Tag Archives: Kg Kemensah

Menyampaikan Sumbangan Pakaian Raya Terpakai Kepada Penduduk Kg Kemensah Hulu

Hulu Kelang, 7 Ogos 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Sukarelawan Wanita Selangorku telah menyampaikan lebih 100 helai baju raya terpakai hasil sumbangan orang ramai kepada penduduk di Kg Kemensah Hulu. PKM Hulu Kelang turut menyampaikan 25 buah beg sumbangan Kerajaan Negeri kepada anak-anak penduduk.

Saari dan Aliza bergambar bersama pakaian beg sekolah yang disumbangkan

Bersama Penduduk Gotong-Royong Membersihkan Kawasan Perkuburan Kg Kemensah

Hulu Kelang, 8 Julai 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama sukarelawan Selangorku telah mengadakan majlis gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan di Kg Kemensah.

Saari bersama Pengerusi JKKK Kg Kemensah, En Abd Aziz Abd Wahab dan penduduk membersihkan kawasan persekitaran tanah perkuburan
Pengarah Sukarelawan Selangorku, En Helmizan Abd Karim memotong pokok liar yang tumbuh di kawasan tersebut
Rumput di kiri dan kanan jalan menuju perkuburan Kg Kemensah yang sudah dipotong semasa gerakerja gotong-royong yang diadakan
Saari bersama penduduk dan sukarelawan Selangorku menjamu selera selepas selesai gerakerja gotong-royong

Majlis Makan Malam Dan Ramah Mesra Bersama YB Azmin Ali, Saari dan JKKK Meriah

Hulu Kelang, 24 Jun 2012 -Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak telah menganjurkan Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Bersama YB Azmin Ali, Saari dan seluruh JKKK DUN Hulu Kelang yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Kg Kemensah.

Pengerusi JKKK Kg Kemensah, En Abd Aziz Abd Wahab menyampaikan ucapan aluan majlis
Penghulu Mukim Hulu Kelang, En Zaimi Ghazali menyampaikan ucapan aluan berterima kasih kepada semua yang hadir dalam menjayakan majlis
Saari beramah mesra bersama tetamu yang hadir sambil mereka menikmati hidangan
Kambing bakar menjadi tumpuan utama
Persembahan dari pelajar-pelajar Sekolah Rendah Agama Kg Kemensah
Saari menyampaikan ucapan mengenai pembangunan sekitar Kg Kemensah yang telah banyak berubah melalui peruntukan Kerajaan Negeri dan dapat dinikmati oleh penduduk setempat
YB Azmin Ali menyampaikan ucapan menyatakan komitmenbeliau dalam menjaga kebajikan penduduk tanpa mengira fahaman politik
Saari menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada Lee Yoke Ping
YB Azmin Ali menyampaikan Plak Penghargaan kepada semua AJK JKKK seluruh Hulu Kelang
YB Azmin Ali menyampaikan bantuan asas makanan kepada warga emas yang hadir
YB Azmin menyampaikan saguhati kepada beberapa orang pelajar cemerlang UPSR, PMR dan SPM
Saari bersama YB Azmin Ali menyampaikan Anugerah Khas JKKK terbaik DUN Hulu Kelang yang dinobatkan kepada JKKK Kuala Ampang
Saari menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada semua kanak-kanak yang hadir pada majlis tersebut
Persembahan bunga api di akhir kemuncak program
Penduduk terpegun melihat persembahan bunga api yang didatangkan khas dari Kuala Ampang

Menyertai Perlawanan Badminton Persahabatan Antara JKKK Kg Kemensah Dan Vateran KESUMAT

Hulu Kelang, 20 Jun 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan perlawanan badminton persahabatan antara vateran Kelab Sukan Lembah Keramat (KESUMAT) dan JKKK Kg Kemensah yang telah diadakan di gelanggang badminton Kg Kemensah.

