Tag Archives: Kg Melayu Sg Sering

Merasmikan Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak di Surau Al-Maarif Islamiah

Hulu Kelang, 14 April 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Surau Al-Maarif Islamiah telah menganjurkan satu taklimat dan Pelancaran Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak yang telah diadakan di Surau Al-Maarif Islamiah, Dataran Sg Sering.

En Mazlan Idrus, Pegawai Kawalan Alam Sekitar LUAS menyampaikan taklimat perihal pentingnya menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar dan akan mengakibatkan kesan buruk kepada manusia
Saari menyampaikan ucapan menerangkan program yang dilakukan oleh PKM Hulu Kelang mengenai kempen kitar semula sisa minyak masak melalui surau dan komuniti penduduk dalam membantu mereka menjana pendapatan sampingan
Saari bersama penduduk Dataran Sg Sering menuangkan sisa minyak masak sebagai simbolik pelancaran Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak bagi Komuniti Surau Al-Maarif Islamiah

Bersama Penduduk Kg Melayu Sg Sering Berbuka Puasa Sunat di Surau Al-Hijrah Al-Khalidiah

Hulu Kelang, 9 Febuari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan majlis berbuka puasa sunat hari Khamis bersama penduduk Kg Melayu Sg Sering. Majlis telah diadakan di Surau Al-Hijrah Al-Khalidiah.

Saari berbuka puasa sunat bersama penduduk
Aliza bersama kehadiran muslimat yang ramai memeriahkan lagi majlis berbuka
Solat Maghrib berjamaah selepas selesai majlis berbuka puasa
Ahli-ahli kariah bersalam mesra sambil berselawat selepas solat Maghrib berjamaah
Saari menyampaikan ucapan memetik sebuah Hadith Qudsi berkaitan kelebihan bagi orang yang berpuasa sunat di mana ianya dapat memberi syafaat ketika di akhirat kelak
Saari bersama ahli-ahli kariah membaca Ya Sin dan Tahlil
Saari berbual mesra bersama penduduk sambil bertanya keadaan mereka sebelum meninggalkan majlis

Meninjau Flat Sungai Sering Sempena Penyerahan CF Oleh YAB Dato’ Menteri Besar

Hulu Kelang, 9 Febuari 2012 – Sempena Majlis Penyerahan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan Rumah Kos Rendah Taman Ukay Indah Sungai Sering, Saari bersama Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim dan wakil pemaju telah mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan bangunan sebelum perpindahan penduduk. Saari telah beberapa kali mengadakan lawatan dan berdialog bersama penduduk bagi menyelesaikan masalah mereka.

Saari mendengar penerangan daripada pemaju
Saari menguji lif tanda bekalan elektrik sudah dibekalkan ke bangunan
Pemaju menunjukkan air yang sudah dibekalkan dan menanti pihak SYABAS memasang meter individu
Saari meninjau keadaan sekeliling bangunan
Saari bersama En Helmizan dan wakil pemaju bergambar di atas tingkat penyelenggaraan bangunan
Pemandangan Blok A Flat Sungai Sering
Bilik tidur
Bahagian dapur
Bilik air
Kawasan tempat meletak kenderaan yang luas
Tempat permainan kanak-kanak yang sudah siap dibina dan menanti untuk digunakan

 

Menyampaikan Sumbangan Kerusi Roda Kepada Warga Emas di Kg Melayu Sg Sering

Hulu Kelang, 3 Febuari 2012 – Rentetan dari lawatan Saari terhadap seorang warga emas yang sakit di Kg Melayu Sg Sering (Sila Rujuk), Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada Hajjah Sapiah Munchak di rumah beliau, Jalan Sering 10, Kg Melayu Sg Sering.

Saari membantu Hjh Sapiah mencuba kerusi roda yang disumbangkan sambil diperhatikan oleh suami beliau Hj Mohd Ali Kulub Ahmad (berdiri-kanan)

25 Penduduk Kg Melayu Sg Sering Menikmati Khidmat Refleksologi Percuma

Hulu Kelang, 29 Januari 2012 – Sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan Program Khidmat Refleksologi Percuma khusus buat wanita yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kg Melayu Sg Sering.

