Tag Archives: AU5C Lembah Keramat

Bersama Penduduk Lembah Keramat Menerima Khidmat Perubatan Islam

Hulu Kelang, 29 Januari 2012 – Sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan satu Program Khidmat Perubatan Islam yang telah diadakan di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat.

Saari melihat secara dekat cara rawatan yang dijalankan oleh pengamal perubatan Islam yang didatangkan khas dari Darul Syifa
Saari melihat bahan rujukan yang digunakan untuk dibacakan kepada peserta
Salah seorang peserta berkongsi pengalaman tentang apa yang dirasai oleh beliau selepas menerima khidmat perubatan Islam

 

Menyampaikan Ceramah Kelompok di AU5C Taman Lembah Keramat

Hulu Kelang, 28 Janauri 2012 – Sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat, sebuah ceramah kelompok telah diadakan bagi memberi penerangan kepada masyarakat setempat yang telah diadakan di AU5C Taman lembah Keramat.

Saari menyampaikan ceramah beliau membongkar pembelian kelengkapan pertahanan oleh Kerajaan Umno-BN yang mana harga pembelian lebih tinggi daripada harga pasaran berlipat kali ganda
Hilman Idham, Pegawai Khas Dato' Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramah tentang pandangan beliau sebagai orang muda berkaitan pentadbiran Umno-BN yang semakin lama semakin teserlah di mata masyarakat tentang salah laku yang dilakukan oleh Umno-BN yang merugikan negara
Sebahagian daripada penduduk AU5C yang hadir mendengar ceramah yang disampaikan

Meraikan Kehadiran Sahibus Samahah Datuk Paduka Mufti Kedah

Hulu Kelang, 27 Januari 2012 – Saari telah diundang untuk meraikan kehadiran Mufti Kedah, Sahibus Samahah Datuk Paduka Sheikh Baderuddin ke Hulu Kelang sempena menyampaikan kuliah beliau di Surau Al-Mustaqim AU5C.

Saari bersama beberapa orang penduduk yang hadir berbual mesra bersama Datuk Paduka Mufti
Datuk Paduka Mufti bersama Saari dan tetamu yang hadir menjamu selera bersama
Saari bergambar kenangan bersama Datuk Paduka Mufti sebelum berpisah

Menurap Semula Jalan Rosak Melalui Baki Peruntukan MARRIS 2011

Hulu Kelang, 24 Januari 2012 – Melalui baki peruntukan RM1 juta kepada setiap DUN oleh Kerajaan Negeri Selangor, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menyenaraikan beberapa jalan untuk diambil tindakan oleh MPAJ melalui baki kewangan yang telah diperuntukan bagi menurap dan membaiki jalan-jalan di sekitar DUN Hulu Kelang.

AU5C Lembah Keramat

Saari bersama Hj Abdullah Baba, Pengerusi Surau Al-Mustaqim meninjau jalan di sekitar surau yang telah selesai diturap
Jalan-jalan di AU5C/8, 9, 10, 11 dan 12 telah disenaraikan untuk diturap semula melalui baki peruntukan daripada MARRIS 2011

Jalan Enggang

Di bawah peruntukan MARRIS 2011, Saari telah meluluskan bagi menurap semula jalan Enggang bermula dari bulatan AU2 sehingga Rumah Pangsa Taman Keramat
YB Azmin Ali telah meluluskan menurap semula Jalan Enggang di bawah baki peruntukan MARRIS 2011 bermula dari Rumah pangsa Taman Keramat sehingga penghujung jalan Enggang

 

39 Wanita AU5C Lembah Keramat Menerima Khidmat Refleksologi Percuma DUN Hulu Kelang

Hulu Kelang, 15 Januari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Komuniti Wanita (PKW) Hulu Kelang telah menganjurkan Program Khidmat Refleksologi Percuma khas buat wanita yang telah diadakan di Surau Al-Mustaqim AU5C Lembah Keramat.

Saari memerhatikan senarai nama peserta yang berdaftar untuk mendapatkan khidmat refleksologi percuma
Saari bersama Hj Abdullah Baba, Pengerusi Surau Al-Mustaqim melihat khidmat yang diberikan oleh refleksologis kepada penduduk Lembah Keramat
Saari beramah mesra bersama perserta yang hadir sementara mereka menunggu giliran
PKM dan PKW Hulu Kelang telah melatih hampir 50 refleksologis untuk memberikan perkhidmatan mereka sambil menjadikan ianya sebagai pendapatan sampingan

Menyampaikan Ceramah Di Majlis Kesyukuran Pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Hulu Kelang, 12 Januari 2012 – Saari telah diundang untuk menyampaikan ceramah sempena majlis kesyukuran pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diatas tuduhan fitnah kedua keatasnya. Majlis kesyukuran itu telah diadakan di perkarangan rumah En Zainol Abidin Mohamed, AU5C Lembah Keramat.

Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyampaikan ceramah beliau mengulas perjalanan yang aman dan teratur sepanjang pehimpunan 901 yang mendapat kerjasama yang baik oleh pihak berkuasa tetapi dicemari dengan letupan bom jangka buatan sendiri untuk mencemarkan nama baik Pakatan Rakyat
AJK PAS Pusat, Peguam Mohamed Hanipa Maidin menyampaikan ceramah beliau tentang perjalanan perbicaraan terhadap Anwar Ibrahim yang pincang dan kotor yang sepatutnya kes tersebut telah ditolak dari awal untuk dibicarakan
Saari menyampaikan ucapan tentang sistem negara yang semakin hari semakin merudum terutama sistem kehakiman negara yang telah ditertawakan oleh negara luar kerana tidak bebas dan berlaku adil terutama yang melibatkan perbicaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim
Sebahagian daripada orang ramai yang hadir mendengar ceramah yang disampaikan
Jamuan makan turut disediakan kepada semua tetamu yang hadir tanda kesyukuran oleh tuan rumah

Menghadiri Kuliah Maghrib Dato’ Ismail kamus di Surau Al-Mustaqim

Hulu Kelang, 6 Januari 2012 – Saari telah diundang untuk menghadiri kuliah Maghrib Dato’ Ismail Kamus yang telah diadakan di Surau Al-Mustaqim, AU5C Lembah Keramat.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah
Dato' Ismail Kamus menyampaikan kuliah beliau dengan mengingatkan setiap diri untuk membuat persediaan di akhirat dengan menunaikan apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang olehnya
Saari bersama ratusan penduduk sekitar Lembah Keramat yang hadir khusyu' mendengar kuliah yang disampaikan
Jamuan makan juga turut disediakan kepada semua tetamu yang hadir
Saari bersama Pengerusi Surau Al-Mustaqim, Hj Abdullah Baba mengiringi Dato' Ismail Kamus berangkat pulang selepas selesai majlis