Tag Archives: AU3 Taman Keramat

Mengedarkan 300 Roti John Kepada Pengunjung Bazar Ramadhan AU3

Hulu Kelang, 4 Ogos 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama JKP MPAJ Zon 3 telah menganjurkan majlis sumbangan iftor Ramadhan dengan mengagihkan Roti John kepada pengunjung bazar Ramadhan AU3/1 Taman Keramat.

Saari menyampaikan sumbangan Roti John kepada pengunjung bazar Ramadhan sambil diperhatikan oleh Ahli Majlis MPAJ Zon 3, En Razaly Ramli
Pengunjung yang menaiki kereta tidak terlepas dari menerima Roti John daripada Saari
Peniaga bazar Ramadhan AU3 turut menerima Roti John yang diagihkan oleh Saari
Sebanyak 300 Roti John berjaya diedarkan dalam masa yang singkat

Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik Bertemakan “Raikan Ramadhan Lindungi Alam” Di Bazar Ramadhan AU3

Hulu Kelang, 27 Julai 2012 -Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Sukrelawan Selangorku telah menjalankan kempen mengurangkan penggunaan beg plastik bertemakan “Raikan Ramadhan, Lindungi Alam“ selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri dengan mengedarkan beg ‘Non Woven’, bekas plastik dan risalah kempen di Bazar Ramadhan Flat PKNS AU3/1.

Saari menyampaikan beg kempen kepada pengunjung bazar Ramadhan Flat PKNS AU3
Penunggang motosikal tidak melepaskan peluang mendapatkan beg yang diedarkan
Sebanyak 130 beg kempen telah berjaya diedarkan kepada pengunjung dan peniaga bazar Ramadhan Flat PKNS AU3
Pengedaran beg "Non Woven" Selangorku memudahkan pengunjung bazar ramadhan membawa juadah yang dibeli dan menjimatkan penggunaan beg plastik

Bersama Penduduk Keramat AU3 Gotong-Royong Membersihkan Masjid Al-Khairiah

Hulu Kelang, 7 Julai 2012 – Saari telah hadir bersama penduduk setempat di majlis gotong-royong membersihkan Masjid Al-Khairiah, Keramat AU3.

Saari berganding bahu mengangkat dahan pokok yang telah dipotong ke dalam roro sampah
Salah seorang remaja bersemangat membersihkan dinding masjid
Saari membersihkan kaki lima masjid menggunakan water jet
Saari menjamu selera bersama penduduk selepas gerakerja gotong-royong
Saari bersalam mesra bersama penduduk yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Pertandingan Play Station 2 dan Tayangan Skrin Besar Final Euro 2012

Hulu Kelang, 1 & 2 Julai 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan pertandingan Play Station 2 dan tayangan skrin besar pertandingan akhir Euro 2012 antara pasukan Spain dan Italy bertempat di Dewan Orang Ramai AU3.

Saari terpegun melihat kehebatan remaja Hulu Kelang dalam mengendali Play Station 2
Lebih 50 remaja telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut

Mengiringi YB Azmin Ali Menyampaikan Cek RM90,000.00 Kepada Masjid Al-Khairiah AU3

Hulu Kelang, 20 April 2012 – Saari telah mengiringi YB Azmin Ali menyampaikan sumbangan cek bernilai RM90,000.00 kepada Masjid Al-Khairiah AU3 bagi kerja-kerja pemasangan 26 buah penghawa dingin. Majlis penyerahan telah berlangsung selepas solat Jumaat di ruang solat Masjid Al-Khairiah.

YB Azmin Ali menyampaikan mock cheque kepada Nazir Masjid Al-Khairiah, Hj Munawir Tambrin sambil diiringi oleh Saari dan Timbalan Nazir, Hj Saharudin Kemi
YB Azmin Ali dan Saari beramah mesra bersama jamaah masjid selepas majlis penyampaian
Kerja-kerja pemasangan akan dilakukan dalam masa 2-3 minggu selepas perbincangan lanjut diantara pihak kontraktor dan Masjid Al-Khairiah

Bersama Penduduk AU3 di Program Gotong-Royong Cegah Denggi

Hulu Kelang, 1 April 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama MPAJ, Pejabat Kesihatan Daerah Gombak dan Surau Nurus Saadah telah mengadakan Program Gotong-Royong Cegah Aedes di Kawasan Perumahan AU3 Taman Keramat.

Pegawai MPAJ, En Khairil menyampaikan taklimat mengenai bahaya denggi dan pentingnya menjaga persekitaran bagi mengelak menularnya wabak Aedes
Saari menyampaikan ucapan pendekatan ajaran Islam yang mementingkan aspek kebersihan terhadap diri, rumah dan persekitaran dan seterusnya merasmikan program
Sebahagian penduduk bergambar kenangan bersama Saari sebelum gerak kerja gotong-royong bermula
Saari menunjukkan tayar lama yang terbiar dan berkemungkinan besar menjadi tempat pembiakan Aedes
Salah seorang penduduk mencari jentik-jentik di sebuah bekas yang bertakung
Saari di belakang sebuah rumah yang penuh dengan barangan lama yang mungkin boleh menyebabkan Aedes membiak jika mempunyai permukaan yang mampu menampung air
Saari menunjukkan sebahagian barangan yang berjaya dikutip oleh penduduk untuk diangkut oleh MPAJ ke tempat perlupusan sampah

Menghadiri Jemputan Kenduri Doa Selamat dan Aqiqah

Hulu Kelang, 31 Mac 2012 – Saari telah diundang oleh Hj Mohd Ali untuk menghadiri Majlis Doa Selamat anak beliau yang telah pulang dari mesir dan Aqiqah cucu ke-8 yang telah diadakan di kediaman beliau AU3.

Saari bersama Aliza menjamu selera bersama Hj Mohd Ali
Saari mengucapkan tahniah kepada Faiz Mohd Ali yang telah berjaya memperolehi Sarjana Muda Perubatan dari Universiti di Mesir

Menziarahi Jenazah Penyanyi dan Pelakon Almarhum Abdul Latif Ibrahim

Hulu Kelang, 21 Februari 2012 – Saari telah menziarahi Almarhum Abdul Latif Ibrahim di Masjid Al-khairiah, Taman Keramat AU3. Almarhum, 61 tahun yang meninggal dunia akibat sakit jantung di Unit Rawatan Koronori (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) semalam pada pukul 5.57 petang.

Saari mendoakan semoga Almarhum ditempatkan bersama orang-orang yang soleh di syurga Allah SWT
Sebahagian daripada saudara mara, sahabat handai dan rakan-rakan artis yang hadir