Tag Archives: Kg Klang Gate

Menyampaikan Bantuan Keperluan Asas Makanan Kepada Penduduk Susah Kg Klang Gate

Hulu Kelang, 27 Mei 2012 – Saari bersama YB Azmin Ali telah memenuhi undangan JKKK Kg Klang Gate untuk menghadiri majlis dialog penduduk bersama Penghulu Mukim Hulu Kelang dan penyampaian bantuan kepada penduduk susah yang telah diadakan di Dewan Orang ramai Kg Klang Gate.

Majlis dimulakan dengan dialong antara penduduk dan Penghulu mukin Hulu Kelang, En Zaimi Ghazali
YB Azmin Ali menyampaikan ucapan menerangkan dasar Kerajaan Negeri dalam memulangkan hasil kekayaan negeri kepada rakyat
YB Azmin menyampaikan bantuan kewangan dan sekampit beras 10kg kepada Puan Sabariah Abdullah
Saari menyampaikan sumbangan asas makanan kepada Puan Zabedah Talib
YB Azmin Ali menyampaikan sumbangan kewangan kepada Pengerusi JKKK Kg Klang Gate, En Ali Kassim bagi penganjuran kejuaraan futsal Piala YB Azmin Ali peringkat Kg Klang Gate
Jamuan makan turut disediakan selepas majlis
Saari bersalaman bersama Ali Kassim sebelum meninggalkan majlis

Merasmikan Bilik Gerakan PAS Cawangan Kg Klang Gate

Hulu Kelang, 20 Mei 2012 – Saari telah diundang untuk merasmikan Bilik Gerakan PAS Cawangan Kg Klang Gate yang terletak di Lorong Kancil.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu tema PAS
Saari melancarkan Bilik Gerakan PAS Cawangan Kg Klang Gate dengan menaikkan bendera PAS
Bendera PAS berkibar mekar dan dapat dilihat dengan jelas dari MRRII
Saari menjamu selera bersama aktivis yang hadir sebelum meninggalkan majlis

 

Meninjau Mangsa Banjir di Kg Klang Gate

Hulu Kelang, 2 Mei 2012 – Saari bersama Ahli Majlis MPAJ Zon 2 telah meninjau keadaan rumah mangsa di Kg Klang Gate yang dilanda banjir apabila hujan lebat telah turun selama beberapa jam di sekitar Lembah Klang.

Saari meninjau salah sebuah rumah magsa yang dimasuki air banjir
Saari bersama Ahli Majlis MPAJ Zon 2, En Jafrien Muhd dan beberapa orang penduduk kampung berbincang bagi mengatasi banjir di Kg Klang Gate
Penduduk mendakwa laluan air telah dihalang dengan sebuah jambatan yang mempunyai laluan air yang kecil dan tidak mampu menampung laluan air deras ketika hujan lebat

Menyampaikan Sumbangan Beg Sekolah Kepada Pelajar Sek Ren Agama Kg Klang Gate

Hulu Kelang, 28 Mac 2012 – Kerajaan Negeri Selangor telah mengedarkan 1000 buah beg sekolah di setiap DUN melalui Pusat Khidmat Masyarakat ADUN untuk diagihkan kepada pelajar berumur 6-12 tahun. PKM Hulu Kelang telah menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada 35 orang murid dari Sekolah Rendah Agama Kg Klang Gate yang telah  disampaikan oleh Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang.

Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada salah seorang penerima
Sebahagian daripada 35 orang pelajar yang menerima sumbangan beg bergambar kenangan bersama

Pasukan Liquala Juara Futsal Super Series Hulu Kelang

Hulu Kelang, 25 Mac 2012 – Sempena Sambutan 4 Tahun Pakatan Rakyat Negeri Selangor, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan pertandingan Futsal Super Series Hulu Kelang yang telah diadakan di Gelanggang Futsal Kg Klang Gate.

