Tag Archives: Sg Sering

Bersama Penduduk Flat Taman Ukay Indah di Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Hulu Kelang, 3 Januari 2015 – Saari telah diundang ke majlis sambutan Maulidur Rasul 1436H anjuran bersama Persatuan Penduduk dan JMB Flat Taman Ukay Indah yang telah diadakan di dataran Blok B, Flat Taman Ukay Indah, Sg Sering.

Hadir Ke Mesyuarat JMB Flat Taman Ukay Indah

Hulu Kelang, 2 Januari 2015 – Saari telah diundang ke mesyuarat JMB Flat Taman Ukay Indah bagi memberi pandangan dan cadangan terhadap permasalahan yang dihadapi mereka yang telah diadakan di bilik mesyuarat Blok B, Falat Taman Ukay Indah.

Gotong-Royong Membersihkan Longkang Flat Taman Ukay Indah

Hulu Kelang, 19 Oktober 2014 – Saari telah meluangkan masa ke program gotong royong membersihkan longkang anjuran JMB Flat Taman Ukay Indah, Sungai Sering.

Saari melihat keadaan longkang yang tersumbat dengan pasir yang mengganggu pengaliran air dengan sempurna
Saari melihat keadaan longkang yang tersumbat dengan pasir yang mengganggu pengaliran air dengan sempurna
Walaupun JMB melakukan gotong royong setiap 6 bulan, tetapi hasil pasir yang berjaya dikeluarkan dalam longkang banyak dan mempu membuat longkang tersumbat
Walaupun JMB melakukan gotong royong setiap 6 bulan, tetapi hasil pasir yang berjaya dikeluarkan dalam longkang banyak dan mempu membuat longkang tersumbat
Alhamdulillah kerjasama penduduk amat menggalakkan dalam membantu kerja pembersihan
Alhamdulillah kerjasama penduduk amat menggalakkan dalam membantu kerja pembersihan
Saari sempat menyantuni kaum ibu yang sedang membuat persiapan juadah makan tengahari kepada peserta gotong-royong
Saari sempat menyantuni petugas yang sedang membuat persiapan juadah makan tengahari kepada peserta gotong-royong
Menjamu selera bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis
Menjamu selera bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis

Pembinaan Rumah Mampu Milik Selangorku Akan Bermula Oktober Ini

Projek Perumahan Mampu Milik atau Rumah Selangorku yang pertama dibina oleh Kerajaan Selangor di Sungai Sering, Hulu Klang, akan memulakan kerja-kerja menanam cerucuk pada awal Oktober ini.

 

Projek ini telah pun mendapat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) manakala  Kebenaran Merancang daripada pihak berkuasa akan diperolehi pada Ogos ini.

 

Projek Rumah Selangorku menerima peruntukan Kerajaan Negeri menggunakan wang rezab negeri sebanyak RM100 juta yang dijadikan modal pusingan.  Majlis Pecah Tanah bagi projek  ini telah diadakan pada 22 Februari lalu.

 

Kita menjangkakan proses jual beli Rumah Selangorku ini dapat dilakukan selewat-lewatnya pada Februari 2015 dan penyerahan kunci rumah bagi Fasa 1 dijangka pada Disember 2016.

 

Sebanyak 2,496 unit rumah akan dibina yang mengandungi lapan blok dengan setiap blok setinggi 20 tingkat. Projek ini dibina dalam empat fasa dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam tahun setengah.

 

Projek ini merupakan perintis Rumah Selangorku yang mana Kerajaan Negeri merancang untuk membina lebih banyak projek rumah mampu milik seumpama ini di daerah-daerah lain.

 

Tan Sri Adbul Khalid Ibrahim

JPS Sudah Bertindak Terhadap U-Shape Runtuh di Riana Ukay

Hulu Kelang, 25 Julai 2013 – Saari telah menerima salinan surat maklum balas antara Pejabat YB Exco Infrakstuktur dan Kemudahan Awam Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor terhadap permohonan tindakan segera membaiki U-Shape berhadapan dengan Perumahan Riana Ukay, Sungai Sering.

Surat dari YB EXCO
Surat dari YB Exco Infrastuktur dan Kemudahan Awam
Surat dari Jabatan Perairan dan Saliran
Surat jawapan dari JPS Selangor
Keratan akhbar terhadap kejadian
Keratan akhbar Sinar Harian
Gambar-gambar yang diambil dalam tempoh beberapa minggu yang masih tiada tindakan oleh pihak berkuasa
Gambar-gambar yang diambil dalam tempoh beberapa minggu yang masih tiada tindakan oleh pihak berkuasa

Hari Keluarga PPR Sg Sering Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik

Hulu Kelang, 10 Februari 2013 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang bersama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 4 telah menganjurkan Program Hari Keluarga Penduduk PPR Sg Sering yang yang telah berlangsung di dataran PPR Sg Sering.

