Tag Archives: Keramat AU1A

Menziarahi dan Menyampaikan Bantuan Kerusi Roda Kepada Penduduk Taman Keramat AU1A

Hulu Kelang, 19 Mei 2012 – Saari bersama beberapa orang penduduk telah menziarahi dan menyampaikan bantuan kerusi roda sumbangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang kepada penduduk yang memerlukan di Taman Keramat AU1A.

Saari bersama penduduk menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Mohd Nor Abdul Majid, 83 tahun yang uzur di rumahnya, Jalan AU1A/2D
Saari bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Hjh Jelilah Yahya, 93 tahun yang terlantar sakit di rumahnya, Jalan AU1A/2F
Saari menziarahi Mohd Hafeez Mohd Noor, 32 tahun yang lumpur akibat kanser saraf yang dialaminya pada usia 28 tahun. Mohd Hafeez dijaga di rumah ibunya, Jalan AU1A/2
Saari membantu Hjh Chekwah binti Amat, 82 tahun yang tidak dapat melihat mencuba kerusi roda yang disumbangkan di rumah beliau, Jalan AU1A/2A
Saari mendengar penerangan tentang penyakit yang dialami Hjh Iyah binti Ujang, 78 tahun di rumahnya Jalan AU1A/2. Saari turut menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada Hjh Iyah untuk memudahkan pergerakan beliau

Menyampaikan Sumbangan Beg Sekolah Kepada 32 Penerima Flat PKNS AU1A/1

Hulu Kelang, 26 April 2012 – Kerajaan Negeri Selangor melalui Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada pelajar sekolah rendah dari Flat PKNS AU1A/1 yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Flat PKNS AU1A, Taman Keramat.

Ketua PKZ AU1, Hj Hussain Md Aris menyampaikan ucapan aluan majlis
Saari menyampaikan ucapan memaklumkan beberapa program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) berkaitan dengan anak kelahiran Selangor seperti pemeriksaan mata percuma, hadiah anak masuk universiti, TAWAS dan bantuan anak masuk taska/nursery yang bakal dilancarkan oleh Dato' Menteri Besar Selangor tidak lama lagi
Salah seorang penerima gembira menerima beg sekolah yang disampaikan oleh Saari
Seramai 32 orang telah menerima sumbangan beg sekolah bagi penduduk di Flat PKNS AU1A/1
Jamuan makan turut disediakan kepada tetamu yang hadir

Bersama Ahli Kariah Surau Al-Aziziah di Majlis Berbuka Puasa

Hulu Kelang, 23 April 2012 – Sempena Sambutan 4 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Sunat hari Isnin yang telah diadakan di Surau Al-Aziziah, AU1A Taman Keramat.

Saari bersama ahli kariah Surau Al-Aziziah berbuka puasa sunat bersama
Majlis berbuka puasa sunat setiap Isnin dan Khamis telah dijadikan program mingguan di sesetengah surau dan masjid sekitar Hulu Kelang
Solat Maghrib berjamaah selepas selesai majlis berbuka puasa
Saari bersalam mesra bersama Pengerusi Surau Al-Aziziah, Hj Omar sebelum meninggalkan majlis

Sukan Rakyat Keramat AU1 Meriah

Hulu Kelang, 7 April 2012 – Sempena Sambutan Pemerintahan 4 Tahun Pakatan Rakyat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan Sukan Rakyat buat penduduk di AU1A, AU1B dan AU1C yang telah diadakan di padang bersebelahan Surau Al-Ittifaq.

Saari bersalaman bersama penduduk yang hadir setibanya di tempat majlis
Saari melepaskan acara 'Bawa belon seiring & Sejalan'
Saari menyampaikan hadiah tempat pertama kepada pemenang acara 'Bawa Belon Seiring & Sejalan'
Antara acara menarik yang dipertandingkan ialah 'Bawa Bola Ping Pong, Isi Air Dalam Botol, Mat/Minah Rempit, Baling Belon Air dan Bawa Belon Seiring & Sejalan'
Pelbagai peringkat umur hadir menyertai pertandingan yang dianjurkan
Saari menjamu selera bersama penduduk sambil berbual mesra
Hj Abdul Rauf Jasman gembira menerima hadiah sebuah basikal daripada Saari setelah nama beliau terpilih untuk memenangai hadiah cabutan bertuah
Saari bersalam mesra bersama penduduk yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Meninjau Penurapan Parkir di Surau Al-Aziziah

