Tag Archives: AU2C Taman Desa Keramat

Menunaikan Solat Eidul Fitri Di Surau Nurul Ehsan

Hulu Kelang, 1 Syawal 1433H – Saari menunaikan solat Eidul Fitri di Surau Nurul Ehsan, AU2C Taman Desa Keramat.

Bersama penduduk Taman Desa Keramat menunaikan solat Eidul Fitri di Surau Nurul Ehsan yang diimamkan oleh Imam I, En Khairul Azmi
Khutbah raya disampaikan oleh Ustaz Ahmad Shahrul
Saari bersalaman bersama penduduk selepas selesai khutbah raya
Saari berbual mesra bersama Pengerusi Surau Nurul Ehsan, Hj Rustam Mustanir

Menunaikan Solat Tarawih Di Surau Nurul Ehsan

Hulu Kelang, 24 Julai 2012 – Saari berkesempatan menunaikan solat sunat Tarawih di Surau Nurul Ehsan, AU2C Taman Desa Keramat.

Saari menunaikan solat tarawih bersama penduduk Taman Desa Keramat yang diimamkan oleh Ustaz Bukhari
Ustaz Bukhari menyampaikan tazkirah beliau mengenai amalan pembaziran yang sudah menjadi adat dikalangan orang Malaysia yang harus dibendung agar sambutan Ramadhan selaras dengan tujuan dan matlamatnya
Saari dan penduduk tekun mendengar tazkirah yang disampaikan
Saari menjamu 'moreh' selepas selesai tazkirah yang disampaikan
Saari bersalam mesra bersama penduduk yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Gelanggang Silat Bakal Dibina di Taman Desa Keramat

Hulu Kelang, 25 Mei 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang bercadang membina sebuah gelanggang berbumbung bagi kegunaan persatuan silat di AU2C, Taman Desa Keramat.

Saari berbincang bersama wakil penduduk mengenai rekabentuk gelanggang yang sesuai dengan keluasan tapak yang ada
Tapak cadangan adalah tanah sempadan bersebelahan gelanggang futsal Kelab Belia TDK

 

Menyantuni Warga Emas Taman Desa Keramat

Hulu Kelang, 19 Mei 2012 – Saari telah menunaikan hajat beberapa orang warga emas Taman Desa Keramat untuk memiliki sebuah kemeja T yang tertera logo Surau Nurul Ehsan. Saari telah menempah dan menyampaikan sendiri kemeja tersebut di kediaman mereka, Jalan AU2C/4 & 6 Taman Desa Keramat.

Saari menyampaikan kemeja T kepada Hj Makmur di rumahnya Jalan AU2C/ 6
Saari menyampaikan kemeja T kepada Hj Sharif di rumahnya, Jalan AU2C/4

Menziarahi Jenazah Almarhum Sheikh Mansor

Hulu Kelang, 18 Februari 2012 – Saari dan Aliza telah hadir menziarahi Jenazah Almarhun Sheikh Mansor yang telah meninggal dunia di rumahnya Taman Desa Keramat AU2C.

Saari dan Aliza mengucapkan takziah dan memberikan kata-kata semangat kepada balu Almarhum Sheikh Mansor semoga beliau terus tabah menghadapi hari mendatang
Saari berbual mesra bersama jiran tetangga dan saudara mara yang hadir menziarahi Almarhum

Merasmikan Sambutan Ulang Tahun Pertama Kelab Belia Taman Desa Keramat

Hulu Kelang, 12 Februari 2012 – Saari telah diundang untuk merasmikan Sambutan Ulang Tahun Pertaman Kelab belia Taman Desa Keramat (KB-TDK) yang telah diadakan di Ulu Kelang Recreation Club (UKRC), Kuala Ampang.

Saari bersalam mesra bersama ahli-ahli KB-TDK setibanya ke tempat majlis
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Pengerusi KB-TDK, En Khairul Azmi Mohd Salleh
Saari menyampaikan ucapan mengharapkan KB- TDK akan menjadi sebuah kelab yang digeruni dan berjaya melahirkan pemain-pemain bertaraf profesional
Saari bersama En Kairul Azmi memotong kek sempena ulang tahun pertama KB- TDK
Saari bersalam mesra bersama pemain sebelum perlawanan persahabatan antara Senior vs Junior KB-TDK
Gol pembukaan oleh Pasukan Senior KB-TDK. Pasukan Senior berjaya menewaskan Pasukan Junior dengan keputusan 2-1
Saari bersalam mesra bersama Hj Rustam, Pengerusi Surau Nurul Ehsan sebelum meninggalkan majlis

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Taman Desa Keramat Meriah

Hulu Kelang, 11 Febuari 2012 – Saari telah diundang untuk menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Taman Desa Keramat anjuran bersama Kelab belia TDK dan Surau Nurul Ehsan.

Majlis dimulakan dengan berarak dan berselawat di sekeliling kawasan perumahan TDK
Saari bersama penduduk bersarapan pagi selepas selesai perarakan
Muslimin TDK yang hadir bergambar kenangan bersama Saari
Sebahagian muslimat yang hadir bergambar kenangan
Pengerusi Surau Nurul Ehsan, Hj Rostam Mustanir menyampaikan ucapan aluan dan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Taman Desa Keramat tahun 2012
Saari menyampaikan ucapan memberi kata-kata semangat kepada golongan muda untuk terus hadir menjayakan program keagamaan kerana mereka merupakan generasi pelapis yang bakal mengimarahkan Masjid dan surau pada masa akan datang
Saari, Hj Rostam dan Pengerusi Kelab Belia TDK bergambar kenangan bersama Piala Kejuaraan yang telah dinobatkan kepada Kontejan dari Taman Desa Keramat sempena Perarakan Maulidur Rasul Masjid Al-Ansar 2012
Hadirin dipersembahkan dengan persembahan nasyid dari Kelab Belia TDK
Pertandingan azan bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah
Sebahagian kanak-kanak yang menyertai pertandingan kuiz
Hadiah yang bakal dimenangi oleh peserta
Saari bersalam mesra bersama tetamu yang hadir sebelum meninggalkan majlis