Tag Archives: Keramat AU1B

Meninjau Aktiviti Pusat Komuniti Wanita Hulu Kelang

Hulu Kelang, 28 Mei 2012 – Saari berpeluang meninjau aktiviti yang dilakukan oleh Pusat Komuniti Wanita Hulu Kelang yang beroperasi di Dewan Pusat Komuniti Wanita AU1B, Taman Keramat Permai.

Saari melihat secara dekat cara membuat kuih bahulu oleh Puan Mosinah Kordi
Saari membantu mengeluarkan kuih bahulu yang sudah siap dibakar
Saari menunjukkan kuih bahulu ikan yang dibuat oleh Puan Mosinah mengikut tempahan pelanggan beliau
Saari menunjukkan pek bahulu yang sudah siap dibungkus untuk dipasarkan

Belia Flat AU1B Juara Karnival Futsal Tertutup DUN Hulu Kelang

Hulu Kelang, 25 Mei 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama JKP MPAJ Zon 3 telah menganjurkan Karnival Futsal Tertutup DUN Hulu Kelang yang telah diadakan di Gelanggang Futsal AU1B, Keramat Permai.

Saari bersama Ahli Majlis MPAJ Zon 3, En Razali Ramly dan beberapa orang penduduk menyaksikan pertandingan futsal yang berlangsung
Penentuan tempat ketiga dan keempat ditentukan dengan sepakan panalti
Saari menyampaikan hadiah berupa wang tunai dan trofi kepada juara dari pasukan B
Pemenang bergambar kenangan bersama Saari dan piala yang dimenangi

Sukan Rakyat Keramat AU1 Meriah

Hulu Kelang, 7 April 2012 – Sempena Sambutan Pemerintahan 4 Tahun Pakatan Rakyat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan Sukan Rakyat buat penduduk di AU1A, AU1B dan AU1C yang telah diadakan di padang bersebelahan Surau Al-Ittifaq.

Saari bersalaman bersama penduduk yang hadir setibanya di tempat majlis
Saari melepaskan acara 'Bawa belon seiring & Sejalan'
Saari menyampaikan hadiah tempat pertama kepada pemenang acara 'Bawa Belon Seiring & Sejalan'
Antara acara menarik yang dipertandingkan ialah 'Bawa Bola Ping Pong, Isi Air Dalam Botol, Mat/Minah Rempit, Baling Belon Air dan Bawa Belon Seiring & Sejalan'
Pelbagai peringkat umur hadir menyertai pertandingan yang dianjurkan
Saari menjamu selera bersama penduduk sambil berbual mesra
Hj Abdul Rauf Jasman gembira menerima hadiah sebuah basikal daripada Saari setelah nama beliau terpilih untuk memenangai hadiah cabutan bertuah
Saari bersalam mesra bersama penduduk yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Bersama Penduduk AU1B di Program Gotong-Royong Cegah Aedes

Hulu Kelang, 4 Mac 2012 –┬áPusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama JKP MPAJ Zon 3, Pejabat Kesihatan Daerah Gombak dan Surau Al-Hidayah telah mengadakan Program Gotong-Royong Cegah Aedes di Perumahan AU1B Taman Keramat.

Pegawai MPAJ, En Khairil menyampaikan taklimat mengenai bahaya Aedes dan mengajak penduduk mengelakkan rumah dan persekitaran dari menjadi tempat pembiakan Aedes
Saari bersama penduduk mendengar taklimat yang disampaikan oleh En Khairil
Penduduk bergambar kenangan bersama Saari sebelum gerak kerja gotong-royong dimulakan
Saari menunjukkan tayar kereta dilonggokkan ditepi jalan yang bakal menjadi tempat pembiakan Aedes
Saari bersama En Darwish yang telah menghebahkan program gotong-royong dengan membawa banner menggunakan lori mengelilingi seluruh taman mengajak penduduk turun bergotong-royong

Perlawanan Futsal Jalin Persahabatan Masyarakat AU1B

Keramat AU1B, 1 Januari 2012 – Gelanggang Futsal yang baru dirasmikan ternyata mampu menjadi titik menyatupadukan masyarakat di AU1B. Ini dapat dilihat melalui program perlawanan persahabatan antara penduduk rumahpangsa dan rumah teres peringkat veteran dan remaja.

Kategori veteran dimenangi pasukan rumah teres manakala kategori remaja dimenangi pasukan rumahpangsa.

Gunting Rambut Percuma di AU1B Taman Keramat Permai

Hulu Kelang, 1 Januari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak dengan kerjasama persatuan penduduk AU1B telah mengadakan program gunting rambut percuma yang telah diadakan bersebelahan padang futsal AU1B Taman Keramat Permai.