Saari bersama regu beliau memulakan perlawanan pembukaan menentang regu Pengerusi JKKK Kg Kemensah, En Abd Aziz Abd Wahab
Keputusan menyaksikan JKKK Kg Kemensah mengungguli perlawanan dengan memenangi 5 daripada 8 perlawanan, seri 2 perlawanan dan tewas 1 perlawanan
Pengerusi JKKK Kg Kemensah, En Abd Aziz Abd Wahab menyampaikan ucapan aluan berterima kasih kepada PKM Hulu Kelang dan KESUMAT kerana sudi menganjurkan perlawanan persahabatan bersama JKKK Kg Kemensah
Pengerusi KESUMAT, Kol (B) Abd Hadi Yusof menyampaikan ucapan berharap pertemuan yang diadakan tidak terhenti setakat di sini dan bersedia bekerjasama dalam menjayakan apa-apa perlawanan persahabatan bersama selepas ini
Saari menyampaikan cenderahati kepada semua pemain yang menyertai pertandingan
Saari mengiringi Kol (B) Abd Hadi Yusof menyampaikan cenderahati kepada En Abd Aziz Abd Wahab sebagai tanda kenang-kenangan daripada KESUMAT
Pemain bergambar kenangan bersama Saari
Jamuan makan turut disediakan kepada semua hadir

25 Wanita Kg Kemensah Menyertai Kursus Membuat Apam Polkadot

Hulu Kelang, 17 Jun 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan Kerjasama Pusat Komuniti wanita (PKW) Hulu Kelang telah menganjurkan kursus membuat apam polkadot khas buat wanita Kg Kemensah yang telah diadakan di Dewan Orang ramai Kg Kemensah.

Tenaga Pengajar, Puan Laila menunjukkan kaedah membuat dan mengukus apam polkadot dengan betul
Antara kretiviti corak yang dilakukan oleh peserta semasa kursus tersebut
Apam polkadot yang sudah dikukus dikeluarkan dari bekas acuan untuk disejukkan
Sebahagian daripada 25 peserta menunjukkan isyarat 'Bagus' tanda berpuas hati terhadap kursus yang dijalankan

Meraikan Pertandingan Persahabatan Antara Belia Kg Kemensah Dan Belia Balai Polis Taman Melawati

Hulu Kelang, 17 Jun 2012 – Saari telah diundang untuk meraikan pertandingan persahabatan badminton dan futsal antara belia Kg Kemensah dan belia Balai Polis Taman Melawati yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kg Kemensah.

Saari bersama Pengerusi JKKK Kg Kemensah, En Abd Aziz Abd Wahab menyaksikan pertandingan badminton yang sedang berlangsung
Perlawanan sengit antara belia Kg Kemensah dan belia Balai Polis Taman Melawati
Saari berbual bersama salah seorang anggota polis yang sedang menyaksikan pertandingan futsal

Meninjau Kursus Sulaman Riben di Kg Kemensah

Hulu Kelang, 26 Mei 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Komuniti Wanita (PKW) Hulu Kelang telah menganjurkan Kursus Sulaman Riben khas buat wanita Kg Kemensah yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kg Kemensah.

Saari melihat kegigihan wanita Kg Kemensah menyulam riben untuk dijadikan bunga sebagai corak hiasan
Saari bersama Aliza menunjukkan contoh alas meja yang hampir siap disulam
Saari menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada Puan Azizah berupa sarung bakul sampah bersulaman riben
Seramai hampir 30 peserta telah mengambil bahagian

30 Wanita Kg Kemensah Hadiri Kursus Sulaman Reben

Hulu Kelang, 5 Mei 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Komuniti Wanita (PKW) Hulu Kelang telah menganjurkan Kursus Sulaman Reben khas buat wanita Kg Kemensah yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kg Kemensah.

Saari melihat kegigihan wanita Kg Kemensah menyulam reben untuk dijadikan bunga sebagai corak hiasan
Saari bersama Aliza menunjukkan contoh bantal dan beg tangan yang sudah siap disulam dengan reben
Saari menyampaikan ucapan tahniah kepada peserta di atas keterlibatan mereka dalam program yang dianjurkan dan mengharapkan ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka
Peserta dengan hasil sulaman mereka bergambar kenangan bersama Saari

Kursus Membuat Laksam di Kg Kemensah

Hulu Kelang, 14 April 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Komuniti Wanita (PKW) Hulu Kelang telah menganjurkan kursus membuat Laksam yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kg Kemensah.

Tenaga pengajar, Nik Rushdiah Nik Ahmad menunjukkan cara dan teknik yang betul membuat Laksam
Ikan Sardin yang sudah direbus, diambil isinya untuk dijadikan bahan utama membuat kuah Laksam
Peserta bergotong-royong menyediakan bahan
Seramai 25 peserta dari Kg Kemensah telah menghadiri kursus membuat Laksam