Tag Archives: Kuala Ampang

Meraikan Ulang Tahun Ke-19 Persatuan Penganut Om Agilandha Aathi Muniswarar Alayam

Hulu Kelang, 9 Mac 2012 – Saari telah diundang untuk meraikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-19 Persatuan Penganut Om Agilandha Aathi Muniswarar Alayam yang telah diadakan di Muniswarar Alayam, Kuala Ampang.

Kehadiran Saari disambut oleh Presiden Persatuan Penganut Om Agilandha Aathi Muniswarar Alayam, En Nagesvaran A/L Marasamy
Hadirin dihiburkan dengan persembahan paluan gendang
Persembahan bunga api memeriahkan lagi majlis sambutan ulang tahun ke-19 Persatuan
Saari dan Aliza menjamu hidangan yang disediakan
Aliza menerima cenderahati daripada wanita Persatuan Penganut Om Agilandha Aathi Muniswarar Alayam
Saari bersalam mesra bersama tetamu yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Meraikan Sambutan Ulang Tahun Ke-79 Persatuan Khiew Onn

Hulu Kelang, 18 Februari 2012 – Saari telah diundang bagi meraikan sambutan Ulang Tahun ke-79 Persatuan Khiew Onn yang telah diadakan di perkarangan Dewan JKKK Kuala Ampang.

Kehadiran Saari dan Aliza disambut dengan Tarian Singa
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu 'NegaraKu'
Presiden Persatuan Khiew Onn menyampaikan ucapan aluan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan majlis malam ini
Saari menyampaikan ucapan tahniah dan syabas kepada persatuan Khiew Onn kerana sudah mencapai usia 79 tahun
Hadirin dipersembahkan dengan aksi Tarian Singa
Ahli kelab Khiew Onn turut membuat persembahan pertahanan diri
Sebahagian hadirin yang hadir pada sambutan ulang tahun Persatuan Khiew Onn
Saari bersalam bersama Ahli persatuan sebelum meninggalkan majlis

Ribuan Hadir di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat DUN Hulu Kelang

Hulu Kelang, 11 Febuari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, JKKK Kuala Ampang dan JKP Zon 1,2,3 & 4 telah menganjurkan Sambutan Tahun Baru Cina DUN Hulu Kelang yang telah diadakan di Ulu Kelang Recreation Club (UKRC).

Kehadiran Saari dan Aliza disambut dengan persembahan Tarian Singa
Saari bersalam mesra bersama hadirin yang hadir
Pengerusi JKKK Kuala Ampang, En Lim Ying menyampaikan ucapan aluan sambil memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa JKKK Kuala Ampang
Presiden UKRC, En Andrew Gopal menyampaikan ucapan menceritakan status tanah UKRC yang hampir digadai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana mahu mengaut keuntungan
Hadirin dihiburkan dengan persembahan Tarian Singa
Saari menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua penduduk di DUN Hulu Kelang yang hadir
Kehadiran masyarakat Tiong Hua yang ramai memeriahkan lagi majlis sambutan
Persembahan daripada kanak-kanak Kuala Ampang
Saari bersama YDP PAS Gombak, Ust Salahuddin Nasir melihat persembahan bunga api di akhir majlis
Persembahan bunga api yang mengasyikkan

Meraikan Sambutan Chap Goh Mei di Kuala Ampang

Hulu Kelang, 6 Febuari 2012 – Saari telah diundang untuk meraikan Sambutan Chap Goh Mei anjuran JKKK Kuala Ampang yang telah diadakan di tapak Pasar Pagi Kuala Ampang.

Saari beramah mesra bersama penduduk yang hadir setibanya di tempat majlis
Saari bersama Aliza menyaksikan persembahan Tarian Singa
Saari dan Aliza memberi Ang Pau dan Buah limau kepada penari Tarian Singa
Saari bersama sebahagian penduduk yang hadir bergambar kenangan bersama kumpulan Tarian Singa
Saari bersalam mesra bersama penduduk yang hadir sebelum meninggalkan majlis

PEKAWANIS Meraikan 30 Penerima Sumbangan Sempena Tahun Baru Cina

Hulu Kelang, 28 Januari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) telah mengadaka satu program penyampaian sumbangan sempena Tahun Baru Cina yang telah diadakan di Dewan JKKK Kuala Ampang.

Saari menyantuni warga emas yang hadir setibanya ke tempat program
Pengerusi JKKK Kuala Ampang, En Lim Ying menyampaikan ucapan aluan

 

Aliza mewakili PEKAWANIS menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang hadir dan berharap dengan sumbangan yang disampaikan ianya dapat memeriahkan lagi suasana sambutan pada tahun ini
Aliza menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan oleh Saari dan En Lim Ying
Kesemua penerima bergambar kenangan bersama selepas selesai pennyampaian sumbangan
Jamuan makan turut disediakan kepada semua yang hadir
Saari bersalam mesra bersama hadirin yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Peniaga Kuala Ampang diraikan di Majlis Hi-Tea Sempena Tahun Baru Cina 2012

Hulu Kelang, 15 Januari 2012 – Saari telah diundang untuk meraikan peniaga Pasar Pagi Kuala Ampang di majlis Hi-Tea sempena sambutan Tahun Baru cina 2012 anjuran JKKK Kuala ampang.

Pengerusi JKKK Kuala Ampang, En Lim Ying menyampaikan Ucapan Aluan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis
Saari mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina 2012 kepada semua peniaga-peniaga dan semoga sambutan pada tahun ini lebih baik dan meriah daripada tahun sebelumnya
Saari diminta untuk menyalakan menyalakan mercun tanda bermulanya majlis
Hadirin diraikan dengan pelbagai hidangan menu istimewa masyarakat orang cina dan melayu
Saari beramah mesra bersama peniaga sambil mereka menikmati hidangan
Saari menyampaikan sumbangan buah limau beserta angpau kepada semua peniaga Pasar Pagi Kuala Ampang