Tag Archives: AU2C Taman Desa Keramat

Ziarah Rumah Terbakar di Taman Desa Keramat AU2C

Hulu Kelang, 21 Februari 2015 – Saari telah bergegas ke lokasi kebakaran setelah menerima makluman penduduk mengenai kebakaran yang berlaku di Jalan AU2C/6 Taman Desa Keramat. Sebanyak dua buah rumah terlibat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Saari dan penduduk memerhatikan pihak bomba memadamkan kebakaran
Saari dan penduduk memerhatikan pihak bomba memadamkan kebakaran
Bomba berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke rumah bersebelahan
Bomba berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke rumah bersebelahan
Keadaan dalam rumah yang terbakar
Keadaan dalam rumah yang terbakar
Kebakaran dikatakan berlaku sekitar jam 11:20 malam
Kebakaran dikatakan berlaku sekitar jam 11:20 malam
Saari dan tuan rumah menerima penerangan dari pihak bomba mengenai kebakaran tersebut
Saari dan tuan rumah menerima penerangan dari pihak bomba mengenai kebakaran tersebut

Tarawih Dan Menyampaikan Tazkirah di Surau Nurul Ehsan

Hulu Kelang, 19 Julai 2014 –  Saari telah diundang menunaikan solat sunat Tarawih bersama penduduk dan menyampaikan tazkirah di Surau Nurul Ehsan, Taman Desa Keramat AU2C.

Saari menyampaikan tazkirah mengajak hadirin menyemak peringatan Allah terhadap tiga golongan yang menzalimi diri mereka sendiri dan berharap agar kita tidak tergolong dalam golongan tersebut
Saari menyampaikan tazkirah mengajak hadirin menyemak peringatan Allah terhadap tiga golongan yang menzalimi diri mereka sendiri dan berharap agar kita tidak tergolong dalam golongan tersebut
Sebahagian penduduk yang mendengar tazkirah selepas solat witir
Sebahagian penduduk yang menunggu mendengar tazkirah

Menyampaikan Wacana Isra’ Dan Mikraj Di Nurul Ehsan TDK

Hulu Kelang, 21 Mei 2014 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan Wacana Isra’ dan Mikraj yang telah diadakan di Surau Nurul Ehsan, Taman Desa Keramat.

Saari menyampaikan wacana Isra’ dan Mikraj dari perspektif Sains dan Al-Qur’an bagi membuktikan keagungan Allah SWT
Saari menyampaikan wacana Isra’ dan Mikraj dari perspektif Sains dan Al-Qur’an bagi membuktikan keagungan Allah SWT
Dalil Israk dari Al-Qur'an
Dalil Israk dari Al-Qur’an
Sekitar fakta Israk
Sekitar fakta Israk
Sebahagian penduduk yang hadir pada majlis tersebut
Sebahagian penduduk yang hadir pada majlis tersebut
Menjamu selera sambil berbual mesra bersama penduduk
Menjamu selera sambil berbual mesra
Bersalaman bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis
Bersalaman bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis

90 Belia Hulu Kelang Sertai Kursus Pengurusan Jenazah

Hulu Kelang, 30 Mac 2014 – Saari telah diundang merasmikan majlis penutup kursus pengurusan jenazah anjuran bersama SPIES D’ Village, Kelab Belia TDK dan Surau Nurul Ehsan, Taman Desa Keramat AU2C.

Kurus dikendalikan oleh Ustaz
Kurus dikendalikan oleh Ustaz Rosli Omar
Peserta diajar mengendalikan pengurusan jenazah dari mandi hingga kafankan jenazah
Peserta diajar mengendalikan pengurusan jenazah bermula mandi hingga jenazah dikafankan
Saari menyampaikan ucapan perasmian penutup mengucapkan tahniah kepada penganjur dan peserta
Saari menyampaikan ucapan perasmian penutup mengucapkan tahniah kepada penganjur dan peserta atas kesediaan menjayakan program
Saari menyampaikan sijil kepada peserta
Saari menyampaikan sijil kepada peserta
Bergambar kenangan bersama sebahagian peserta lelaki yang menyertai kurusu tersebut
Bergambar kenangan bersama sebahagian peserta lelaki yang menyertai kursus tersebut

Meraikan Majlis Doa Selamat Rumah Nur Raudhah

Hulu Kelang, 22 Mac 2014 – Saari telah diundang ke majlis doa selamat sempena pembukaan Rumah Nur Raudhah yang teletak di Jalan AU2C/8, Taman Desa Keramat.

