Tag Archives: Rumah Pangsa Taman Keramat

Menyampaikan Sumbangan Keperluan Asas Kepada Ibu Tunggal

Hulu Kelang, 26 Mei 2012 – Sempena Program Pertandingan Futsal dan Bola Jaring Rumah Pangsa Taman Keramat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menyampaikan bantuan asas makanan kepada 10 orang ibu tunggal yang kehilangan suami mereka pada tahun 2012.

Saari menyampaikan bantuan asas makanan berupa sekampit beras 10kg, tepung, gula, susu dan beberapa barang keperluan yang lian kepada Puan Fatimah yang kematian suami beliau awal tahun ini

40 Pasukan Sertai Pertandingan Futsal dan Bola Jaring Flat PKNS Keramat Pangsa

Hulu Kelang, 26 Mei 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama PKZ Keramat Pangsa dan JKP MPAJ Zon 3 telah menganjurkan Pertandingan Futsal dan Bola Jaring yang telah diadakan di Flat PKNS Rumah Pangsa Taman Keramat.

Sebanyak 32 pasukan futsal dan 8 pasukan bola jaring telah mengambil bahagian pada pertandingan tersebut
Saari menyampaikan wang tunai dan hadiah kepada Norita dan Noryati, juara pertandingan bola jaring
Saari menyampaikan wang tunai dan hadiah kepada Pasukan Club Keramat, juara futsal bawah 12 tahun
Saari menyampaikan wang tunai dan hadiah kepada Pasukan Budak-Budak FC, juara futsal bawah 15 tahun
Saari menyampaikan wang tunai dan hadiah kepada Pasukan Permai FC, juara terbuka futsal Keramat Pangsa

Menyampaikan Sumbangan Kipas Kepada Warga Emas

Hulu Kelang, 21 Mac 2012 – Rentetan lawatan Saari menyampaikan sumbangan kerusi roda pada 26 Februari lepas. Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menyumbangkan sebuah kipas kepada En Mohd Zainuddin, 71 tahun yang terlantar sakit di rumah beliau, Blok N Flat PKNS Rumah Pangsa Taman Keramat. En Helmizan Abd Karim, Pengurus PKM Hulu Kelang telah mewakili Saari menyampaikan sumbangan tersebut.

AJK PKZ Keramat Pangsa En. Abd Wahab bersama Khalil, anak kepada En Zainuddin berganding bahu memasang kipas yang disumbangkan

Menghadiri Diskusi Agama Bersama Dr Robiah K.Hamzah

Hulu Kelang, 17 Mac 2012 – Sempena Sambutan 4 Tahun Pakatan Rakyat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Madrasul Islamiah telah menganjurkan Diskusi Agama bersama Dr Robiah K. Hamzah yang telah diadakan di perkarangan Rumah Pangsa Taman Keramat.

Dr Robiah menyampaikan ceramah beliau dengan memberi motivasi dan menyuntik semangat hadirin untuk terus bangkit meningkatkan keimanan diri, keluarga dan masyarakat kepada Allah SWT
Saari bersama Aliza dan hadirin mendengar ceramah yang disampaikan
Aliza menyampaikan cenderahati kepada Dr Robiah sebagai tanda penghargaan
Aliza beramah mesra bersama hadirin yang hadir selepas selesai majlis diskusi
Saari dan Aliza menemani Dr Robiah menjamu hidangan yang disediakan oleh pihak Madrasatul Islamiah

Bersama Penduduk Rumah Pangsa Taman Keramat di Karnival Sukan Rakyat

Hulu Kelang, 17 Mac 2012 – Sempena Sambutan 4 Tahun Pakatan Rakyat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan Karnival Sukan Rakyat yang telah diadakan di Rumah Pangsa Taman Keramat.

Saari menyampaikan hadiah cabutan bertuah sambil diperhatikan oleh YB Azmin Ali
Saari menyampaikan sumbangan kerusi roda dan barang asas makanan kepada penduduk yang memerlukan
Saari menyampaikan papan Karom sumbangan Ahli Majlis MPAJ Zon 3 kepada Madrasatul Islamiah dan Rumah Pangsa Taman Keramat
Saari menyampaikan uniform baru kepada pasukan kompang Rumah Pangsa Taman Keramat sumbangan PKM DUN Hulu Kelang
Saari bergambar kenangan bersama pasukan kompang Rumah Pangsa Taman Keramat
Saari menyampaikan sumbangan beg sekolah oleh Kerajaan Negeri kepada pelajar berumur 7-12 tahun
Sebahagian daripada 150 murid yang menerima beg sekolah dari Rumah Pangsa Taman Keramat bergambar kenangan bersama Saari

Menyampaikan Sumbangan Kerusi Roda Kepada Tiga Orang Penduduk Yang Memerlukan

Hulu Kelang, 25 & 26 Februari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menyumbangkan tiga buah kerusi roda kepada penduduk yang memerlukan hasil maklumat daripada Jawatankuasa Penduduk di beberapa buah kawasan sekitar DUN Hulu Kelang.

25 Februari 2012 – Sabtu

Saari menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Che Noor Leeza, 42 tahun di kediaman beliau, Jalan J6 Fasa 6 Taman Melawati
Saari menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Mat Ali Ismail, 76 tahun di kediaman beliau Jalan AU4/2A

26 Februari 2012 – Ahad

Saari menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Mohd Zainuddin, 71 tahun di kediaman beliau Blok N Rumah Pangsa Taman Keramat

Menghadiri Kenduri Aqiqah Muhammad Aqif Ukkael

Hulu Kelang, 18 Februari 2012 – Saari telah diundang untuk menghadiri Majlis Kesyukuran Kenduri Aqiqah, Berendoi dan Cukur Rambut bayi Muhammad Aqif Ukkael yang telah diadakan di Blok E, Rumah Pangsa Taman Keramat.

Saari dan Aliza menjamu selera sambil berbual mesra bersama hadirin yang hadir
Saari dan Aliza bergambar kenangan bersama bayi Muhammad Aqif Ukkael dan kedua ibu bapanya sebelum meninggalkan majlis

Bersama Penduduk Rumah Pangsa Taman Keramat di Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Hulu Kelang, 6 Januari 2012 – Saari telah diundang untuk bersama-sama penduduk Rumah Pangsa Taman Keramat di Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang telah diadakan di Padang Permainan Rumah Pangsa Taman Keramat.

Saari bersama penduduk berselawat beramai-ramai selepas bermulanya majlis
Ustaz Hj Hanafi Rahman menyampaikan ceramah beliau mengajak semua hadirin menjadikan Nabi Muhammad sebagai ikon di dalam kehidupan seharian tanda cintanya kita kepada Nabi s.a.w
Saari bersama-sama penduduk Rumah Pangsa mendengar ceramah yang disampaikan
Saari menyampaikan hadiah kepada Hj Ismail tanda penghargaan daripada pihak Madrasatul Islamiah di atas jasa dan sumbangan beliau

 

Merasmikan Program Super Muslim di Madrasatul Ismaiah

Hulu Kelang, 29 Januari 2012 – Sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan Program Super Muslim yang telah diadakan di Madrasatul Islamiah, Rumah Pangsa Taman Keramat.

Saari menyampaikan ucapan memberi semangat kepada peserta yang hadir dengan memberikan contoh sahabat Rasullullah yang berusia belasan tahun tetapi mampu memberi sumbangan dalam perjuangan menegakkan Islam
Saari menyantuni peserta yang hadir dengan bersarapan bersama mereka sambil berbual mesra
Saari bersama fasilitator dan peserta 'Super Muslim' bergambar kenangan bersama