Tag Archives: PKM Hulu Kelang

Mendengar Permasalahan Pengusaha Chalet Kg Kemensah

Hulu Kelang, 12 November 2012 – Saari telah mengadakan sebuah mesyuarat bagi mendengar dan menyelesaikan permasalahan pengusaha-pengusaha chalet Kg Kemensah. Mesyuarat tersebut telah berlangsung di Dewan Orang Ramai AU2A, Taman Seri Keramat.

En Rohaizat selaku Pengerusi Persatuan Pengusaha Chalet dan Persatuan Penduduk Kg Kemensah Tengah mengemukakan permasalahan mereka
Saari mendengar permasalahan persatuan dan akan cuba menyelesaikan masalah mereka mengikut prosuder sedia ada tanpa membelakangkan undang-undang
Kesumua pengusaha chalet hadir pada mesyuarat yang diadakan bagi mengemukan masalah yang timbul di kalangan mereka

Mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan Pencalonan Pengerusi JKKK Kg Pasir

Hulu Kelang, 3 Oktober 2012 – Saari selaku ADUN Hulu Kelang telah mempengerusikan mesyuarat pemilihan pencalonan Pengerusi JKKK Kg Pasir yang baru selepas perletakan jawatan penyandang jawatan tersebut. Beberapa orang wakil penduduk dan AJK JKKK telah hadir pada mesyuarat yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai AU2A Taman Seri Keramat.

Saari mempengerusikan majlis menasihatkan agar perjalanan pemilihan berjalan dengan baik dan mengharapkan individu yang terpilih dapat bekerjasama dengan semua pihak dalam memajukan Kg Pasir
Ahli Majlis MPAJ Zon 3, En Razali Ramly menyampaikan ucapan menerangkan bidang tugas Pengerusi JKKK Kg Pasir yang memerlukan kerjasama yang erat antara penduduk, Pejabat Daerah dan bersedia membawa agenda Kerajaan Negeri
Penduduk memberikan pendapat dan cadangan mereka bagi memantapkan lagi pentadbiran JKKK Kg Pasir
En Ismail, En Baharuddin dan En Hasan antara tiga nama yang telah dicalonkan oleh penduduk
Ahli mesyuarat telah membincangkan nama-nama yang dicalonkan dan telah sebulat suara bersetuju mencadangkan En Hasan Abd Rahman sebagai Pengerusi JKKK Kg Pasir yang baru
En Hasan menyampaikan ucapan berterima kasih di atas kepercayaan wakil penduduk dan mengharapkan kerjasama yang semua untuk membantu beliau dalam memajukan Kg Pasir
Penduduk menjamu selera selpas selesai mesyuarat

Gotong-Royong Menyediakan 900 Beg Kempen “Raikan Ramadhan, Lindungi Alam”

Hulu Kelang, 24 Julai 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Sukarelawan Wanita Selangorku telah melakukan gerakerja gotong-royong menyediakan 900 beg kempen mengurangkan penggunaan beg plastik bertemakan “Raikan Ramadhan, Lindungi Alam” untuk diedarkan kepada pengunjung dan peniaga bazar Ramadhan sekitar DUN Hulu Kelang.

Saari beramah mesra bersama Sukarelawan Wanita Selangorku yang sedang menyusun risalah untuk edaran
Setiap beg akan diisi dengan risalah kempen "Raikan Ramadhan, Lindungi Alam", bekas plastik, kad Salam Ramadhan Dato' Menteri Besar Selangor, Perutusan Ramadhan Saari dan surat khabar SelangorTimes
Sebahagian daripada 900 beg yang akan diedarkan di bazar Ramadhan Melawati, AU2A dan AU5

Menyemak Dokumen Senarai Nazir dan Pegawai-Pegawai Masjid di DUN Hulu Kelang

Hulu Kelang, 21 Mei 2012 – Saari dibantu Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Gombak telah menyemak dokumen senarai nazir dan pegawai-pegawai masjid di DUN Hulu Kelang sebagai pengesahan sebelum senarai tersebut diserahkan kepada Majlis Agama Islam Daerah (MAIS) Gombak untuk tindakan selanjutnya.

Pegawai PAID Gombak, Ustaz Nazri membantu Saari menyemak senarai nama-nama yang telah diputuskan dalam mesyuarat PAID Gombak minggu lalu
Saari menurunkan tandatangan sebagai pengesahan ADUN kepada senarai PAID Gombak untuk dikemukakan kepada MAIS Daerah Gombak

Menyampaikan Bayaran RM1,500 SMUE Fasa Kedua Kepada 104 Penerima

Hulu Kelang, 25 April 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menjadi tuan rumah bagi penyampaian bayaran Skim Mesra Usia Emas Fasa II melibatkan penerima dari empat buah DUN.

Saari beramah mesra bersama penerima sebelum bermulanya majlis
Saari menyampaikan ucapan perasmian berterima kasih kepada semua hadirin yang hadir dan mengharapkan program SMUE dapat disebarluaskan kepada rakan-rakan agar mereka dapat menikmati hasil kekayaan negeri
En Arbain Abd Rahman, Wakil Rantaian Mesra Usia Emas menyampaikan taklimat dan maklumat ringkas berkaitann program SMUE anjuran Kerajaan Negeri
Saari menyampaikan bayaran Fasa kedua RM1,500.00 kepada salah seorang penerima
Sebahagian daripada 104 penerima meliputi DUN Hulu Kelang, Rawang, Gombak Sertia dan Taman Templer bergambar kenangan bersama
Saari membantu mengisikan juadah yang telah disediakan kepada semua hadirin yang hadir
Saari mengucapkan terima kasih kepada pegawai dari Pejabat Daerah Gombak yang telah membantu menguruskan penyampaian SMUE Fasa II di DUN Hulu Kelang

Menyampaikan Bantuan Kewangan

Hulu Kelang, 20 April 2012 – Saari telah menyampaikan bantuan kewangan kepada Mohd Yusof Mohd Yassin, 59 tahun, selepas beliau membuat aduan terhadap denda yang dikenakan kepadanya diatas kehilangan Kad Pengenalan beliau semasa kejadian banjir di kawasan Dato’ Keramat pada 7 Mac 2012.

Saari menyampaikan bantuan kewangan kepada Mohd Yusof Mohd Yassin di Pejabat PKM Hulu Kelang