Tag Archives: Rumah Pangsa Taman Keramat

Menghadiri Program Gotong-Royong dan Penyampaian Sumbangan Tong Sampah

Hulu Kelang, 29 Januari 2012 – Sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan Program Gotong-Royong dan Penyerahan Tong ┬áSampah sumbangan Ahli Parlimen Gombak yang telah diadakan di Rumah Pangsa Taman Keramat.

Ahli Parlimen Gombak, YB Azmin Ali menyampaikan ucapan berterima kasih kepada semua yang hadir dalam semangat permuafakatan untuk turun berganding bahu membersihkan kawasan persekitaran rumah mereka
Sebahagian penduduk yang hadir pada majlis perasmian
YB Azmin Ali memotong riben tanda penyerahan 8 buah tong sampah sumbangan beliau kepada Rumah Pangsa Taman Keramat
YB Azmin, Saari dan penduduk membuat renggangan anggota badan sebelum bermulanya gerak kerja gotong-royong

Menziarahi Jenazah Almarhumah Faridah Mohammad

Hulu Kelang, 31 Disember 2011 – Saari telah berkesempatan menziarahi jenazah Almarhumah Faridah Mohammad yang telah meninggal dunia akibat penyakit yang dihidapinya dan jenazah telah diuruskan di Madrasatul Islamiah, Rumah Pangsa Taman Keramat.

Saari mengucapkan takziah kepada suami Almarhumah Faridah Mohammad, semoga Almarhumah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah di syurga Allah SWT