Category Archives: Perumahan

Melawat Ke Tapak Projek Weststar Auto

Hulu Kelang, 27 Jun 2013 – Saari ditemani oleh Ahli Majlis MPAJ Zon 2 dan Wakil Bahagian Kejuruteraan MPAJ telah melawat pembangunan Weststar Auto yang sedang giat dibangunkan berhampiran Zoo Negara. Weststar Auto menempatkan ruang pameran kereta Honda beserta pusat servis kereta.

Saari ditunjukkan pelan pembangunan bangunan Weststar Auto
Saari ditunjukkan pelan pembangunan bangunan Weststar Auto
Auto Vista dibina setinggi 13 tingkat dan menempatkan Helipad di atas bangunan tersebut
Bangunan 13 tingkat ini mempunyai sebuah Helipad yang bakal dibina di atas bangunan tersebut
menempatkan ruang pameran Honda beserta pusat servis kereta
Weststar Auto terbahagi kepada dua bahagian, pejabat dan ruang pameran Honda beserta pusat servis kereta
Weststar Auto terletak berhampiran dengan Zoo Negara
Weststar Auto terletak berhampiran dengan Zoo Negara

Melawat Pembangunan di Twin Palms, Kemensah Heights

Hulu Kelang, 27 Jun 2013 – Saari ditemani oleh Ahli Majlis MPAJ Zon 2 dan Wakil Bahagian Kejuruteraan MPAJ telah meninjau pembangunan di Twin Palms yang sedang dibangunkan di kawasan Kemensah.

Saari mendengar penerangan oleh wakil pemaju, Mr Lam terhadap pembangunan di kawasan Twin Palms
Saari mendengar penerangan oleh wakil pemaju, Mr Lam terhadap pembangunan di kawasan Twin Palms
Rumah fasa pertama sudah selesai dan susah diduduki oleh pembeli
Projek perumahan fasa pertama sudah selesai dan diduduki oleh pembeli dan kini pembangunan fasa kedua sedang berjalan
Saari melihat kawasan loji tadahan
Saari melihat kawasan loji tadahan yang perlu dipantau dan diselenggara oleh pemaju dari masa ke semasa

Meninjau Pembangunan The Reserve, Kemensah Heights

Hulu Kelang, 27 Jun 2013 – Saari ditemani oleh Ahli Majlis MPAJ Zon 2 dan Wakil Bahagian Kejuruteraan MPAJ telah meninjau pembangunan The Reserve yang sedang dibangunkan di kawasan Kemensah.

Saari mendengar penerangan terhadap pembangunan di The Reserve dari En Nizam
Saari mendengar penerangan terhadap pembangunan di The Reserve dari wakil pemaju, En Nizam
En Nizam menunjukkan penjagaan terhadap pengaliran air sungai yang dijaga tanpa pencemaran
En Nizam menunjukkan kepada Saari terhadap penjagaan air sungai yang dikawal dan tidak tercemar hasil dari pembangunan projek mereka
Kawasan yang sedang dimajukan melibatkan 37 unit banglo mewah
Kawasan yang sedang dimajukan melibatkan 37 unit banglo mewah
The Reserve bersempadan dengan kampung Kemensah
The Reserve bersempadan dengan kampung Kemensah

Meninjau Aduan Penduduk Terhadap Pembangunan Tropika Kemensah 3

Hulu Kelang, 27 Jun 2013 – Saari telah turun bertemu penduduk bagi mendengar masalah dan aduan terhadap pembangunan Tropika Kemensah  3 yang tidak mengikut garis panduan dan pelan asal dan merisaukan penduduk setempat.

Saari mendengar aduan penduduk terhadap pembangunan yang tidak mengikut yang membahayakan penduduk
Saari mendengar aduan penduduk terhadap pembangunan yang tidak mengikut garis panduan MPAJ dan membahayakan penduduk
Jalan susur keluar Kemensah Tropika 3 hanya beberapa meter dari rumah penduduk dan boleh mengundang bahaya kepada penghuni rumah jika kereta yang dipandu terbabas
Jalan susur keluar Tropika Kemensah 3 hanya beberapa meter dari rumah penduduk dan boleh mengundang bahaya kepada penghuni rumah jika kereta yang dipandu terbabas
Wakil pemaju, Mr Lam memberi penjelasan kepada penduduk terhadap pembangunan yang sedang berjalan
Wakil pemaju (Kanan) memberi penjelasan kepada Saari, MPAJ dan penduduk terhadap pembangunan yang sedang berjalan
Wakil MPAJ, En Fadhil berjanji akan mengutarakan masalah yang dihadapi penduduk kepada pihak atasan secepat mungkin
Wakil MPAJ, En Fadhil berjanji akan mengutarakan masalah yang dihadapi penduduk kepada pihak atasan secepat mungkin
Sebahagian lampiran memorandum penduduk terhadap kerisauan
Sebahagian lampiran memorandum penduduk disertakan dengan kiraan tepat sebagai rujukan kepada pemaju dan MPAJ

Dialog Bersama Penduduk UP3, Ukay Perdana

Hulu Kelang, 22 Jun 2013 – Saari telah diundang ke majlis dialog bersama penduduk bagi membincangkan beberapa perkara yang telah diadakan di Jalan UP3, Ukay Perdana.