Saari beramah mesra bersama penduduk setibanya ke tempat majlis
Saari beramah mesra bersama penduduk setibanya ke tempat majlis
Saari, Aliz dan Pn Wan Hasrina merasa masakan peserta yang menyertai acara masakan kerabu
Saari, Aliza dan Ahli Majlis MPAJ Zon 4, Pn Wan Hasrina Wan Hassan merasa masakan peserta yang menyertai acara masakan kerabu
Melihat gubahan bunga peserta yang menyertai pertandingan
Melihat gubahan bunga peserta yang menyertai pertandingan
Beberapa pertandingan dengan pelbagai kategori telah dipertandingkan antaranya,gubahan bunga telor, pertandingan mewarna, pertandingan menghias songkit, hiasan tembikai, sepak takraw bulatan dan beberapa pertandingan lain
Beberapa pertandingan dengan pelbagai kategori telah dipertandingkan antaranya,gubahan bunga telor, pertandingan mewarna, pertandingan menghias songkit, gubahan tembikai, sepak takraw bulatan dan beberapa pertandingan lain
Saari menyampaikan ucapan perasmian mengucapkan tahniah atas penganjuran hari keluarga PPR Sg Sering walaupun dalam kesederhanaan tetapi cukup meriah dengan pelbagai aktiviti dalam memupuk ikatan silaturrahim sesama penduduk
Saari menyampaikan ucapan perasmian mengucapkan tahniah atas penganjuran hari keluarga PPR Sg Sering walaupun dalam kesederhanaan tetapi cukup meriah dengan pelbagai aktiviti bagi memupuk ikatan silaturrahim sesama penduduk
Aliza diiringi Wan Hasrina menyampaikan hadiah kepada pemenang beberapa pertandingan
Aliza diiringi Wan Hasrina menyampaikan hadiah kepada pemenang untuk beberapa kategori
Saari diiringi Timbalan JKP Zon 4, En Zulkifli Asnawi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan sepaktakraw bulatan
Saari diiringi Timbalan JKP MPAJ Zon 4, En Zulkifli Asnawi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan sepak takraw bulatan
Saari melihat salah seorang penduduk menerima khidmat kesihatan percuma anjuran PKM Hulu Kelang
Saari melihat salah seorang penduduk menerima khidmat pemeriksaan kesihatan percuma
Khidmat gunting rambut percuma turut diadakan
Khidmat gunting rambut percuma turut disediakan khas untuk kanak-kanak
Saari bersama Aliza dan Wan Hasrina melihat penduduk sedang menerima khidmat refleksologi percuma anjuran PKM Hulu Kelang
Saari bersama Aliza dan Wan Hasrina berbual bersama penduduk yang sedang menerima khidmat refleksologi percuma
Saari sempat mencuba bermain sepak takraw bulatan bersama remaja PPR Sg Sering sebelum meninggalkan majlis
Saari sempat bermain sepak takraw bulatan bersama remaja PPR Sg Sering sebelum meninggalkan majlis

Lawatan Ke Pangsapuri Taman Ukay Indah, Sg Sering

Hulu Kelang, 5 Jun 2012 – Saari bersama Timbalan Pengerusi JKP MPAJ Zon 4, En. Zulkifli Asnawi dan pihak pemaju telah mengadakan lawatan ke Pangsapuri Taman Ukay Indah, Sg Sering setelah mendapat Sijil Kelayakan Menduduki yang disampaikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada Februari lalu di Dewan MPAJ AU2, Taman Sri Keramat.

Saari mendengar perkembangan terkini daripada wakil pemaju berkenaan Pangsapuri Taman Ukay Indah
Saari dibawa meninjau suasana pangsapuri yang sudah didiami oleh sebahagian penduduk
Antara rumah yang telah diubah suai setelah pihak pemaju menyerahkan kunci kepada penduduk
Saari melihat salah sebuah rumah yang telah diubahsuai dalam masa yang singkat selepas penyerahan kunci
Sebanyak 378 daripada 600 unit sudah menerima kunci daripada pihak pemaju

Khidmat Refleksologi Percuma

Hulu Kelang, 14 April 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Komuniti Wanita (PKW) Hulu Kelang telah menganjurkan Khidmat Refleksologi Percuma khas buat wanita yang telah diadakan di Dewan Surau Al-Maarif Islamiah, Dataran Sg Sering.

Saari bersama Aliza memerhatikan salah seorang penduduk sedang menikmati urutan refleksologi
Seramai 25 orang penduduk Dataran Sg Sering telah menerima khidmat refleksologi percuma