Tag Archives: Kampung Kemensah

Melawat ATV Advanture Park, Kg Kemensah

Hulu Kelang, 1 Jun 2016 – Saari telah melawat ATV Advanture Park yang kini telah tersenarai sebagai pusat sukan ATV ketiga terbaik di dunia dan tempat pertama di Asia yang terletak di Kg Kemensah.

Saari menaiki ATV melalui pekej laluan kedua
Saari menaiki ATV melalui pekej laluan kedua
ATV Kemensah mempunyai lima pakej mengikut kesesuaian aktiviti peminat sukan tersebut
ATV Kemensah mempunyai lima pakej mengikut kesesuaian aktiviti peminat sukan tersebut
Pekej kedua akan membawa peserta ke air terjuan Sofea Jean
Pekej kedua akan membawa peserta ke air terjuan Sofea Jean
Saari bergambar kenangan bersama pemilik ATV dan pekerja yang mengendalikan ATV Advanture Park
Saari bergambar kenangan bersama pemilik ATV dan pekerja yang mengendalikan ATV Advanture Park

PKM DUN Hulu Kelang Sumbang Kerusi Roda Kepada Penduduk Memerlukan

Hulu Kelang, Mac 2015 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada penduduk memerlukan di Kg Kemensah Tengah, Kg Kemensah.

En Helmizan mewakili Saari menyampaikan sumbangan kerusi roda buat
Pengurus PKM DUN Hulu Kelang, En Helmizan mewakili Saari menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada En Basiron Baba 69 tahun di rumahny, Kg Kemensah Tengah

Meninjau Pembinaan Setinggan Haram di Kg Kemensah

Hulu Kelang, 31 Disember 2014 – Saari telah menerima aduan dari penduduk terhadap pembinaan sebuah rumah setinggan di kawasan ┬árezab jalan di jalan utama menuju ke Kg Kemensah bersebelahan┬áTaman Bukit Kemensah Indah. Dari tinjauan yang dilakukan, pemilik setinggan telah membuka┬ádivider jalan untuk membawa masuk kereta mereka ke kawasan setinggan.

Projek Geran Selangorku di Kg. Kemensah

Jalan Bunga Ros dan Dewan JKKK

Projek infrastruktur kerja-kerja menurap dan membaiki jalan-jalan di Kampung Kemensah yang dilaksanakan melalui Geran Selangorku telah selesai. Kontraktor yang terlibat ialah Semantan Jati Enterprise dengan kos projek RM228,100 dan siap pada 5 September 2012. Projek dikawalselia oleh Pejabat Tanah Daerah Gombak.

Jalan utama Kg Kemensah
Jambatan Kg Kemensah

Penduduk Kg. Kemensah Bakal Terima Manfaat Dewan Baru

Melawat dewan kg kemensah
Saari bersama En Zaimi meninjau pembinaan Balai JKKK Kg Kemensah yang hampir siap

Kerajaan negeri Selangor melalui Pejabat Daerah Gombak telah meluluskan peruntukan untuk menaik taraf dewan atau balai raya Kampung Kemensah. Peruntukan ini termasuk proses merobohkan balai raya sedia ada yang usang dan menggantikan dengan dewan serbaguna yang berbumbung tinggi.

Saari bersama penghulu mukim Hulu Kelang, En Zaimi Ghazali dan pengerusi JKKK Kg Kemensah, En Abdul Aziz Wahab telah berkesempatan meninjau perkembangan kerja naik taraf pada 27 Disember 2011 lalu.

 

Saari bersama En Zaimi dan En Abdul Azizi meninjau belakang tandas dewan yang perlu diselenggara untuk kemudahan penduduk kampung
Hampir 90% kerja-kerja membina balai baru telah siap
Hasil negeri untuk rakyat