Tag Archives: Kemensah Height

Bersama PendudukTerjah Hapuskan Tempat Pembiakan Denggi di Kemensah Heights

Hulu Kelang, 27 Disember 2014 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 2 telah menganjurkan program terjah denggi yang telah diadakan di kawasan Masjid Al-Iman, Kemensah Heits.

Saari bersama Nazir  meninjau kawasan sekitar Masjid Al-Iman sebelum majlis bermula
Saari bersama Nazir meninjau kawasan sekitar Masjid Al-Iman sebelum majlis bermula
Saari menyampaikan ucapan meminta penduduk memulakan langkah tegur menegur antara penduduk dalam membasmi tempat pembiakan aedes di kawasan kejiranan
Saari menyampaikan ucapan meminta penduduk memulakan langkah tegur menegur antara penduduk dalam membasmi tempat pembiakan aedes di kawasan kejiranan
Sebanyak 21 kes denggi telah dilaporkan di Kemensah Heights
Sebanyak 21 kes denggi telah dilaporkan di Kemensah Heights
Sebahagian penduduk yang hadir di program tersebut
Sebahagian penduduk yang hadir di program tersebut
Pemduduk gotong raoyong membersihkan kawasan
Pemduduk gotong raoyong membersihkan kawasan
MPAJ turut menyediakan row-row bagi memudahkan penduduk membuang sampah yang dikutip
MPAJ turut menyediakan row-row bagi memudahkan penduduk membuang sampah yang dikutip

Kerja Penstrukturan Semula Padang Permainan Persiaran 5 Kemensah Heights Giat Berjalan

Hulu Kelang, 1 Julai 2014 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menerima permohonan daripada penduduk Persiaran 5, Kemensah Heights untuk mengalihkan alat permainan di padang perumahan mereka ke sebelah tepi bagi menjadikan kawasan tengah padang sebagai kawasan lapang untuk dijadikan ruang aktiviti penduduk. Saari telah mengutus surat memaklumkan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berkenaan hajat penduduk.

Kerja merobohkan buaian
Kerja merobohkan alat permainan yang berada di tengah padang dijangka siap dalam masa satu hari
Gelongsor dalam proses perobohan
MPAJ hanya merobohkan sepasang buaian dan gelongsor lama yang terletak di tengah padang
Kawasan lapang di tengah padang membolehkan penduduk bermain bola dan melakukan aktiviti keraian kenduri kahwin dsb
Kawasan lapang di tengah padang membolehkan penduduk bermain bola dan melakukan aktiviti keraian seperti kenduri kahwin dsb

Dialog Bersama Komuniti Kemensah Heights

Hulu Kelang, 3 Mei 2014 – Saari telah hadir ke sesi dialog bersama penduduk dan Komuniti Kemensah Heigts yang telah diadakan di Dataran Masjid Al-Iman, Kemensah Heights.

Pengerusi Komuniti Kemensah Heights, Dato' Ahmad Azwan b Aboo Mansor menyampaikan ucapan aluan
Pengerusi Komuniti Kemensah Heights, Dato’ Ahmad Azwan Aboo Mansor menyampaikan ucapan aluan
Saari menyampaikan ucapan menerangkan beberapa isu berkaitan keselamatan, kebersihan dan
Saari menyampaikan ucapan membawa beberapa isu berkaitan tanggungjawab, keselamatan dan kebersihan
Pelbagai soalan telah diajukan kepada Saari
Pelbagai soalan telah diajukan kepada Saari
Sebahagian penduduk yang hadir pada majlis yang dianjurkan
Sebahagian penduduk yang hadir pada majlis tersebut
Bergambar bersama Komuniti Kemensah Heights yang hadir pada majlis tersebut
Bergambar bersama Komuniti Kemensah Heights yang hadir pada majlis tersebut

Meninjau Bit Polis Kemensah Heights

Hulu Kelang, 23 April 2014 – Saari telah meninjau Bit Polis yang baru siap dibina hasil usahasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dan Penduduk Kemensah Heights bagi membendung jenayah di kawasan tersebut dengan menempatkan anggota keselamatan secara berkala.

Saari meninjau Bit Polis yang baru siap dibina
Saari meninjau Bit Polis yang baru siap dibina
Pegawai polis bertugas akan melaporkan pada buku catatan yang disediakan setiap kali ke Bit Polis
Pegawai polis bertugas akan melaporkan pada buku catatan yang disediakan setiap kali ke Bit Polis mengikut jadual yang ditetapkan

Dialog Bersama Zoo Negara, MPAJ Dan Penduduk Jalan L2

Hulu Kelang, 23 April 2014 – Saari telah mengadakan satu majlis dialog antara Zoo Negara, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan penduduk Jalan L2 berkenaan isu pemasangan penghadang oleh pihak Zoo di sempadan antara rumah penduduk di Jalan L2, Kemensah Heights.

