Tag Archives: Kg Pasir

Bersama Penduduk Kg Pasir di Majlis Sembang Pagi

Hulu Kelang, 21 April 2012 – Sempena Sambutan 4 tahun Pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan Program Sembang Pagi Bersama Penduduk Kg Pasir yang telah diadakan di Jalan Hj Zam-Zam, Kg Pasir.

Saari menyampaikan ucapan mengenai rezab kerajaan negeri yang kini mencecah 1.9 bilion hasil pentadbiran yang bersih dan amanah dengan mengembalikan hasil negeri kepada rakyat
YB Azmin Ali menyampaikan ucapan kesungguhan beliau dan Pakatan Rakyat dalam mengangkat martabat kehidupan dan ekonomi rakyat Malaysia
Penduduk bersarapan pagi sambil berbual mesra bersama YB Azmin dan Saari
Menu sarapan pagi dimasak oleh penduduk secara bergotong-royong
YB Azmin Ali menyampaikan sumbangan kepada warga emas yang hadir sambil diiringi oleh Saari
Saari bersalam mesra bersama tetamu yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Menyampaikan 50 Helai T-Shirt Bersih 3.0 Kepada Aktivis Pakatan Rakyat Kg Pasir

Hulu Kelang, 18 April 2012 – Sempena pembukaan bilik gerakan Pakatan Rakyat cawangan Kg Pasir, Saari telah menyumbangkan 50 helai T-Shirt Bersih 3.0 kepada aktivis Pakatan Rakyat sebagai pembakar semangat dan dalam usaha mereka melakukan gerakerja pilihanraya umum ke-13 yang bakal tiba. Majlis penyerahan tersebut telah diadakan di Bilik Gerakan Pakatan Rakyat, Jalan Hj Zam-Zam, Kg Pasir.

Abg Din, menyampaikan ucapan mengharapkan aktivis dapat bekerja lebih kuat dan bersemangat dalam mempertahankan Negeri Selangor dari terlepas kepada tangan Umno-BN
Saari menyampaikan ucapan memberi semangat dan galakan kepada aktivis terutama anak-anak muda untuk hadir pada 28 April di Dataran Merdeka memperjuangkan hak sebagai rakyat yang tertindas
Saari menyampaikan T-Shirt Bersih 3.0 kepada pemuda yang bakal turun ke dataran merdeka pada 28 April ini
Saari bersama aktivis PR memakai T-Shirt Bersih 3.0 tanda simbolik akan hadir turun beramai-ramai ke Dataran Merdeka
Saari bersalam mesra bersama hadirin yang hadir sebelum meninggalkan majlis

 

Meninjau Aduan Lampu Jalan di Klinik Kesihatan Kg Pasir

Hulu Kelang, 16 April 2012 – Saari telah diundang oleh JKKK Kg Pasir untuk meninjau permasalahan lampu jalan yang tidak diselenggara di kawasan klinik kesihatan Kg Pasir yang mengundang rasa tidak selamat di kalangan penduduk.

Saari bersama beberapa orang ahli JKKK pada jam 1 pagi telah meninjau pintu utama ke kawasan klinik yang gelap di mana lampu sedia ada sudah tidak berfungsi
Saari ditunjukkan rumah sampah di dalam kawasan klinik yang pernah dijadikan sarang maksiat disebabkan keadaanya yang gelap
Pokok yang tidak diselenggara menghalang lampu jalan dari memancarkan cahaya masuk ke kawasan klinik

Mempengerusikan Mesyuarat JKKK Kg Pasir

Hulu Kelang, 15 April 2012 – Saari telah mempengerusikan Mesyuarat JKKK Kg Pasir selepas penerimaan watikah perlantikan dari YAB Dato’ Menteri Besar bagi mendengar pandangan dan pendapat barisan kepimpinan dalam merencanakan pentdbiran di Kg Pasir. Mesyuarat tersebut telah diadakan di bilik mesyuarat Penghulu Mukim Hulu Kelang.

Saari mempengerusikan mesyuarat menggalakkan semua yang hadir memberi pandangan dan pendapat mereka agar maklumat dapat diperolehi dan diselesaikan dengan baik
Pengerusi JKKK Kg Pasir, Hj Ibrahim Abd Majid menyampaikan taklimat perjalanan pentadbiran yang telah beliau laksanakan bersama barisan AJKnya
Beberapa orang AJK memberi pandangan dan pendapat mereka tentang permasalahan di Kg Pasir untuk diambil perhatian
Penghulu Mukim Hulu Kelang, En Zaimi Ghazali (Baju Merah) turut hadir pada mesyuarat tersebut

Khidmat Kesihatan Percuma di Kg Pasir

Hulu Kelang, 14 April 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama JKKK Kg Pasir telah mengadakan Program Khidmat Kesihatan Percuma yang telah diadakan di Surau Al-Falahiyah, Kg Pasir.

Saari bermesra bersama salah seorang penduduk yang sedang menerima pemeriksaan kesihatan
Pegawai kesihatan memberi nasihat kepada penduduk agar menjaga kesihatan diri mereka
Seramai 39 orang penduduk kampung telah menerima khidmat kesihatan percuma anjuran PKM Hulu Kelang

Ziarah Medik Rumah Ke Rumah Di Kg Pasir

Hulu Kelang, 14 April 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama JKKK Kg Pasir telah mengadakan lawatan medic rumah ke rumah terhadap 9 rumah penduduk yang menghidapi penyakit sekitar Kg Pasir.

Saari mendengar Dr Fuad Yaacob menerangkan penyakit yang dihidapai oleh En Zanan Ahmad, 60 Tahun terhadap masalah buah pinggang yang dihidapi oleh beliau
Dr Shahrul Hafiz membuat pemeriksaan terhadap Hjh Rafidah Dahaman, 89 Tahun di rumah beliau Lot 1140, Jalan Dato' Abu Samah

Menyampaikan Sumbangan Beg Sekolah di Kg Fajar

Hulu Kelang, 10 Mac 2012 – Kerajaan Negeri Selangor telah menyumbangkan beg sekolah untuk diagihkan kepada murid-murid berumur 6-12 tahun melalui Pusat Khidmat Masyarakat di setiap DUN. PKM DUN Hulu Kelang telah menerima 1000 buah beg untuk diagihkan. Majlis penyampaian sumbangan beg sekolah peringkat Kg Fajar telah diadakan di Surau Al-Ehwan.

Saari menyampaikan beg sekolah kepada salah seorang penerima dari masyarakat India
Saari bergambar kenangan bersama penerima beg sekolah daripada Kg Fajar

90 Orang Murid Kg Pasir Menerima Sumbangan Beg Sekolah

Hulu Kelang, 8 Mac 2012 – Kerajaan Negeri Selangor melalui Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menyumbangkan beg sekolah kepada murid-murid berumur 6-12 tahun sekitar DUN Hulu Kelang. Majlis penyampaian sumbangan beg sekolah bagi peringkat Kg Pasir telah diadakan di Surau Al-Falahiyah.

Saari menyampaikan ucapan menerangkan bahawa pemberian beg sekolah merupakan sebahagian pulangan hasil negeri untuk dikembalikan kepada rakyat
Saari menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada salah seorang penerima
Sebahagian kanak-kanak yang menerima beg sekolah bergambar kenangan bersama Saari
Saari bersalam mesra bersama bapa yang hadir sebelum meninggalkan majlis