YB Azmin Ali bersama Saari bersalaman bersama kumpulan Liquala dan Psycho Touch yang memasuki pertandingan akhir
Saari bersama YB Azmin Ali memulakan acara perlawanan akhir dengan membuat sepakan panalti
YB Azmin Ali dan Saari menyaksikan petandingan akhir bersama penduduk Kg Klang Gate
Sepakan panalti antara kedua pasukan setelah terikat dengan keputusan 2-2. kumpulan Liquala merangkul kejuaraan dengan aggregate 4-3
Saari menyampaikan medal kejuaraan kepada pemenang kejuaraan Futsal Super Series Hulu Kelang
YB Azmin Ali dan Saari bergambar kenangan bersama pasukan yang menang

Khidmat Kesihatan Percuma di Kg Klang Gate

Hulu Kelang, 18 Mac 2012 – Hampir 70 orang penduduk Kg Klang Gate telah menerima Khidmat Pemeriksaan Kesihatan Percuma anjuran Pusat Khidmat DUN Hulu Kelang yang telah diadakan di Dewan JKKK Kg Klang Gate.

Penduduk yang hadir mendaftar di kaunter pendaftaran sebelum pemeriksaan kesihatan dijalankan
Saari mendengar penerangan daripada salah seorang pegawai kesihatan
Saari melihat ujian darah yang dijalankan terhadap penduduk
Pegawai kesihatan turut memberi nasihat kepada penduduk tentang penjagaan kesihatan mereka
Saari melihat keputusan salah seorang penduduk selepas beliau selesai melakukan pemeriksaan kesihatan
Saari beramah mesra bersama penduduk yang hadir sementara mereka menunggu giliran untuk pemeriksaan
Saari menyampaikan cenderahati kepada Dr Zainal Fitri dan pasukan beliau

 

Menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Masjid Kg Klang Gate

Hulu Kelang, 5 Mac 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Sunat hari Isnin yang telah diadakan di Masjid Kg Klang Gate.

Saari bersama penduduk Kg Klang Gate berbuka puasa sunat hari Isnin bersama
Hadirin solat Maghrib berjamaah selepas selesai berbuka puasa
Saari bersalam mesra bersama jamaah selepas selesai menunaikan solat Maghrib
Saari berbual mesra bersama penduduk yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Menziarahi 5 Orang Penduduk Sakit di Kg Klang Gate

Hulu Kelang, 7 Febuari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama JKKK Klang Gate telah mengadakan lawatan rumah ke rumah menziarahi penduduk yang sakit sekitar Kg Klang Gate.

Saari menziarahi Fatimah Ahmad, 77 tahun yang terlantar sakit dirumahnya Lorong Sekolah
Saari menziarahi Haron @ Md. Syarif Sudin, 79 tahun yang terlantar sakit di rumahnya selepas terjatuh di dalam bilik air sebulan yang lalu
Saari menziarahi Jamaayah Ismail,53 tahun yang sudah menderita selama 23 tahun akibat lumpuh separuh badan selepas menerima urutan selepas bersalin
Saari menziarahi Jumaiyah Jumaat 85 tahun yang uzur di rumahnya Jalan Kancil
Saari menziarahi Simah Jaafar 58 tahun yang terlantar sakit di rumahnya akibat kanser usus yang dihidapi

 

Merasmikan Mesyuarat Agung PERAKAN Cawangan Hulu Kelang

Hulu Kelang, 29 Januari 2012 – Saari telah diundang oleh Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (PERAKAN) cawangan Hulu Kelang untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan bagi sesi 2011-2012 yang telah diadakan di Dewan Masjid Kg Klang Gate.

Pemangku Presiden PERAKAN Nasional, En Hamdzah menyampaikan ucapan aluan berterima kasih kepada semua yang hadir dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini
Saari menyampaikan ucapan selamat bermesyuarat kepada semua ahli dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PERAKAN sesi 2011-2012
Saari bersalam mesra bersama ahli-ahli PERAKAN sebelum meninggalkan majlis

21 Penduduk Kg Klang Gate Terima Khidmat Refleksologi

Hulu Kelang, 29 Janurai 2012 – Sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan Program Khidmat Refleksologi Percuma khas buat wanita yang telah diadakan di Dewan JKKK Kg Klang Gate.

Saari bersama Aliza memerhatikan penduduk yang sedang menikmati khidmat refleksologi
Saari mendengar pandangan dan masalah daripada salah seorang peserta
Sebahagian daripada aktivis Kg Klang Gate berbincang bersama Saari perihal keadaan kampung mereka
Aktivis Kg Klang Gate bergambar kenangan bersama Saari