En Sobri mewakili penduduk Jalan L2 mengutarakan masalah yang dihadapi oleh mereka dengan pembinaan tembok penghadang yang menghalang laluan angin ke kawasan penduduk
En Sobri mewakili penduduk Jalan L2 mengutarakan masalah yang dihadapi oleh mereka terhadap pemasangan tembok penghadang
En Shahril mewakili pihak Zoo menyatakan tujuan tembok penghadang dibuat untuk keselamatan pencerobohan ke dalam Zoo
En Shahril mewakili pihak Zoo menyatakan tujuan tembok penghadang dibuat bertujuan sebagai langkah keselamatan pencerobohan ke dalam Zoo
Pengarah JKR Selangor, Dato' Ir. HJ. Hamizan Mohd Inzan yang juga merupakan penduduk Jalan L2 menerangkan bahawa alasan yang diberikan oleh pihak Zoo tidak tepat memandangkan penghadang yang digunakan merupakan 'Sound Barier' dan hanya dipasang di kawasan mereka sahaja
Pengarah JKR Selangor, Dato’ Ir. HJ. Hamizan Mohd Inzan yang juga merupakan penduduk Jalan L2 menerangkan bahawa alasan yang diberikan oleh pihak Zoo tidak tepat memandangkan penghadang yang digunakan merupakan ‘Sound Barier’ dan hanya dipasang di kawasan mereka sahaja
Penghadang yang dipasang melebihi had yang telah ditetapkan oleh MPAJ dan menghalang laluan angin ke rumah penduduk dan pantulan cahaya yang menyebabkan bahang panas dirasai penduduk
Penghadang yang dipasang melebihi had ketinggian yang telah ditetapkan oleh MPAJ. Menurut penduduk dengan ketinggian tersebut telah menghalang laluan angin ke rumah mereka dan pantulan haba dari tembok menyebabkan bahang panas dirasai penduduk pada waktu tengahari
Penolong Pegawai Senibina MPAJ, Pn Masni Manja Md Sidek menerangkan bahawa pihak Zoo tidak pernah memohon untuk membina penghadang tersebut
Penolong Pegawai Senibina MPAJ, Pn Masni Manja Md Sidek menerangkan bahawa pihak Zoo tidak pernah mengemukakan permohonan untuk membina penghadang tersebut
Saari menyampaikan ucapan berharap setiap pihak perlu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan dan berharap satu halatuju dapat dibuat antara MPAJ dan Zoo Negara dalam tempo satu minggu
Saari menyampaikan ucapan berharap setiap pihak perlu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan dan berharap satu halatuju dapat dibuat antara pihak Zoo Negara dan MPAJ dengan menerima pandangan penduduk untuk kesejahteraan semua pihak
Sebahagian penduduk Jalan L2 yang hadir pada mesyuarat tersebut
Sebahagian penduduk Jalan L2 yang hadir pada mesyuarat tersebut

Meninjau Aduan Penduduk Jalan L2 Kemensah Hights

Hulu Kelang, 16 Mac 2014 – Saari telah mengadakan lawatan setelah menerima aduan dari penduduk di Jalan L2, Kemensah Heights berkenaan dinding penghadang yang dibina oleh Zoo Negara yang telah menutupi kawasan laluan angin dari memasuki perumahan mereka.

Sari mendengar penerangan daripada Hj Sobri mengenai dinding penghadang di sempadan antara Zoo Negara dan kawasan perumahan mereka
Saari mendengar penerangan daripada Hj Sobri mengenai dinding penghadang di sempadan antara Zoo Negara dan kawasan perumahan
Menurut En Omar, penghadang yang dipasang merupakan binaan kekal menurut Zoo Negara
Menurut En Omar, Zoo Negara membuat penghadang tersebut setelah penduduk membuat aduan bau busuk disebabkan penempatan baru kandang badak sumbu bersebelahan rumah mereka
Sebahagian besar penduduk tidak bersetuju dengan penghadang tersebut kerana laluan angin tersekat dari memasuki rumah mereka dan teras lemas
Sebahagian besar penduduk tidak bersetuju dengan penghadang tersebut kerana laluan angin tersekat dari memasuki kawasan perumahan membuatkan terasa lemas dan tidak selesa

Dialog Isu Keselamatan Bersama PDRM Dan Penduduk Kemensah Heights

Hulu Kelang, 16 Mac 2014 – Saari telah diundang ke majlis dialog bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) cawangan Balai Melawati dan penduduk berkaitan isu keselamatan yang telah diadakan di Masjid Al-Iman, Kemensah Heights.