Pengerusi Perstuan Penduduk UP3 menyampaikan ucapan membangkitkan mengenai isu keselamatan
Pengerusi Persatuan Penduduk UP3, Dato’ Ismail Sulong menyampaikan ucapan membangkitkan mengenai beberapa masalah yang berlaku terutama mengenai isu keselamatan
Ahli Majlis MPAJ Zon 4, Wan Hasrina Wan Hassan menyampaikan ucapan terhadap bantuan yang boleh disalurkan oleh MPAJ kepada persatuan dan penduduk
Ahli Majlis MPAJ Zon 4, Wan Hasrina Wan Hassan menyampaikan ucapan terhadap bantuan yang boleh disalurkan oleh MPAJ kepada persatuan dan penduduk
Saari memberi ucapan menyatakan komitmen beliau untuk terus membantu menyalurkan bantuan pelbagai bentuk dalam membantu persatuan menangani masalah keselamatan di kawasan mereka
Saari memberi ucapan menyatakan sokongan untuk terus membantu menyalurkan bantuan dalam membantu persatuan menangani masalah keselamatan di kawasan mereka
Saari dan penduduk menjamu selera selepas majlis
Saari dan penduduk menjamu selera selepas majlis
Bersalaman bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis
Bersalaman bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis

Meninjau Hasil Kerja Menaik Taraf Surau Taman Permata Melalui Geran SelangorKu

Hulu Kelang, 14 Jun 2013 – Saari telah meninjau hasil kerja menaik taraf Surau melalui Geran SelangorKu di Surau Taman Permata.

Saari ditunjukkan oleh AJK Surau hasil kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor
Saari ditunjukkan oleh AJK Surau hasil kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor
Beberapa perkara perlu dibaiki oleh pihak kontraktor antaranya jubin yang tertanggal perlu dibaiki
Beberapa perkara perlu dibaiki oleh pihak kontraktor antaranya jubin yang tertanggal dan atap bocor hasil dari kerja membaik pulih mereka
Saari melihat garisan tempat letak kereta yang kecil dari saiz sebenarnya yang membuatkan pemandu meletakkan kenderaan mereka tidak mengikut petak
Saari melihat ruang tempat letak kereta yang kecil dari saiz sebenarnya yang membuatkan pemandu tidak meletakkan kenderaan mereka mengikut ruang yang disediakan
Beberapa perkara telah dipersetujui dalam menambah baik perkhidmatan melalui Geran SelangorKu
Beberapa perkara telah dipersetujui dalam menambah baik perkhidmatan Kerajaan Negeri Geran SelangorKu

Menghadiri Seminar Housing From The Perspective Of Islamic Urban Planning

Shah Alam, 6 November 2012 – Saari telah menghadiri Seminar Housing From The Perspective Of Islamic Urban Planning oleh Emeritus Professor Dr Ismawi Zen yang telah diadakan di Bilik Gerakan, Bangunan Annex. Ismawi Zen merupakan bekas Timbalan Dekan UIAM dan Ahli Panel Antarabangsa Pembesaran Masjidil Haram.

YB ISkandar Abd Samad menyampaikan ucapan aluan selaku Exco Perumahan tujuan diadakan seminar Housing From The Perspective Of Islamic Urban Planning
Prof Madya Dr Ismawi Zen menyampaikan pebentangan kertas kerja beliau mengenai perumahan dan perancangan bandar dari perspektif islam
Saari tekun mendengar pandangan yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Ismawi
Sebahagian peserta yang hadir pada seminar yang dianjurkan

Mesyuarat Penyelarasan Isu Apartment Hillside dan Sime Darby Property

Mesyuarat dihari JMB Hillside dan wakil Sime Darby Property

4 Oktober 2012, Shah Alam – Lanjutan daripada beberapa pertemuan yang dimudahcarakan oleh Saari sebelum ini, pihak JMB Apartment Hillside Taman Melawati dan Sime Darby Property telah dipanggil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemudah Isu-Isu Rumah Bertingkat (PRIHATIN) di bawah kendalian Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Exco Perumahan, Setinggan dan Bangunan Bertingkat Selangor.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah berkaitan tanah iaitu hak milik strata dan cukai tanah serta penyelenggaraan bangunan. Beberapa persetujuan telah dicapai bagi kedua-dua pihak JMB Hillside Apartment dan Sime Darby Property dan mesyuarat susulan akan diadakan dalam masa dua minggu lagi.

Saari bergambar bersama ajk JMB Hillside dan SU Exco Perumahan, Kamaruzzaman (kanan sekali)