Saari menyampaikan ucapan berterima kasih atas jemputan dan mengucapkan tahniah atas pembukaan Rumah Nur Raudhah yang berdaftar di bawah MAIS untuk penjagaan anak-anak yatim dan ibu tunggal
Saari menyampaikan ucapan tahniah atas pembukaan Rumah Nur Raudhah yang berjaya ditubuhkan di bawah seliaan MAIS untuk penjagaan anak-anak yatim dan ibu tunggal
Saari menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim
Saari menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim
Menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ibu tungal
Menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ibu tungal
Sebahagian ibu tunggal dan anak yatim yang hadir pada majlis tersebut
Sebahagian ibu tunggal dan anak yatim yang hadir pada majlis tersebut

Ziarah Jenazah Almarhum Ust Hambali Abdul Razak

Hulu Kelang, 21 Mac 2014 – Saari telah menziarahi jenazah Alharhum Ustaz Hambali Abdul Razak, 74 tahun yang meninggal dunia awal pagi tadi di rumahnya Jalan AU2C/7  Taman Desa Keramat. Ustaz Hambali merupakan Tokoh Guru Kebangsaan 1999 dan pernah menerima Anugerah Kehormat KISDAR pada tahun 2000. Jenazah akan disolatkan di Surau Nurul Ehsan, Taman Desa Keramat AU2C sebelum solat Jumaat dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat Permai AU1C.

Saari mengucapkan takziah kepada balu Ust Hambali atas pemergian suaminya kerahmatullah
Saari mengucapkan takziah kepada balu Ust Hambali atas pemergian suaminya ke Rahmatullah
Sebahagian penduduk dan sanak saudara yang hadir pada majlis pengebumian
Sebahagian penduduk dan sanak saudara yang hadir pada majlis pengebumian

Menyampaikan Wacana Sains Dan Al-Qur’an di Surau Nurul Ehsan AU2C

Hulu Kelang, 6 Februari 2014 – Saari telah hadir ke majlis doa selamat sempena tiga tahun penubuhan Kelab Belia Taman Desa Keramat (TDK) dan menyampaikan wacana Sains dan Al-Qur’an di Surau Nurul Ehsan, Taman Desa Keramat, AU2C.

Majlis di dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat sempena tiga tahun penubuhan Kelab Belia TDK
Majlis di dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat sempena tiga tahun penubuhan Kelab Belia TDK
Saari menyampaikan ayat-ayat Al-Quran yang membuktikan betapa hebat ciptaan Allah melalui penemuan kajian Sains terkini
Saari menyampaikan ayat-ayat Al-Quran yang membuktikan betapa hebat ciptaan Allah melalui penemuan kajian Sains terkini
Sebahagian ahli kariah yang hadir pada wacana tersebut
Sebahagian ahli kariah yang hadir pada wacana tersebut
Menjamu selera sambil berbual mesra bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis
Menjamu selera sambil berbual mesra bersama penduduk
Bergambar bersama Kelab Belia TDK sebelum meninggalkan majlis
Bergambar bersama Kelab Belia TDK sebelum meninggalkan majlis

Gelanggang Silat Kuntau Tekpi Keramat AU2C Selamat Dirasmikan

Hulu Kelang, 16 November 2013 – Saari telah diundang merasmikan gelanggang Pertubuhan Seni Silat Kuntau Tekpi Malaysia (PSSKTM) yang telah diadakan di Gelanggang Keramat PSSKTM, AU2C.

Ucapan aluan oleh Pengerusi Surau Nurul Ehsan, Hj Rostam
Ucapan aluan oleh Pengerusi Surau Nurul Ehsan, Hj Rostam Mustanir
Ucapan pengenalan dan terima kasih dari wakil Persatuan Silat Kuntau Tekpi
Ucapan pengenalan dan terima kasih dari wakil PSSKTM
Saari menyampaikan ucapan perasmian
Saari menyampaikan ucapan perasmian berharap gelanggang silat yang disumbangkan melalui peruntukan ADUN Hulu Kelang dapat digunakan sebaik mungkin bagi manfaat semua pihak
Saari mengetuk gong tanda pelancaran gelanggang silat
Saari mengetuk gong tanda pelancaran gelanggang silat PSSKTM
hadirin dipersembakan dengan pertunjukkan seni silat
Hadirin dipersembahkan dengan pertunjukkan seni silat
Saari menandatangani
Saari menandatangani papan tanda PSSKTM, Gelanggang Keramat
Gelanggang PSSKT terletak di Jalan 6 Keramat AU2C bersebelahan Surau Nurul Ehsan
Gelanggang PSSKTM terletak di Jalan 6 Keramat AU2C bersebelahan Surau Nurul Ehsan

Tempat Meletak Kenderaan Medan Selera Keramat AU2C Dinaik Taraf

Hulu Kelang, 8 Ogos 2013 – Hasil perbincangan antara Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang bersama penduduk dan Majlis perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah bersetuju menaik taraf tempat meletak kenderaan di Medan Selera Keramat AU2C bagi mengelakkan kesesakan keluar masuk kenderaan.

Kerja-kerja meratakan tempat meletak kereta sedang dilakukan
Kerja-kerja pembesaran tempat meletak kenderaan sedang dilakukan
Medan selera Keramat AU2 berhadapan dengan SAPURA
Medan selera Keramat AU2 berhampiran dengan taman perumahan dan pusat industri Hulu Kelang menjadi tumpuan utama pekerja dan penduduk setempat