Saari dan aliza memerhatikan para refleksologis memberi khidmat mereka kepada penduduk yang hadir
Saari menyampaikan ucapan hasrat beliau dan rakan-rakan menganjurkan program refleksologi agar ianya dapat membantu menyedarkan masyarakat terhadap penjagaan kesihatan
Sebahagian daripada 25 orang penduduk yang hadir mendapatkan Khidmat Refleksologi
Jamuan turut disediakan kepada penduduk yang hadir sementara mereka menunggu giliran
Seorang wanita warga emas mengucapkan terima kasih kepada Aliza dan Saari di atas penganjuran program sebegini dan berharap ianya dapat diadakan selalu untuk beliau dan rakan-rakan menikmati khidmat yang diberikan

Menyampaikan Ceramah Kelompok di Kg Melayu Sg Sering

Hulu Kelang, 28 Januari 2012 – Sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat, sebuah ceramah kelompok telah diadakan bagi memberi penerangan kepada masyarakat setempat yang telah diadakan di Dewan Kg Melayu Sg Sering.

Pegawai Akhbar Dato' Seri Anwar Ibrahim, Sdr Eekmal Ahmad menyampaikan ceramah beliau tetang propaganda media arus perdana bagi menjatuhkan Pakatan Rakyat tanpa bukti dan hanya fitnah semata-mata demi servival politik Umno-BN
Saari menyampaikan ceramah mengulas cara pentadbiran Umno-BN yang memberi projek kepada syarikat kroni bagi mendapatkan keuntungan atas angin melalui perjanjian yang ditandatangani oleh mereka
Sdr Hilman Idham menyampaikan ceramah beliau tentang perjalanan urus tadbir negara yang pincang dan harus diperbetulkan melalui sebuah kerajaan yang amanah dan cekap
Sebahagian daripada penduduk Kg Melayu Sg Sering yang hadir mendengar ceramah yang disampaikan

Menziarahi Warga Emas Sakit di Sg Sering

Hulu Kelang, 6 Januari 2012 – Saari bersama Aliza telah menziarahi Hajjah Sapiah Munchak, 73 tahun yang sakit di rumah beliau, Jalan Sering 10, Kg Melayu Sg Sering.

Saari dan Aliza bertanya kesihatan Hajjah Sapiah yang mengalami serangan Angin Ahmar di otak beliau yang mengakibatkan hilang daya ingatan dan kurang berkemampuan untuk berjalan
Hj Mohd Ali Kulub Ahmad, Suami Hajjah Sapiah menunjukkan salinan X-Ray otak isteri beliau bagi mengenal pasti penyakit sebenar yang dihidapinya
Saari membacakan doa semoga Hajjah Sapiah cepat sembuh dan boleh melakukan kerja harian beliau seperti biasa
Aliza memberi kata-kata semangat agar terus kuat dan cekal menghadapi hari-hari mendatang

Menziarahi Sepasang Warga Emas di Kg Melayu Sg Sering

Hulu Kelang, 5 Januari 2011 – Saari bersama Aliza berkesempatan hadir menziarahi sepasang suami isteri warga emas di rumah mereka Jalan Sering 10, Dataran Sg Sering.

Saari bersama Hj Sidek dan jiran beliau berbual mesra menceritakan pengalaman mereka dengan mengimbau kisah-kisah lama sewaktu mereka masih muda
Aliza bersama Hajjah Siti Maimunah (Isteri Hj Sidek) dan jiran-jiran sedang beramah mesra

Bersama Ahli Kariah Surau Al-Ma’arif Al-Islamiah di Majlis Bacaan Ya-Sin dan Tahlil Arwah

Hulu Kelang, 5 Januari 2012 – Saari dan Aliza telah hadir bersama ahli-ahli kariah Dataran Sungai Sering di majlis bacaan Ya Sin dan Tahlil Arwah yang telah diadakan di Surau Al-Ma’arif Al-Islamiah, Sg Sering.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah
Saari bersama ahli-ahli kariah Surau Al-Ma'arif Al-Islamiah membaca Ya Sin dan Tahlil arwah
Saari bersalam mesra bersama jamaah surau selepas selesai solat Isya' berjamaah
Jamuan makan turut disediakan kepada semua hadirin yang hadir
Aliza menjamu selera bersama muslimat yang hadir sambil berbual mesra
Saari bersalam mesra bersama tetamu yang hadir sebelum meninggalkan majlis