Tag Archives: AU5D Lembah Keramat

Menyampaikan Ceramah Penerangan Rakyat di Lembah Keramat AU5D

Hulu Kelang, 9 November 2012 – Saari telah diundang untuk menyampaikan ceramah penerangan rakyat anjuran Pakatan Rakyat Gombak yang telah diadakan di padang AU5D Lembah Keramat.

YDP PAS Kawasan Gombak, Ust Salahuddin Nasir menyampaikan ceramah beliau mengajak rakyat berani membuat perubahan dengan menukar kerajaan zalim kepada kerajaan yang adil dan amanah selaras dengan perjuangan dan tuntutan Islam
YB Dr Mujahid Rawa menyampaikan ceramah beliau mengenai tarikh pilihanraya yang hanya akan dibubar apabila Umno-BN merasakan mereka selamat dan mamapu menang dan ianya tidak selaras dengan negara-negara maju
Saari menyampaikan ceramah beliau mengenai cara Umno-BN mengaut keuntungan dari poket rakyat dengan mencipta sistem yang mampu mengambil wang rakyat secara berhemah seperti saman AES, GST dll
Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail menyampaikan ceramah beliau mengenai hutang negara yang semakin meningkat dengan perbelanjaan boros pimpinan Umno-BN
Ustaz Ann Wang Seng menyampaikan ceramah beliau mengenai sifat masyarakat cina yang tidak mudah digula-gulakan membuatkan Umno-BN cemas dengan menimbulkan isu berbau perkauman
Sebahagian ratusan penduduk yang hadir mendengar ceramah yang dianjurkan walupun dalam keadaan hujan

Menghadiri Rumah Terbuka Eidulfitri Surau At-Taqwa

Hulu Kelang, 15 September 2012 – Saari telah menghadiri undangan Majlis Rumah Terbuka Eidulfitri Surau At-Taqwa yang telah diadakan di kawasan parkir Surau At-Taqwa, Lembah Keramat AU5D.

Kehadiran Saari disambut oleh Pengerusi Surau At-Taqwa, Hj Johan Jendol
Saari menjamu selera bersama penduduk setempat
Suasana meriah dengan pelbagai gerai makanan untuk dinikmati hadirin yang hadir
Saari bersalam mesra bersama penduduk yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Menghadiri Rumah Terbuka Eidulfitri PAS Cawangan AU5D

Hulu Kelang, 9 September 2012 – Saari telah diundang untuk menghadiri Rumah Terbuka Eidulfitri PAS Cawangan AU5D yang telah diadakan di Dewan Kecil Orang Ramai (DEKOR) AU5D Lembah Keramat.

Saari menyampaikan ucapan hadir berterima kasih kepada penduduk kerana telah memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan pelbagai program yang telah dijalankan oleh Pusat Khidmat DUN
YB Azmin Ali menyampaikan ucapan mengambil semangat Eidulfitri (Kembali kepada fitrah) mengajak penduduk mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka
Sebahagian penduduk yang hadir mendengar ucapan yang disampaikan
Saari beramah mesra bersama penduduk yang hadir
Majlis Rumah Terbuka mengeratkan lagi hubungan sesama penduduk setempat
Saari bersalam mesra bersama hadirin sebelum meninggalkan majlis

Menyampaikan Tazkirah Ramadhan Di Surau At-Taqwa AU5D

Hulu Kelang, 6 Ogos 2012 – Saari telah diundang untuk menyampaikan tazkirah Ramadhan selepas solat sunat Tarawih sempena Sambutan Nuzul Al-Quran di Surau At-Taqwa AU5D, Lembah Keramat.

Solat Isya' dan Tarawih berjamaah bersama penduduk AU5D
Saari bersalaman sambil bersalawat selepas selesai solat sunat Tarawih
Saari menyampaikan tazkirah mengajak hadirin menghayati perjuangan dan penderitaan Rasulullah S.A.W memelihara Al-Quran supaya ianya sampai dan menjadi panduan bagi umatnya
penduduk khusyu' mendengar tazkirah yang disampaikan
Saari menjamu moreh bersama penduduk sambil berbual mesra
Saari bersalam mesra bersama penduduk yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Menghadiri Forum Perdana Israk dan Mikraj Surau At-Taqwa AU5D

Hulu Kelang, 17 Jun 2012 – Saari telah diundang untuk menghadiri Forum Perdana Israk dan Mikraj yang telah diadakan di Surau At-Taqwa AU5D Lembah Keramat.

Ahli panel terdiri daripada Ustaz Ann Wang Seng, Ustaz Mohd Fitri Abdullah dan Ustaz Nicolas Slyvester dan dimoderatorkan oleh Ustaz Rohaily Abd Hamid
Surau penuh dengan kehadiran penduduk mendengar ceramah yang disampaikan
Saari bersama hadirin tekun mendengar forum yang berlangsung
Ahli kariah solat Isya' berjamaah selepas tamat forum
Saari menjamu selera bersama ahli panel dan penduduk yang hadir
Saari bersalam mesra bersama hadirin yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Menghadiri Majlis Berbuka Puasa Sunat di Surau Al-Mustaqim

Hulu Kelang, 24 Mei 2012 – Saari telah diundang ke majlis berbuka puasa sunat anjuran Surau Al-Mustaqim AU5D, Lembah Keramat.

Saari bersama penduduk beratur mengambil juadah sementara menunggu waktu berbuka
Majlis berbuka puasa di DUN Hulu Kelang semakin mendapat sambutan di kalangan masayarkat setempat
Solat Maghrib berjamaah selepas selesai majlis berbuka puasa
Saari bersalam mesra bersama Setiausaha Surau Al-Mustaqim, En Zainol Abidin Mohamed sebelum meninggalkan majlis

Merasmikan Bilik Gerakan Pakatan Rakyat Lembah Keramat AU5D

Hulu Kelang, 19 Mei 2012 -Saari telah diundang untuk merasmikan Bilik Gerakan Pakatan Rakyat Lembah Keramat yang terletak di Jalan AU5D/6.

Saari menyampaikan ucapan pentingnya diadakan bilik gerakan adalah bertujuan menyemak dan membersihkan daftar pemilih agar pilihanraya yang bakal berlangsung dalam keadaan bersih dan mendapat keberkatan dari Allah SWT
Saari menurunkan banner tanda pelancaran bilik gerakan Pakatan Rakyat Lembah Keramat AU5D
Saari mengucapkan tahniah kepada penduduk Lembah Keramat kerana berjaya mewujudkan bilik gerakan mereka

Sembang Pagi Penduduk AU5D Bersama Saari Meriah

Hulu Kelang, 15 April 2012 – Sempena 4 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan Majlis Sembang Pagi Bersama YB Saari Sungib yang telah diadakan di Dewan Kecil Orang Ramai (DEKOR) AU5D.

Saari menyampaikan ucapan menerangkan agenda Kerajaan Negeri dalam merakyatkan hasil negeri agar ianya sampai dan dapat dirasai oleh semua rakyat Selangor
Saari mendengar permasalahan penduduk sambil menjamu selera
Saari beramah mesra bersama tetamu yang hadir di luar dewan
Pelbagai peringkat umur telah hadir menjayakan majlis
Saari meninjau aduan penduduk mengenai perangkap sampah yang tidak diselenggara menyebabkan laluan air tersumbat