada Hj Zainal Ali atas jemputan hadir ke rumah terbuka beliau
Saari mengucapkan terima kasih kepada Hj Zainal atas jemputan yang diberikan

Tarawih Dan Menyampaikan Tazkirah di Surau Residensi Beistaria

Hulu Kelang, 21 Julai 2014 –  Saari telah diundang menunaikan solat sunat Tarawih bersama penduduk dan menyampaikan tazkirah di Surau Residensi Bistaria, Ukay Bistari.

Meninaikan solat sunat Tarawih berjemaah bersama penduduk
Meninaikan solat sunat Tarawih berjemaah bersama penduduk
Saari menyampaikan tazkirah mengajak hadirin menyemak peringatan Allah terhadap tiga golongan yang menzalimi diri mereka sendiri dan berharap agar kita tidak tergolong dalam golongan tersebut
Saari menyampaikan tazkirah mengajak hadirin menyemak peringatan Allah terhadap tiga golongan yang menzalimi diri mereka sendiri dan berharap agar kita tidak tergolong dalam golongan tersebut
Sebahagian penduduk yang menunggu mendengar tazkirah
Sebahagian penduduk yang menunggu mendengar tazkirah

Berbuka Dan Menyampaikan Sumbangan Kepada Rumah Anak-Anak Yatim Al-Hasanah

Hulu Kelang, 13 Julai 2014 -Saari telah diundang ke majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan kepada Rumah Anak-Anak Yatim Al-Hasanah anjuran Surau Al-Ukhuwah, Ukay Bistari.

Ucapan aluan majlis oleh Pengerusi Surau Al-Ukhuwah, Hj Zainal
Ucapan aluan majlis oleh Pengerusi Surau Al-Ukhuwah, Hj Zainal
Saari menyampaikan ucapan tahnih kepada pihak surau yang berjaya menganjurkan majlis dan meraikan anak-anak yatim selaras dengan tuntutan Islam
Saari menyampaikan ucapan tahnih kepada pihak surau yang berjaya menganjurkan majlis dan meraikan anak-anak yatim selaras dengan tuntutan Islam
Saari menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim
Saari menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim
Rumah Anak-Anak Yatim Al-Hasanah terdiri dari pelajar lelaki dan perempaun
Rumah Anak-Anak Yatim Al-Hasanah terdiri dari pelajar lelaki dan perempuan
Ust Abd Hakim menyampaikan tazkirah sementara menunggu waktu berbuka
Ust Abd Hakim menyampaikan tazkirah sementara menunggu waktu berbuka
Berbuka puasa bersama penduduk dan anak-anak yatim
Berbuka puasa bersama penduduk dan anak-anak yatim

Mesyuarat Pembinaan Surau Al-Ukhuwah Ukay Bistari

Hulu Kelang, 26 Jun 2014 – Saari telah mengadakan mesyuarat bersama MPAJ, Jawatankuasa Penaja Surau Al-Ukhuwah, wakil persatuan penduduk Ukay Bistari dan Nusa Tropika bagi menyelesaikan beberapa isu berbangkit berhubung pembinaan Surau Al-Ukhuwah, Ukay Bistari.

Saari mempengerusikan mesyuarat meminta semua pihak menyatakan pendapat dan pandangan dalam menyelesaikan aduan berhubung pembinaan Surau Al-Ukhuwah
Saari mempengerusikan mesyuarat meminta semua pihak menyatakan pendapat dan pandangan dalam menyelesaikan aduan berhubung pembinaan Surau Al-Ukhuwah
Pengerusi Penaja Surau Al-Ukhuwah, YM Mejor (B) Raja Shafauddin Raja Sulaiman menyampaikan hasrat dan tindakan yang dilakukan oleh mereka mempercepatkan pembinaan surau
Pengerusi Penaja Surau Al-Ukhuwah, YM Mejor (B) Raja Shafauddin Raja Sulaiman menyampaikan hasrat dan tindakan yang dilakukan oleh mereka untuk mempercepatkan pembinaan surau baru
Wakil penduduk Nusa Tropika, En Johari menyatakan hasrat penduduk yang kurang senang keadaan simpang masuk ke surau yang bakal dibina kerana terlalu hampir dengan pintu masuk perumahan mereka dan mengundang bahaya pada penduduk

Pada mesyuarat tersebut MPAJ telah bersetuju untuk mengubah laluan masuk surau dan satu pelan baru akan dilakar atas persetujuan semua pihak
Pada mesyuarat tersebut MPAJ telah bersetuju untuk mengubah laluan masuk surau dan satu pelan baru akan dilakar atas persetujuan semua pihak
Pada 4 Mei 2011 Dato' Menteri Besar telah mewartaan tanah seluas 0.429 ekar sebagai tapak surau di Jalan Nusa Tropika 1, Ukay Bistari
Pada 4 Mei 2011 Dato’ Menteri Besar telah mewartaan tanah seluas 0.429 ekar sebagai tapak surau terletak di Jalan Nusa Tropika 1, Ukay Bistari
Kawasan pintu masuk ke surau yang mendapat bantahan penduduk Nusa Tropika
Kawasan pintu masuk ke surau yang mendapat bantahan penduduk Nusa Tropika
Alhamdulillah penyelesaian dapat dicapai antara semua pihak dan kerja pembangunan Surau Al-Ukhuwah akan dibina pada waktu terdekat
Alhamdulillah penyelesaian dapat dicapai antara semua pihak dan kerja pembangunan Surau Al-Ukhuwah akan dibina pada masa terdekat