Tag Archives: Sri Mutiara Ukay Bestari

Bersama Penduduk Pangsapuri Seri Mutiara di Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Hulu Kelang, 10 Januari 2016 – Saari telah diundang ke majlis sambutan maulidur Rasul anjuran Surau Jannatl Ulum yang telah diadakan di perkarangan Pangsapuri Seri Mutiara, Ukay Bistari.

Saari bersama penduduk berarak sambil berselawat mengelilingi pangsapuri
Saari bersama penduduk berarak sambil berselawat mengelilingi pangsapuri
Menyampaikan ucapan perasmian meminta penduduk mengamalkan beberapa sunnah yang mudah untuk dilakukan dan besar fadhilatnya
Menyampaikan ucapan perasmian meminta penduduk mengamalkan beberapa sunnah yang mudah untuk dilakukan dan besar fadhilatnya
MAjlis diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul oleh Imam Muda Farif
MAjlis diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul oleh Imam Muda Farif
Sebahagian penduduk yang hadir pada majlis tersebut
Sebahagian penduduk yang hadir pada majlis tersebut

Penduduk Pangsapuri Sri Mutiara Terima Khidmat Kesihatan Percuma DUN Hulu Kelang

Hulu Kelang, 9 Mei 2015 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Sri Mutiara telah mengadakan Khidmat Kesihatan Percuma yang telah diadakan di ruang legar Pangsapuri Sri Mutiara, Ukay Bistari.

Penduduk daftar untuk menerima pemeriksaan kesihatan
Penduduk daftar untuk menerima pemeriksaan kesihatan
Penduduk yang mendaftar akan menerima pemeriksaan tahap kesihatan kelestrol, BMI, kandungan gula, tekanan darah tinggi dan ujian air kencing
Penduduk yang mendaftar akan menerima pemeriksaan tahap kesihatan kelestrol, BMI, kandungan gula, tekanan darah tinggi dan ujian air kencing
Penduduk juga akan diberikan nasihat dalam mengubah cara pemakanan dan kehidupan yang lebih sihat
Penduduk juga akan diberikan nasihat dalam mengubah cara pemakanan dan kehidupan yang lebih sihat

Bersama Penduduk Pangsapuri Seri Mutiara di Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Hulu Kelang, 18 Januari 2015 – Saari telah diundang ke majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mutiara yang telah diadakan di Surau Jannatul Ulum, Ukay Bistari

 

Meraikan Majlis Sambutan Eidul Adha Pangsapuri Sri Mutiara

Hulu Kelang, 15 Oktober 2013 – Saari telah memenuhi undangan majlis sambutan Eidul Adha 1434H anjuran bersama Persatuan Penduduk Pangsapuri Sri Mutiara dan Surau Jannatul Ulum yang telah diadakan di tingkat 1, Pangsapuri Sri Mutiara, Ukay Bestari.

Majlis dimulakan dengan solat fardhu Isya' berjemaah
Majlis dimulakan dengan solat fardhu Isya’ berjemaah
Saari menyampaikan ucapan salam Eidul Adha kepada semua penduduk dan berharap semangat ibadah dapat dirasai
Saari menyampaikan ucapan salam Eidul Adha kepada semua dan mengajak hadirin mengambil pengajaran dari semangat ibadah korban yang telah disyariatkan oleh Allah SWT
Sebahagian penduduk yang hadir ke majlis tersebut
Sebahagian penduduk yang hadir ke majlis tersebut
Menjamu selera sambil berbual mesra bersama penduduk
Menjamu selera sambil berbual mesra
Bersalaman bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis
Bersalaman bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis

Memenuhi Undangan Rumah Terbuka Eidulfitri Pangsapuri Sri Mutiara

Hulu Kelang, 25 Ogos 2013 – Saari telah memenuhi undangan majlis rumah terbuka Eidulfitri anjuran bersama Persatuan Penduduk Pangsapuri Sri Mutiara dan Surau Jannatul Ulum.

Majlis dimulakan dengan menunaikan solat fardu Isya' berjemaah
Majlis dimulakan dengan menunaikan solat fardu Isya’ berjemaah
Pengerusi PPPSM, En menyampaikan ucapan aluan majlis berterima kasih kepada semua yang hadir menjayakan majlis
Pemangku Pengerusi PPPSM, En Subri menyampaikan ucapan aluan majlis berterima kasih kepada semua yang hadir menjayakan majlis
Saari menyampaikan ucapan berharap keakrapan yang terbiba dapat diteruskan dalam mewujudkan persekitaran yang harmoni sesama penduduk
Saari mengucapkan tahniah kepada PPPSM atas jalinan silaturrahim yang dibentuk sesama penduduk dan moga ianya dapat diteruskan dalam mewujudkan persekitaran yang harmoni
Pelbagai menu disediakan kepada penduduk yang hadir
Pelbagai menu disediakan kepada penduduk yang hadir
Beramah mesra bersama penduduk yang hadir
Beramah mesra bersama penduduk
Saari menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak
Saari menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir

Menghadiri Majlis Doa Selamat & Kesyukuran Setinggan Kg Perak ke Penempatan Pangsapuri Sri Mutiara

Hulu Kelang, 19 Mei 2013 – Saari telah diundang ke Majlis Doa Selamat Dan Kesyukuran Setinggan Kg Perak ke penempatan baru Pangsapuri Sri Mutiara yang telah diadakan di Dewan, Pangsapuri Sri Mutiara, Ukay Bestari.