Biro Keselamatan Masjid Al-Iman, Dato' Ahmad Azwan Aboo Mansoor menyampaikan ucapan aluan tujuan diadakan dialog bersama wakil rakyat dan anggota keselamatan
Ketua Biro Keselamatan Masjid Al-Iman, Dato’ Ahmad Azwan Aboo Mansoor menyampaikan ucapan aluan menerangkan tujuan diadakan dialog bersama wakil rakyat dan anggota keselamatan
Saari menerangkan aduan yang diterima oleh penduduk berkaitan beberapa kes  jenayah melibatkan rompakan, kecurian dan samun di sekitar Hulu Kelang
Saari meminta penduduk mengambil berat terhadap keselamatan diri dan keluarga dengan membuat persiapan pencegahan dari rumah dari dimasuki pencuri
Ketua Balai Taman Melawati, Inspector Roslin menerangkan kadar jenayah terhadap aduan yang diterima berkaitan beberapa kes jenayah melibatkan rompakan, kecurian dan samun di sekitar Hulu Kelang dan kaedah menangani
Ketua Balai Taman Melawati, Inspector Roslin menerangkan modus operandi terkini yang diguna pakai perompak dalam memasuki rumah mangsa dan kaedah pencegaran yang perlu dilakukan yang memerlukan kerjasama padu penduduk
Penduduk mengajukan persoalan dan cadangan dalam memastikan kawasan kediaman mereka selamat dari sebarang jenayah
Penduduk mengajukan persoalan dan cadangan dalam memastikan kawasan kediaman mereka selamat dari sebarang jenayah
Antara cadangan yang diajukan antaranya menyediakan kereta pengawal, mengaktifkan pondok kawalan keselamatan, stiker kereta dan beberapa cadangan lain
Antara cadangan yang diajukan antaranya menyediakan kereta pengawal, mengaktifkan pondok kawalan keselamatan, pelekat kereta, Group WhatsApp, rondaan malam dan beberapa cadangan lain
Sebahagian penduduk yang hadir pada dialog tersebut
Sebahagian penduduk yang hadir pada dialog tersebut
Minum petang sambil berbual mesra bersama penduduk selepas selesai majlis
Minum petang sambil berbual mesra bersama penduduk selepas selesai majlis

Meninjau Aduan Penduduk

Hulu Kelang, 12 Mac 2014 – Saari telah membuat lawatan beberapa tempat di Kemensah Heights setelah menerima aduan daripada penduduk berkenaan masalah di kawasan mereka.

Dato' Wan menunjukkan kerosakkan jalan akibat dilalui oleh lori-lori pembinaan
Dato’ Wan menunjukkan kerosakkan jalan akibat dilalui oleh lori-lori pembinaan
Longkang tempat bersembunyi pencuri sebelum melakukan rompakan
Longkang tempat bersembunyi pencuri sebelum melakukan rompakan
Penduduk memasang grill di dalam longkang bagi mengelakkan menjadi tempat persembunyiaan dan akses kepada pencuri
Penduduk memasang grill di dalam longkang bagi mengelakkan menjadi tempat persembunyiaan dan akses kepada pencuri
penduduk menaikan tambahan bangunan di belakang rumah bagi mengelakkan pencuri masuk tetapi penduduk telah menerima notis perobohan dari MPAJ
penduduk menaikkan tambahan bangunan di belakang rumah bagi mengelakkan pencuri masuk tetapi mereka telah menerima notis perobohan dari MPAJ

Meninjau Tapak Futsal Kemensah Heights

Hulu Kelang, 12 Mac 2014 – Saari bersama AJK Masjid Al-Iman telah turun melawat tapak cadangan pembinaan sebuah gelanggang futsal di atas tapak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi kegunaan belia dan masyarakat Kemensah Heights.

Dato' Wan menunjukkan tapak asal belia Kemensah Heights bermain bola
Dato’ Wan menunjukkan kepada Saari tapak asal tempat belia Kemensah Heights bermain bola di kawasan takungan air
Pihak pemaju telah melakukan pembersihan longkang dengan memunggah pasir ke kawsan dalam padang yang membuatkan mereka tidak dapat menggunakan padang tersebut
Pihak pemaju telah melakukan pembersihan longkang dengan memunggah pasir ke kawasan dalam padang yang membuatkan belia tidak dapat menggunakan padang tersebut
Tapak cadangan yang diutarakan oleh penduduk dan pihak surau untuk dijadikan kawasan rekeasi penduduk dengan mendirikan sebuah gelanggang futsal
Tapak cadangan yang diutarakan penduduk dan pihak masjid untuk dijadikan kawasan rekeasi dengan mendirikan sebuah gelanggang futsal
Menurut Dato' Wan, pihak surau akan membuat permohonan kepada MPAJ untuk menggunakan tanah lapang tersebut untuk aktiviti kemasyarakatan dan segala pembinaan akan ditanggung oleh penduduk dan pihak surau
Menurut Dato’ Wan, pihak surau akan membuat permohonan kepada MPAJ untuk menggunakan tanah lapang tersebut untuk aktiviti kemasyarakatan dan segala pembinaan akan dibiayai oleh penduduk dan pihak masjid