YB Azmin Ali bersama Saari menunjukkan kepakaran masing-masing dengan menggunting rambut peserta
Peserta yang telah selesai menggunting rambut turut menerima hadiah beg sekolah daripada YB Azmin Ali dan Saari agar ianya dapat mengurangkan bebanan ibu bapa apabila bermulanya musim persekolahan
Hampir 70 orang pelajar sekitar AU1B yang berdaftar telah menerima khidmat gunting rambut percuma

Gelanggang Futsal AU1B Selamat Dirasmikan

Usaha bersama Saari dan Azmin mendapatkan peruntukan pembinaan gelanggang futsal baru AU1B

Taman Keramat Permai AU1B – Impian penduduk sekitar Taman Keramat Permai AU1B dan rumahpangsa AU1B akhirnya menjadi kenyataan apabila gelanggang futsal yang dibina oleh kerajaan negeri siap dan sempurna dirasmikan pada 1 Januari 2012. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, YB Saari Sungib dan Ahli Parlimen Gombak, YB Azmin Ali di perkarangan gelanggang futsal.

Simbolik penyerahan kunci gelanggang kepada persatuan penduduk

Gelanggang futsal yang dibina dengan menaik taraf gelanggang sedia ada melalui peruntukan pembangunan belia negeri Selangor. Sejurus selepas perasmian, satu perlawanan persahabatan diadakan antara pasukan dari rumah teres dan rumah pangsa AU1B melibatkan kategori veteran dan belia.

Simbolik perasmian gelanggang futsal. Dari rakyat untuk rakyat
Saari dan Azmin memperlihatkan sepakan penalti masing-masing
Kedua-dua pasukan veteran Taman Keramat AU1B (pangsa dan teres) bergambar bersama Saari dan Azmin

Persiapan Akhir Perasmian Futsal Baru AU1B

Penduduk Flat AU1B dan rumah teres sama menerima manfaat gelanggang futsal baharu

Keramat AU1B – Penduduk Taman Keramat Au1B mengalu-alukan satu kemudahan rekreasi dan riadhah apabila gelanggang futsal baru dibina di taman permainan oleh kerajaan negeri Selangor. Gelanggang ini dibina melalui peruntukan Hasil Negeri Untuk Rakyat, iaitu penjimatan hasil perbelanjaan berhemah kerajaan negeri sepanjang 2011.

Satu majlis perasmian akan diadakan pada 1 Januari 2012. Saari telah mengambil kesempatan meninjau persiapan akhir gotong-royong yang dilakukan oleh penduduk AU1B.

Saari beramah mesra dengan penduduk yang membantu persiapan
Remaja turut membantu membersihkan permukaan futsal

 

Meninjau Gelanggang Futsal di DUN Hulu Kelang

Hulu kelang, 29 Disember 2011 – Saari bersama Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim telah meninjau beberapa gelanggang futsal sekitar Hulu Kelang bagi memastikan kemudahan gelanggang futsal berada dalam keadaan yang baik dan selesa untuk digunakan.

Padang Futsal Jabatan Belia Negeri Selangor

Saari bersama En Helmizan di hadapan padang futsal Jabatan Belia Negeri Selangor yang telah diambil alih pengurusanya oleh MPAJ
MPAJ baru selesai membaiki kerosakkan yang ada dan selamat digunakan oleh penduduk setempat

 

Gelanggang Futsal AU1B Taman Keramat Permai

Saari bersama En Helmizan di padang futsal AU1B yang bakal dirasmikan pada 1 Januari 2011 oleh YB Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak
Gelanggang ini dibina oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan hasil Negeri dapat disalurkan untuk dirasai oleh rakyat

Gelanggang Futsal AU1A Taman Keramat Permai

Saari menunjukkan padang futsal yang agak daif dan perlu dinaiktaraf untuk keselesaan dan keselamatan pengguna
Saari telah memaklumkan kepada Ahli Majlis MPAJ untuk menaiktaraf gelanggang futsal AU1A agar ianya selamat digunakan oleh penduduk setempat

Gelanggang Futsal AU4

Saari memerhatikan kerja membina lantai gelanggang futsal AU4 oleh kontraktor yang dilantik oleh Pejabat Daerah
Salah seorang pekerja kontraktor menunjukkan kepada Saari bahan yang digunakan untuk membuat lantai gelanggang futsal dengan menggunakan tiga bahan campuran

 

Gelanggang Futsal Kg Klang Gate

Saari bersama En Helmizan meninjau gelanggang futsal Kg Klang Gate yang masih lagi dalam kerja-kerja pembinaan

 

Gelanggang futsal Kg Klang Gate dijangka akan siap sepenuhnya pada hujung bulan Januari 2012