Category Archives: Kemudahan Sukan

Taman Desa Keramat AU2C Bakal Menerima Sebuah Gelanggang Silat Baru

Hulu Kelang, 6 Mei 2013 – Sebuah gelanggang silat baru sedang dibina di Jalan AU2C/6 Taman Desa Keramat melalui peruntukan khas projek-projek kecil ADUN RM500,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor. Apabila siap gelanggang silat tersebut akan diselia oleh Persatuan Silat Kuntau Tekpi.

Salah seorang pekerja sedang mengukur tapak yang bakal digunakan untuk membina gelanggang silat
Salah seorang pekerja sedang mengukur tapak yang bakal digunakan untuk membina gelanggang silat
Tapak gelanggang silat bersebelahan dengan gelanggang futsal
Tapak gelanggang silat terletak bersebelahan dengan gelanggang futsal
Pembinaan gelanggang silat dijangka siap dalam masa 1 bulan
Pembinaan gelanggang silat dijangka siap dan dapat digunakan pada pertengahan Julai ini

77 Ahli Kesumat Sertai Program My Sihat

Hulu Kelang, 7 April 2013 – Saari telah menghadiri Program My Sihat anjuran bersama Kelab Sukan Komuniti Lembah Keramat (KESUMAT) dan Lembaga Promosi Kesihatan Malayisa yang telah diadakan di Padang Permainan AU5C Lembah Keramat.

Pengerusi KESUMAT, Let Kol (B) Hj Abd Hadi Yusof menyampaikan ucapan perasmian berterima kasih kepada ahli-ahli yang sudi hadir pada majlis yang dianjurkan
Pengerusi KESUMAT, Let Kol (B) Hj Abd Hadi Yusof menyampaikan ucapan perasmian berterima kasih kepada ahli-ahli yang sudi hadir pada majlis yang dianjurkan
Salah seorang ahli wanita KESUMAT memeriksa ketinggian
Salah seorang ahli wanita KESUMAT memeriksa berat dan ketinggian
Saari membuat ujian kandungan gula dalam darah
Saari membuat ujian kandungan gula dalam darah
MEndengar nasihat kesihatan daripada pakar perubatan dari Kementerian Kesihatan
Mendengar nasihat kesihatan daripada Jururawat
Saari menunjukkan hasil pemeriksaan kesihatan beliau
Saari menunjukkan hasil pemeriksaan kecergasan
Seramai 77 ahli KESUMAT telah hadir pada majlis tersebut
Seramai 77 ahli KESUMAT telah hadir pada majlis tersebut

MPAJ dan Pejabat Daerah Selaras Penyerahan Gelanggang Futsal H1

Pasukan Bahagian Pembangunan Pejabat Daerah Gombak bersama jabatan-jabatan MPAJ

TAMAN MELAWATI, 20 Disember 2012 – Satu lawatan tapak telah dianjurkan bersama Pejabat Tanah Daerah Gombak(PTDG) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi meneliti gelanggang futsal dan dataran anak muda yang baru selesai disiapkan di Jalan H1 Taman Melawati.

Gelanggang yang dibangunkan melalui peruntukan geran SelangorKu disiapkan sepenuhnya pada November 2012, lengkap dengan kemudahan elektrik. Proses penyerahan gelanggang dan dokumen berkaitan akan diselaraskan bersama antara PTDG dan MPAJ.

Antara wakil PTDG dan MPAJ yang hadir

 

Projek Kecil 2012 : Gelanggang Jalan E5 Untuk Baik Pulih

Permukaan gelanggang yang sudah pecah

Pusat Khidmat Masyarakat telah mengiringi Bahagian Pembangunan Luar Bandar (PLB), Pejabat Tanah Daerah Gombak menjalankan pemeriksaan di gelanggang takraw di Jalan E5 Taman Melawati bagi tujuan pembaikan.

Pembaikan ini merupakan sebahagian daripada projek-projek kecil yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri untuk setiap DUN di Selangor bagi tahun 2012, termasuk Hulu Kelang.

Kerja pembaikan termasuk resurface permukaan gelanggang

Meninjau Pusat Sukan Komuniti JKP Zon 3 MPAJ

Hulu Kelang, 5 Jun 2012 – Saari bersama Ketua PKZ AU4, Hj Azman Hamzah telah meninjau gelanggang Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) dan Pejabat Kelab Sukan Lembah Keramat (KESUMAT) yang sudah siap sepenuhnya setelah hampir satu bulan kerja membina dan menaiktaraf kawasan tersebut untuk dijadikan sebagai Pusat Sukan Komuniti JKP Zon 3 MPAJ.

