Meninjau Permasalahan Sampah di Rumah Kedai Ukay Perdana

Hulu Kelang, 29 Disember 2011 – Saari bersama JKP Zon 4, En Zulkifli Asnawi dan Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah meninjau permasalahan sampah di rumah sampah sekitar rumah kedai Ukay Perdana.

Saari berbincang bersama En Zulkifli dan En Helmizan berbincang bagi menangani masalah sampah yang berlarutan di rumah kedai Ukay Perdana

 

Saari akan berbincang bersama JMB dan MPAJ bagi membantu menyelesaikan masalah sampah

 

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang pernah menyumbangkan tong sampah bagi mengatasi masalah sampah di rumah kedai Ukay Perdana tetapi cara pembuangan sampah yang tidak betul membuatkan masalah sampah terus berlarutan

 

Peniaga perlu bekerjasama dalam menangani masalah sampah di premis mereka bagi mengelakan pembiakan tikus dan serangga perosak

 

Salah sebuah rumah sampah yang terbakar dan perlu dibaik pulih

Meninjau Pembinaan Gelanggang Sepak Takraw Di Apartment Sri Wira Ukay Perdana

Hulu Kelang, 29 Disember 2011 – Saari bersama Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim dan JKP Zon 4, En Zulkifli Asnawi telah meninjau tapak bagi membina dua buah gelanggang sepak takraw di Apartment Sri Wira, Ukay Perdana. Kelulusan pembinaan telah diberikan selepas Aidilfitri lalu namun kontraktor yang dilantik didapati masih gagal untuk memulakan sebarang kerja pembinaan.
Kontraktor sudah membuka alat permainan untuk dialihkan di taman permainan tetapi kerja-kerja tertangguh disebabkan oleh beberapa sebab teknikal. Perkara ini akan diajukan kepada Pejabat Daerah Gombak selaku pengurus dan pelaksana projek ini.

 

Penduduk Kg. Kemensah Bakal Terima Manfaat Dewan Baru

Melawat dewan kg kemensah
Saari bersama En Zaimi meninjau pembinaan Balai JKKK Kg Kemensah yang hampir siap

Kerajaan negeri Selangor melalui Pejabat Daerah Gombak telah meluluskan peruntukan untuk menaik taraf dewan atau balai raya Kampung Kemensah. Peruntukan ini termasuk proses merobohkan balai raya sedia ada yang usang dan menggantikan dengan dewan serbaguna yang berbumbung tinggi.

Saari bersama penghulu mukim Hulu Kelang, En Zaimi Ghazali dan pengerusi JKKK Kg Kemensah, En Abdul Aziz Wahab telah berkesempatan meninjau perkembangan kerja naik taraf pada 27 Disember 2011 lalu.

 

Saari bersama En Zaimi dan En Abdul Azizi meninjau belakang tandas dewan yang perlu diselenggara untuk kemudahan penduduk kampung
Hampir 90% kerja-kerja membina balai baru telah siap
Hasil negeri untuk rakyat

Berbuka Puasa Sunat di Surau Sri Baiduri

Hulu Kelang, 26 Disember 2011 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Surau Pangsapuri Sri Baiduri telah menganjurkan majlis berbuka puasa sunat hari Isnin yang telah diadakan di Surau Pangsapuri Sri Baiduri, Ukay Perdana.

Saari bersama penduduk Pangsapuri Sri Baiduri berbuka puasa sunat hari Isnin bersama

Aliza bersama muslimat turut hadir berbuka bersama

Saari bersama Jemaah Surau Sri Baiduri Solat Maghrib berjamaah selepas selesai berbuka puasa

Saari bersalam mesra bersama jamaah selepas selesai Solat Maghrib berjamaah

Sdr Izham, Pegawai PKM Hulu Kelang menyampaikan sedikit ucapan memperkenalkan buku terbitan PKM Hulu Kelang bertajuk ‘Hijrah Menuju ke Arah Kejayaan’

Saari menyampaikan buku kecil ‘Hijrah Menuju ke Arah Kejayaan’ kepada wakil surau Sri Baiduri untuk diagihkan kepada penduduk setempat

Wakil pihak surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada PKM Hulu Kelang kerana sudi menerbitkan buku kecil ‘Hijrah Menuju ke Arah Kejayaan’ dan ianya penting dalam membantu umat Islam dalam meningkatkan amalan harian mereka

Saari bersalam mesra bersama jamaah surau sebelum meninggalkan majlis

Mesra Berkebajikan