Hulu Kelang, 4 April 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah meluluskan peruntukan projek kecil bagi membina semula kawasan tempat meletak kenderaan Surau Al-Aziziah setelah sesi dialog Saari bersama penduduk pada tahun 2011. (Sila Rujuk)

Beberapa orang AJK Surau Al-Aziziah menemani Saari meninjau hasil kerja penurapan kawasan parkir
Penurapan bermula dari jalan masuk surau ke kawasan permainan
Keluasan kawasan parkir yang sudah diturap
Keaadaan lebih selesa kepada pengunjung taman permainan dan jamaah surau

Merasmikan Program S.P.I.E.S Remaja Hulu Kelang

Hulu Kelang, 18 Mac 2012 –  Kerajaan Negeri Selangor melalui Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan Kursus S.P.I.E.S khusus buat remaja Hulu Kelang yang telah diadakan di Surau Al-Aziziah, Taman Keramat AU1.

Saari mengucapkan tahniah kepada remaja yang hadir kerana terpilih dari kalangan ribuan remaja diluar sana untuk menyertai kursus S.P.I.E.S yang dianjurkan dan seterusnya merasmikan program
Ustaz Mohd Arif Razali salah seorang motivator yang mengendalikan kursus S.P.I.E.S Remaja Hulu Kelang
Saari melihat kerja berkumpulan yang dilakukan
Lebih 60 remaja Hulu Kelang telah mendaftar mengikuti Kursus S.P.I.E.S pada kali ini

Bersama Penduduk AU1A di Program Gotong-Royong Cegah Aedes

Hulu Kelang, 4 Mac 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama JKP MPAJ Zon 3, Pejabat Kesihatan Daerah Gombak dan Surau Al-Aziziah telah mengadakan Program Gotong-Royong Cegah Aedes di Perumahan AU1A Taman Keramat.

Pegawai MPAJ, En Khairil menyampaikan taklimat mengenai bahaya denggi dan pentingnya menjaga persekitaran bagi mengelak menularnya wabak Aedes
Saari menyampaikan ucapan pendekatan ajaran Islam yang mementingkan aspek kebersihan terhadap diri, rumah dan persekitaran dan seterusnya merasmikan program
Saari bersama penduduk membuat renggangan badan sebelum gerak kerja gotong-royong dimulakan
Penduduk bergambar kenangan bersama YB Azmin Ali dan Saari
Saari melihat tayar yang sudah tidak digunakan dilonggok di tepi jalan yang berkemungkinan besar menjadi tempat pembiakan Aedes
Penduduk berganding bahu mencari jentik-jentik untuk dimusnahkan
Antara barangan yang tidak digunakan dan berkemungkinan menjadi tempat pembiakan Aedes
Saari bersama kanak-kanak dan penduduk menunjukkan jentik-jentik yang dijumpai

Bersama Ahli-Ahli Kariah Surau Al-Aziziah di Ceramah Maulidur Rasul

Hulu Kelang, 4 Januari 2012 – Sempena sambutan Maulidur Rasul, Saari telah diundang oleh Surau Al-Aziziah untuk menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh mereka yang telah diadakan di Surau Al-Aziziah, AU1A Taman Keramat.

Penceramah undangan, Ustaz Noraihan mengajak hadirin menghayati perjuangan Rasullulllah s.a.w semasa hayat beliau sebagai iktibar dan contoh buat semua
Saari bersama ahli-ahli kariah khusyu' mendengar ceramah yang disampaikan
Sebahagian muslimat yang ramai bersama-sama mendengar ceramah
Saari bersama ahli kariah Surau Al-Aziziah menjamu selera bersama selepas majlis

Pogram Khidmat Kesihatan Percuma di Flat PKNS AU1A/1

Hulu Kelang, 29 Januari 2012 – Sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) telah mengadakan Program Khidmat Kesihatan Percuma yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Flat PKNS AU1A/1. Seramai 43 orang penduduk telah hadir mendapatkan pemeriksaan kesihatan mereka pada program tersebut.

Sebahagian penduduk yang hadir sedang menerima pemeriksaan kesihatan oleh pegawai NKF sambil diperhatikan oleh Saari
Saari mendengar taklimat yang disampaikan oleh pegawai NKF berkenaan pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh mereka
Saari melihat keputusan kesihatan salah seorang penduduk yang baru selesai menjalani pemeriksaan kesihatan