Majlis dimulakan dengan bacaan Ya Sin dan doa selamat
Majlis dimulakan dengan bacaan Ya Sin dan doa selamat
Menunaikan solat fardhu Zohor berjemaah
Menunaikan solat fardhu Zohor berjemaah
Penduduk menjamu selera selepas selesai majlis
Jamuan makan turut disediakan selepas majlis
Saari bersalaman bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis
Saari bersalaman bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis

Mempengerusikan Mesyuarat AJK Pangsapuri Sri Mutiara

Hulu Kelang, 7 April 2013 – Saari telah diminta oleh AJK Pangsapuri Sri Mutiara untuk mempengerusikan mesyuarat bagi penyelarasan dan penambahbaikan kerja-kerja Persatuan Penduduk Pangsapuri Sri Mutiara, Ukay Bestari.

Saari mempengerusikan mesyuarat meminta jasa baik AJK memberi kerjasama yang pada antara mereka dalam membina satu pasukan yang mantap dari segi pengurusan dan kebajikan penduduk
Saari mempengerusikan mesyuarat meminta jasa baik AJK memberi kerjasama antara mereka dalam membina satu pasukan yang mantap dari segi pengurusan dan kebajikan penduduk
En Badlishah antara individu yang awal bergerak dan berjuang menguruskan pangsapuri tersebut semasa ianya terbengkalai
En Badlishah antara individu yang awal bergerak dan berjuang menguruskan pangsapuri tersebut semasa ianya terbengkalai
Turut hadir Pengerusi dan Setiausaha JKKK Kg Pasir
Turut hadir Pengerusi dan Setiausaha JKKK Kg Pasir
Sebahagian AJK Pangsapuri yang hadir pada mesyuarat tersebut
Sebahagian AJK Pangsapuri yang hadir pada mesyuarat tersebut

Menghadiri Kenduri Arwah Penduduk Di Pangsapuri Sri Mutiara

Hulu Kelang, 24 Mac 2013 – Saari telah berkesempatan menghadiri kenduri arwah Ismail Abd Rahman yang telah diadakan di rumah keluarganya, tingkat 2, Pangsapuri Sri Mutiara, Ukay Bestari. Almarhum Ismail Abd Rahman telah meninggal dunia jumaat lepas.

Saari bersama penduduk di majlis tahlil arwah
Saari bersama penduduk di majlis tahlil arwah
Menjamu selera selepas majlis
Menjamu selera selepas majlis
Saari mengucapkan takziah buat anak lelaki Almarhum sebelum meninggalkan majlis
Saari mengucapkan takziah buat anak lelaki Almarhum sebelum meninggalkan majlis

Hampir 40 Wanita Sertai Hari Kesihatan Di Pangsapuri Sri Mutiara

Hulu Kelang, 24 Mac 2013 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Ikram Wilayah Persekutuan telah menganjurkan program khidmat kesihatan wanita yang telah diadakan di Pangsapuri Sri Mutiara, Ukay Bestari.

Saari menyampaikan ucapan perlunya mensyukuri nikmat dan anugerah kesihatan yang perlu dijaga selaras dengan tuntutan agama
Saari menyampaikan ucapan perlunya mensyukuri nikmat dan anugerah kesihatan diri dan perjagaan kesihatan selaras dengan tuntutan agama
Dr Ariza Muhamad, Pakar Sakit Puan, Hospital Ampang Puteri menyampaikan taklimat kepada hadirin mengenai penyakit yang sering dialami wanita yang perlu pemeriksaan berkala bagi mengelak penyakit tersebut
Dr Ariza Muhammad, Pakar Sakit Puan, Hospital Ampang Puteri menyampaikan taklimat kepada hadirin mengenai penyakit yang sering dialami wanita yang perlu kesedaran dan pemeriksaan berkala bagi mengelak penyakit tersebut
Saari turut serta dalam taklimat yang disampaikan
Saari turut serta dalam taklimat yang disampaikan
Pemeriksaan kesihatan juga dijalankan selepas taklimat
Saari melihat salah seorang penduduk memeriksa kesihatan beliau selepas sesi taklimat
Seramai hampir 40 wanita telah menerima khidmat pemeriksaan kesihatan yang dijalankan
Seramai hampir 40 wanita telah menerima khidmat pemeriksaan kesihatan yang dijalankan
Saari mengucapka terima kasih kepada salah seorang Doktor yang bertugas sebelum meninggalkan majlis
Saari mengucapka terima kasih kepada salah seorang Doktor yang bertugas sebelum meninggalkan majlis