Tag Archives: Keramat AU1A

27 Penduduk Taman Keramat AU1A Terima Khidmat Reflksologi Percuma

Hulu Kelang, 29 Januari 2012 – Sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan Khidmat Refleksologi Percuma khusus buat wanita yang telah diadakan di Surau Al-Aziziah AU1A, Taman Keramat.

Saari beramah mesra bersama penduduk Taman Keramat yang sedang menerima khidmat refleksologi
Sebahagian peserta yang hadir menunggu untuk mendapatkan khidmat refleksologi sambil berbual mesra sesama mereka

 

Menghadiri Undangan Majlis Perkahwinan

Hulu Kelang, 31 Disember 2011 – Saari bersama Aliza memenuhi program hujung minggu dengan menghadiri jemputan majlis perkahwinan penduduk sekitar DUN Hulu Kelang.

Saari di majlis perkahwinan anak kepada Hamid Kassang Ngabun dan Maznah Mustafa di kediaman mereka Jalan AU1A/2 Taman Keramat
Saari di majlis perkahwinan anak kepada Hj Juhari Yahaya dan Hjh Che Murmy Harun di kediaman mereka Jalan AU5C/12 Lembah Keramat
Saari bersama Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Dato' Seri Kasim Saniman dan Datin Seri Sharifah Rahimah Syed Jaafar di kediaman mereka Jalan Hijrah 3, Kg Melayu Sg Sering

Meninjau Gelanggang Futsal di DUN Hulu Kelang

Hulu kelang, 29 Disember 2011 – Saari bersama Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim telah meninjau beberapa gelanggang futsal sekitar Hulu Kelang bagi memastikan kemudahan gelanggang futsal berada dalam keadaan yang baik dan selesa untuk digunakan.

Padang Futsal Jabatan Belia Negeri Selangor

Saari bersama En Helmizan di hadapan padang futsal Jabatan Belia Negeri Selangor yang telah diambil alih pengurusanya oleh MPAJ
MPAJ baru selesai membaiki kerosakkan yang ada dan selamat digunakan oleh penduduk setempat

 

Gelanggang Futsal AU1B Taman Keramat Permai

Saari bersama En Helmizan di padang futsal AU1B yang bakal dirasmikan pada 1 Januari 2011 oleh YB Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak
Gelanggang ini dibina oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan hasil Negeri dapat disalurkan untuk dirasai oleh rakyat

Gelanggang Futsal AU1A Taman Keramat Permai

Saari menunjukkan padang futsal yang agak daif dan perlu dinaiktaraf untuk keselesaan dan keselamatan pengguna
Saari telah memaklumkan kepada Ahli Majlis MPAJ untuk menaiktaraf gelanggang futsal AU1A agar ianya selamat digunakan oleh penduduk setempat

Gelanggang Futsal AU4

Saari memerhatikan kerja membina lantai gelanggang futsal AU4 oleh kontraktor yang dilantik oleh Pejabat Daerah
Salah seorang pekerja kontraktor menunjukkan kepada Saari bahan yang digunakan untuk membuat lantai gelanggang futsal dengan menggunakan tiga bahan campuran

 

Gelanggang Futsal Kg Klang Gate

Saari bersama En Helmizan meninjau gelanggang futsal Kg Klang Gate yang masih lagi dalam kerja-kerja pembinaan

 

Gelanggang futsal Kg Klang Gate dijangka akan siap sepenuhnya pada hujung bulan Januari 2012