Tag Archives: Sri Keramat Tengah AU4

Surau Nurul Ehsan AU2C Juara Pertandingan Futsal Antara Masjid dan Surau-Surau DUN Hulu Kelang

Hulu Kelang, 29 Januari 2012 – Sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan Pertandingan Futsal antara Masjid dan Surau-Surau sekitar Hulu Kelang yang telah berlangsung selama dua hari bermula 28 Januari 2012 bertempat di empat buah gelanggang futsal sekitar Hulu Kelang.

Saari beramah mesra bersama belia yang menyertai pertandingan futsal
Saari bersama belia Hulu Kelang menyaksikan perlawanan yang sedang berlangsung
Senarai 16 pasukan yang layak ke peringkat suku akhir
Saari menyampaikan hadiah tempat pertama kepada pasukan Surau Nurul Ehsan AU2C selaku juara Pertandingan Futsal antara Masjid dan Surau-Surau Hulu Kelang
Saari bergambar kenangan bersama juara dari pasukan Surau Nurul Ehsan

 

Meninjau Gerak Kerja Pembinaan Laluan Pejalan Kaki di Dewan Badan Kebajikan AU4

Hulu Kelang, 28 Januari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah meluluskan peruntukan bagi membina laluan pejalan kaki bagi menghubungkan jalan-jalan utama di kawasan perumahan ke Dewan Badan Kebajikan AU4, Taman Seri Keramat Tengah.

Saari bersama Pengerusi PKZ AU4 melihat kerja-kerja pembinaan laluan pejalan kaki yang sedang rancak dibina
Saari mendengar penerangan daripada pekerja kontraktor tentang kerja-kerja pembinaan yang bakal dilakukan agar ianya memenuhi hasrat penduduk
Kerja-kerja pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada awal bulan Febuari 2012

25 Orang Penduduk AU4 Terima Khidmat Refleksologi Percuma

Hulu Kelang, 28 Januari 2012 – Sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan Kerjasama Pusat Komuniti Wanita (PKW) Hulu Kelang telah menganjurkan Khidmat Refleksologi Percuma khas buat penduduk Taman Sri Keramat Tangat yang telah diadakan di Surau Al-Falah, AU4.

Saari bersama Aliza bermesra bersama penduduk yang sedang menerima Khidmat Refleksologi
Aliza bermesra bersama sebahagian peserta yang hadir sementara mereka menunggu giliran untuk menerima Khidmat refleksologi

Pelancaran Kempen Sisa Minyak Masak di Surau Al-Falah

Hulu Kelang, 19 Januari 2012 –┬áPusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menganjurkan satu taklimat┬ádan Pelancaran Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak yang telah diadakan di Surau Al-Falah AU4.

En Mazlan Idrus, Pegawai Kawalan Alam Sekitar LUAS menyampaikan taklimat beliau berkaitan pencemaran dan kerosakkan alam sekitar yang berlaku disebabkan oleh sisa minyak masak yang dibuang
Saari bersama sebahagian penduduk AU4 yang hadir mendengar taklimat yang disampaikan oleh En Mazlan
Saari dan penduduk AU4 bersama-sama melancarkan kempen kitar semula sisa minyak masak sambil diperhatikan oleh En Mazlan
Jamuan makan turut disediakan
Saari bersalam mesra bersama tetamu yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Baikpulih Futsal AU4 Selesai

 

Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang telah mengadakan tinjauan ke gelanggang futsal AU4 yang dibaikpulih mendapati kerja-kerja telah selesai. Di antara baikpulih yang dilaksanakan ialah mengubah posisi gelanggang, menukar pagar keliling berketinggian 12 kaki, mengecat gelanggang dan tiang gol baru.

Majlis perasmian dan penyerahan gelanggang kepada penduduk tempatan akan dilakukan bulan Febuari nanti.

Meninjau Gelanggang Futsal di DUN Hulu Kelang

Hulu kelang, 29 Disember 2011 – Saari bersama Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim telah meninjau beberapa gelanggang futsal sekitar Hulu Kelang bagi memastikan kemudahan gelanggang futsal berada dalam keadaan yang baik dan selesa untuk digunakan.

Padang Futsal Jabatan Belia Negeri Selangor

Saari bersama En Helmizan di hadapan padang futsal Jabatan Belia Negeri Selangor yang telah diambil alih pengurusanya oleh MPAJ
MPAJ baru selesai membaiki kerosakkan yang ada dan selamat digunakan oleh penduduk setempat

 

Gelanggang Futsal AU1B Taman Keramat Permai

Saari bersama En Helmizan di padang futsal AU1B yang bakal dirasmikan pada 1 Januari 2011 oleh YB Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak
Gelanggang ini dibina oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan hasil Negeri dapat disalurkan untuk dirasai oleh rakyat

Gelanggang Futsal AU1A Taman Keramat Permai

Saari menunjukkan padang futsal yang agak daif dan perlu dinaiktaraf untuk keselesaan dan keselamatan pengguna
Saari telah memaklumkan kepada Ahli Majlis MPAJ untuk menaiktaraf gelanggang futsal AU1A agar ianya selamat digunakan oleh penduduk setempat

Gelanggang Futsal AU4

Saari memerhatikan kerja membina lantai gelanggang futsal AU4 oleh kontraktor yang dilantik oleh Pejabat Daerah
Salah seorang pekerja kontraktor menunjukkan kepada Saari bahan yang digunakan untuk membuat lantai gelanggang futsal dengan menggunakan tiga bahan campuran

 

Gelanggang Futsal Kg Klang Gate

Saari bersama En Helmizan meninjau gelanggang futsal Kg Klang Gate yang masih lagi dalam kerja-kerja pembinaan

 

Gelanggang futsal Kg Klang Gate dijangka akan siap sepenuhnya pada hujung bulan Januari 2012