Tag Archives: Taman Sepakat AU3

Para Legal DUN Hulu Kelang : Taklimat Isu Pajakan Kepada Penduduk Taman Sepakat

Hulu Kelang, 19 Mac 2015 – Pasukan Para Legal DUN Hulu Kelang telah mengadakan program penerangan dan taklimat mengenai isu pajakan rumah yang telah diadakan di Madrasatul Islamiah, Taman Sepakat AU3.

Peguam dari pasukan Para Legal DUN Hulu Kelang memberi taklimat berkaitan pajakan Lease vs Free Hold
Peguam dari pasukan Para Legal DUN Hulu Kelang memberi taklimat berkaitan pajakan Lease vs Free Hold
Sebahagian muslimat yang hadir mendengar penerangan tersebut
Sebahagian muslimat yang hadir mendengar penerangan tersebut

Menyampaikan Wacana Sains Dan Al-Qur’an di Madrasatul Islamiah, Taman Sepakat

Hulu Kelang, 8 Februari 2014 – Saari telah menyampaikan Wacana Sains dan Al-Qur’an yang telah diadakan di Madrasatul Islamiah, Taman Sepakat, Keramat AU3.

Saari menyampaikan ayat-ayat Al-Quran yang membuktikan betapa hebat ciptaan Allah melalui penemuan kajian Sains terkini
Saari menyampaikan ayat-ayat Al-Quran yang membuktikan betapa hebat ciptaan Allah melalui penemuan kajian Sains terkini
Ahli sains baru menemukan kajian mereka terhadap penciptaan alam semesta tetapi Al-Quran telah menceritakan lebih dari 1400 tahun yang lalu

Saari telah menunjukkan ilusi penumuan terkini alam semesta oleh sainstis yang menepati dengan ayat-ayat Al-Qur'an
Saari menunjukkan video penemuan terkini di alam semesta oleh ahli sains yang menepati dengan ayat-ayat Al-Qur’an
BErsalaman bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis
Bersalaman bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis

Menziarahi Jenazah Almarhum Sheikh Ahmad Zawawi

Hulu Kelang, 21 Mei 2013 – Saari telah menziarahi jenazah Almarhum Sheikh Ahmad Zawawi yang meninggal dunia awal pagi tadi di HUKM akibat komplikasi jantung. Jenazah Almarhum akan disolatkan di rumah keluarganya, Lot 44, Keramat AU3 Taman Sepakat.

Saari membaca Ya Sin buat Almarhum Sheikh Ahmad Zawawi
Saari membaca Ya Sin dan doa buat Almarhum Sheikh Ahmad Zawawi
Saari mengucapkan takziah kepada adik perempuan Almarhum atas pemergian abangnya ke Rahmatullah
Saari mengucapkan takziah kepada adik perempuan Almarhum atas pemergian abangnya ke Rahmatullah

Menghadiri Ceramah Maulidur Rasul Madrasah Islamiah, Taman Sepakat

Hulu Kelang, 25 Januari 2013 – Saari telah berkesempatan menghadiri ceramah Maulidur Rasul yang telah diadakan di Madrasah Islamiah, Taman Sepakat AU3.

Dr Sobri Zakaria menyampaikan ceramahnya mengajak hadirin memperingati perjuangan Rasulullah SAW dengan mengamalkan apa yang telah diajar oleh Allah dan RasulNya
Sebahagian muslimin yang hadir pada majlis tersebut
Saari bersama Pengerusi Madrasah Islamiah, Hj Remli Kedri
Muslimat turut hadir pada majlis tersebut
Mejamu selera sambil berbual mesra bersama Dr Sobri dan penduduk

Bengkel Tadabbur Quran Masjid Khairiah

Majlis perasmian bengkel disempurnakan oleh Saari

Taman Sepakat AU3, Sabtu 30 Jun 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang dengan kerjasama Masjid Al-Khairiah AU3 telah menganjurkan Bengkel tadabbur Al-Quran menerusi surah Al-Fatihah bertempat di Masjid Khairiah. Objektif program adalah mendekatkan para peserta terhadap Al-Quran melalui memahami maksud dan isi kandungan AL-Quran. Program mendapat sambutan menggalakkan daripada kariah masjid dan sekitarnya.

Para peserta tekun mendengar penerangan penceramahSaari turut mendaftar sebagai peserta

Menyampaikan Anugerah Penghargaan Sempena Hari Ibu

Hulu Kelang, 24 Mei 2012 -Sempena Sambutan Hari Ibu peringkat DUN Hulu Kelang yang telah berlangsung pada 13 Mei 2012, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menyampaikan anugerah penghargaan kepada ketua dan setiausaha wanita bagi setiap rumah ibadat untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Bagi mereka yang tidak dapat hadir, Saari bersama Aliza berusaha menghantar anugerah penghargaan tersebut terus kepada penerima di setiap komuniti.

Saari bersama Aliza menyampaikan anugerah penghargaan sempena sambutan Hari Ibu kepada Wan Maznah Wan Ibrahim, Ketua Wanita Madrasatul Islamiah, Taman Sepakat
Saari bersama Aliza menyampaikan anugerah penghargaan sempena sambutan Hari Ibu kepada Salimah Idris, Setiausaha Wanita Madrasatul Islamiah, Taman Sepakat
Saari bersama Aliza menyampaikan cenderahati sempena sambutan Hari Ibu kepada Zaiton Ngah, AJK Wanita Madrasatul Islamiah, Taman Sepakat