Saari bersama Ketua PKZ AU4, Hj Azman melawat kawasan pejabat Pusat Sukan Komuniti JKP Zon 3 MPAJ yang akan dikendalikan oleh KESUMAT
Saari meninjau persekitaran kawasan ruang pejabat bagi memastikan keselesaan pada pengguna kawasan tersebut
Saari menunjukkan tambahan sisi atap di gelanggang PSSCM yang baru dibina melalui peruntukan tambahan
Gelanggang berbumbung dan berpasir bagi memastikan keselesaan semasa latihan dijalankan

Lawatan Tapak Dataran Anak Muda di Jalan H1

Turut hadir lawatan tapak Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Luar Bandar (PLB) En Fauzi

Taman Melawati,17 Mei 2012 – Kerajaan negeri baru-baru ini telah meluluskan peruntukan membina sebuah dataran anak muda dan gelanggang serbaguna  di beberapa DUN termasuk Hulu Kelang. Peruntukan ini disalurkan di bawah Geran Selangorku dan diurus oleh Menteri Besar Incorporated (MBI).

Kawasan rekreasi di Jalan H1, Taman Melawati telah dikenalpasti sesuai dan memenuhi syarat pelan yang diperlukan iaitu berukuran 100 kaki x 100 kaki. Satu lawatan tapak telah diadakan oleh Saari dan ditemani pasukan Pembangunan Luar Bandar(PLB) Pejabat Daerah Gombak yang diketuai En Mohd Fauzi Md Yatim selaku agensi pelaksana projek. Tender projek akan dibuka mulai Jumaat 18 Mei sehingga 22 Mei 2012.

Sebahagian kawasan gelanggang tenis lama akan dibina gelanggang serbaguna dan dataran
Gelanggang futsal sedia ada akan dikekalkan

 

Gelangang Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Taman Seri Keramat Tengah Akan Dinaiktaraf

Hulu Kelang, 29 Februari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan mesyuarat bersama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Ahli Majlis MPAJ Zon 3 En Razali Ramly dan Ketua PKZ AU4 Hj Azman bagi membincangkan menaiktaraf gelanggang Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia seperti kertas kerja yang diusulkan pada Saari pada tahun 2011. (Sila Rujuk)

Saari mempengerusikan mesyuarat mencari penyelesaian terbaik bagi membina sebuah gelanggang untuk kemudahan dan keselesaan persatuan ketika latihan dijalankan
Saari telah bersetuju meluluskan peruntukan melalui Pejabat Daerah bagi membina sebuah gelanggng berbumbung
Saari melihat laluan air yang dibuat oleh ahli-ahli persatuan untuk mengalirkan air hujan yang bertakung bagi memudahkan mereka melakukan latihan

Menghadiri Mesyuarat Program Penggerak Belia Tempatan dan Geran SelangorKu

Shah Alam, 21 Februari 2012 – Saari telah diundang untuk hadir ke Mesyuarat Program Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dan Geran SelangorKu yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat KEKWA, Bangunan SSAAS Shah Alam.

YB Dr Ahmad Yunus Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan mempengerusikan mesyuarat
Saari menyampaikan cadangan dan pandangan beliau berkenaan keadaan masyarakat dan belia di DUN Hulu Kelang
Sebahagian daripada ADUN dan PeBT yang hadir

Menghadiri Penyiasatan Isu Ulu Kelang Recreation Club (UKRC)

Selayang, 30 januari 2012 – Saari telah hadir pada hari Penyiasatan isu Ulu Kelang Recreation Club (UKRC) yang telah diadakan di Bilik Bicara, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak.

Saari bersama Presiden UKRC, En Andrew Gopal, Pengerusi JKKK Kuala Ampang, En Lim Ying dan wakil MPAJ berbual bersama di luar Bilik Bicara sementara menunggu waktu perbicaraan
Saari bersama penduduk Kuala Ampang dan Ahli UKRC memenuhi ruang Bilik Perbicaraan
Presiden UKRC, En Andrew Gopal sedang menyampaikan maklumat berkaitan status sebidang tanah UKRC kepada Ahli Panel Bebas yang dilantik oleh Dato' Menteri Besar selangor
Pengerusi JKKK Kuala Ampang, En Lim Ying menyampaikan hasrat beliau dan penduduk Kuala Ampang berkenaan UKRC
Saari bersalam bersama Orang Besar Daerah Gombak yang menjadi ketua Panel penyiasatan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh
Saari bersalam bersama penduduk Kuala Ampang yang hadir selepas selesai penyiasatan dilakukan
Sebahagian daripada penduduk dan ahli kelab UKRC hadir memberi sokongan moral kepada Presiden UKRC
Saari berbual mesra bersama ahli-ahli UKRC sebelum beliau bertolak pulang