Category Archives: Kemudahan Sukan

Mesyuarat Penyelaras Bersama Ahli Majlis dan Pengerusi JKKK

Hulu Kelang, 26 Januari 2012 – Saari telah mempengerusikan sebuah mesyuarat bersama yang dihadiri oleh Pengerusi-pengerusi JKKK ┬ádan Ahli Majlis MPAJ Zon 1,2,3 dan 4 bagi membincangkan Geran SelangorKu RM300 Juta Kerajaan Negeri Selangor untuk dimanfaatkan di DUN Hulu Kelang.

Mesyuarat telah berbincang bagi menggunakan sebahagian peruntukan dari Geran SelangorKu untuk menambah baik Infrastuktur awam dan meningkatkan kemudahan sukan di DUN Hulu Kelang

Meninjau Tapak Cadangan Futsal Batu 8

Hulu Kelang, 17 Januari 2012 – Saari bersama penghulu mukim Hulu Kelang dan wakil Pejabat Daerah Gombak melakukan lawatan tapak ke kawasan lapang milik kerajaan negeri di Batu 8 Kg Pasir bagi mendapatkan gambaran lokasi cadangan gelanggang futsal. Cadangan ini akan dibawa ke peringkat pejabat daerah dalam masa terdekat.

Saari bersama Penghulu Mukin Hulu Kelang, En Zaimi Ghazali
Cadangan tapak gelanggang futsal

Baikpulih Futsal AU4 Selesai

 

Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang telah mengadakan tinjauan ke gelanggang futsal AU4 yang dibaikpulih mendapati kerja-kerja telah selesai. Di antara baikpulih yang dilaksanakan ialah mengubah posisi gelanggang, menukar pagar keliling berketinggian 12 kaki, mengecat gelanggang dan tiang gol baru.

Majlis perasmian dan penyerahan gelanggang kepada penduduk tempatan akan dilakukan bulan Febuari nanti.

Perlawanan Futsal Jalin Persahabatan Masyarakat AU1B

Keramat AU1B, 1 Januari 2012 – Gelanggang Futsal yang baru dirasmikan ternyata mampu menjadi titik menyatupadukan masyarakat di AU1B. Ini dapat dilihat melalui program perlawanan persahabatan antara penduduk rumahpangsa dan rumah teres peringkat veteran dan remaja.

Kategori veteran dimenangi pasukan rumah teres manakala kategori remaja dimenangi pasukan rumahpangsa.

Gelanggang Futsal AU1B Selamat Dirasmikan

Usaha bersama Saari dan Azmin mendapatkan peruntukan pembinaan gelanggang futsal baru AU1B

Taman Keramat Permai AU1B – Impian penduduk sekitar Taman Keramat Permai AU1B dan rumahpangsa AU1B akhirnya menjadi kenyataan apabila gelanggang futsal yang dibina oleh kerajaan negeri siap dan sempurna dirasmikan pada 1 Januari 2012. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, YB Saari Sungib dan Ahli Parlimen Gombak, YB Azmin Ali di perkarangan gelanggang futsal.

Simbolik penyerahan kunci gelanggang kepada persatuan penduduk

Gelanggang futsal yang dibina dengan menaik taraf gelanggang sedia ada melalui peruntukan pembangunan belia negeri Selangor. Sejurus selepas perasmian, satu perlawanan persahabatan diadakan antara pasukan dari rumah teres dan rumah pangsa AU1B melibatkan kategori veteran dan belia.

Simbolik perasmian gelanggang futsal. Dari rakyat untuk rakyat
Saari dan Azmin memperlihatkan sepakan penalti masing-masing
Kedua-dua pasukan veteran Taman Keramat AU1B (pangsa dan teres) bergambar bersama Saari dan Azmin

Gelanggang Serbaguna Dibina Untuk Penduduk AU1C Taman Keramat Permai

Hulu Kelang, 29 Disember 2011– Rentetan lawatan Saari ke tanah sempadan di AU1C/3D bersama MPAJ, satu gerakerja membersihkan tanah sempadan dan menaiktaraf menjadi sebuah tempat riadah sedang rancak dilakukan untuk kegunaan penduduk sekitar AU1C, Taman Keramat Permai.

Tangga yang dibina oleh MPAJ hasil permintaan penduduk semasa lawatan Saari dan MPAJ ke Jalan AU1C/3D
Kerja-kerja membina sebuah gelanggang serbaguna sedang rancak dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh MPAJ
Saari mendengar penerangan berkaitan pembinaan gelanggang serbaguna daripada salah seorang pekerja kontraktor
Gelanggang serbaguna akan siap sedikit masa lagi dan boleh digunakan oleh penduduk setempat untuk beriadah