Tag Archives: Kg Kemensah

Kancil Emas Juara Futsal Super Series Hulu Kelang Peringkat Kg Kemensah

Hulu Kelang, 1 April 2012 –┬áSempena Sambutan 4 Tahun Pakatan Rakyat Negeri Selangor, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan pertandingan Futsal Super Series Hulu Kelang peringkat Kg Kemensah yang telah diadakan di Gelanggang Futsal Kg Kemensah.

Saari diiringi Ahli Majlis MPAJ Zon 1, A. Abd Yazid Alias bersalaman bersama Pasukan Kancil Emas dan UKYC yang berjaya ke perlawanan akhir
Saari, A. Yazid Alias, Pengerusi JKKK Kg Kemensah, Abd Aziz Abd Wahab bersama penduduk menyaksikan perlawanan akhir
Salah sebuah gol yang dijaringkan oleh pasukan UKYC
Saari mengalungkan medal kepada Juara Futsal Super Series Hulu Kelang dari pasukan Kancil Emas
Saari bermesra bersama remaja yang hadir sebelum meninggalkan majlis

 

Khidmat Refleksologi Percuma di Kg Kemensah Hulu

Hulu Kelang, 25 Mac 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan Khidmat Refleksologi Percuma khas buat wanita yang telah diadakan di Surau Al-Iman, Kg Kemensah Hulu.

Aliza berbual mesra bersama penduduk yang hadir sambil mereka menikmati Khidmat refleksologi yang diberikan
PKM Hulu Kelang telah membawa 5 orang refleksologis terlatih untuk memberi khidmat terbaik kepada penduduk Kg Kemensah Hulu

60 Murid Kg Kemensah Gembira Menerima Beg Sekolah Baru

Hulu Kelang, 3 Mac 2012 – Kerajaan Negeri Selangor melalui Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menyumbangkan beg sekolah kepada murid-murid sekitar DUN Hulu Kelang berumur 6-12 tahun. Majlis penyampaian sumbangan beg sekolah bagi peringkat Kg Kemensah telah diadakan di Dewan JKKK Kg Kemesah.

Pengerusi JKKK Kg Kemensah, En Abd Aziz Abd Wahab menyampaikan ucapan aluan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas sumbangan yang diberikan
Saari menyampaikan ucapan menerangkan bahawa pemberian beg sekolah hanyalah tambah nilai untuk dinikmati oleh rakyat hasil dari kekayaan hasil Negeri
Salah seorang murid gembira menerima beg sekolah baru yang disampaikan oleh Saari
Sebahagian daripada 60 orang murid bersama ibu bapa yang hadir bergambar kenangan bersama Saari
Saari bersalam mesra bersama salah seorang bapa yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Menyampaikan Sumbangan di Perkampungan Orang Asli Kemensah

Hulu Kelang, 29 Januari 2012 – Sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan pakaian kepada penduduk di perkampungan orang asli, Kg Kemensah.

Saari beramah mesra bersama anak-anak Orang Asli setibanya di perkampungan mereka
Saari berbincang sesuatu bersama penduduk
Pn Norhayati, Penyelia Pusat Komuniti Wanita (PKW) Hulu Kelang menyampaikan ucapan tujuan dan hasrat rombongan mereka hadir di perkampungan mereka adalah ingin menyampaikan sumbangan pakaian sambil beramah mesra
Saari memakaikan baju yang disumbangkan kepada salah seorang kanak-kanak Orang Asli
Rombongan PKM Hulu Kelang bergambar kenangan bersama masyarakat Orang Asli dan barangan pakaian yang disumbangkan
Jamuan makan turut disediakan kepada semua penduduk
Saari beramah mesra bersama penduduk sambil mereka menikmati hidangan yang telah disediakan

Berbuka Puasa Sunat Hari Isnin di Surau At-Taufiqiah Kg Kemensah

Hulu Kelang, 17 Januari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama JKKK Kg Kemensah telah mengadakan majlis berbuka puasa sunat hari Isnin yang telah diadakan di Surau At-Taufiqiah Kg Kemensah.

Saari bersama penduduk Kg Kemensah berbuka puasa bersama
Antara wanita Kg Kemensah yang hadir di majlis berbuka puasa sunat hari Isnin
Solat Maghrib berjamaah selepas selesai majlis berbuka puasa
Saari bersalam mesra bersama jamaah surau selepas selesai solat Maghrib berjamaah
Saari berbual mesra bersama penduduk yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Menziarahi Sepasang Adik Beradik Yang Kehilangan Isteri Tersayang

Hulu Kelang, 3 Januari 2011 – Saari bersama Aliza dan beberapa orang penduduk Kg Kemensah telah menziarahi sepasang adik beradik yang kehilangan isteri masing-masing di rumah mereka di Kg Kemensah.

Saari mengucapkan takziah kepada pasangan adik beradik yang telah kehilangan isteri mereka dalam masa tempoh 1 bulan, semoga Almarhumah ditempatkan di Syurga Allah SWT
Saari menyampaikan sedikit sumbangan kepada En Zaidi Abd Malik yang kehilangan isteri beliau awal bulan disember 2011
Saari Menyampaikan sumbangan kepada Mazin Abd Malik yang kehilangan isteri beliau di penghujung Disember 2011