Tag Archives: Kg Klang Gate

15 Wanita Kg Klang Gate Terima Khidmat Refleksologi Percuma

Hulu Kelang, 2 Mac 2013 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasa Pusat Wanita Berdaya (PWB) telah menganjurkan khidmat refleksologi percuma khas untuk wanita yang telah diadakan di Dewan Masjid Kg Klang Gate.

Saari bersama Aliza berbual mesra bersama penduduk yang sedang menerima khidmat refleksologi
Saari dan Aliza berbual mesra bersama penduduk yang sedang menerima khidmat refleksologi
Seramai 15 wanita Kg Klang Gate telah menerima khidmat tersebut
Seramai 15 wanita Kg Klang Gate telah menerima khidmat urutan refleksologi

Menyampaikan Sumbangan 110 Beg Sekolah Kepada Pelajar Kg Klang Gate

Hulu Kelang, 29 Disember 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menyampaikan sumbangan beg sekolah Kerajaan Negeri bertemakan ‘Hasil Negeri Untuk Rakyat’ kepada pelajar-pelajar sekolah rendah Kg Klang Gate. Majlis penyampaian tersebut telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kg Klang Gate yang turut disertai oleh ibu bapa.

Saari menyampaikan ucapan menerangkan bahawa pemberian beg sekolah ini adalah hasil dari kekayaan negeri yang dipulangkan semula kepada rakyat melalui pelbagai program yang harus dirasai oleh semua diperingkat umur
Pelajar beratur menerima beg sekolah yang disampaikan oleh Saari sambil dibantu Nazir Masjid Kg Klang Gate, Hj Nasaruddin
Kegembiraan terserlah di wajah anak-anak yang menerima beg sekolah
Sebahagian dari 110 pelajar yang menerima beg sekolah sumbangan Kerajaan Negeri bergambar kenangan bersama sebelum bersurai

Berbuka Puasa bersama Penduduk Kg Klang Gate

Hulu Kelang, 5 November 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan majlis berbuka puasa sunat Isnin yang telah diadakan di Masjid Kg Klang Gate.

Saari dan penduduk berbuka puasa bersama
sebahagian muslimat yang hadir pada majlis tersebut
Menunaikan solat fardu Maghrib selepas selesai majlis berbuka puasa
Saari bersalaman bersama nazir masjid sebelum meninggalkan majlis

Projek Geran Selangorku 2012 di Kampung Klang Gate

Setiap kontraktor pelaksana Geran Selangorku harus menyediakan papan tanda info projek

Projek infrastruktur kerja menurap dan membaiki jalan-jalan di Kampung Klang Gate yang dilaksanakan melalui peruntukan Geran Selangorku telah selesai. Kerja-kerja melibatkan jalan-jalan ke pintu Empangan Klang Gate dan jalan ke Taman Warisan. Projek dilaksanakan oleh SF & F Enterprise berjumlah RM84,900. Projek dikawal selia oleh Pejabat Tanah Daerah Gombak.

Jalan masuk ke Taman Warisan melalui saluran paip siap diturap
Persimpangan Jalan Kolam Air yang diturap dalam projek ini
Jalan Kolam Air menghala ke pintu Empangan Klang Gate yang menjadi tumpuan pelancong

Menyampaikan Hamper Raya kepada 67 Penerima Kg Klang Gate

Hulu Kelang, 13 September 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menyampaikan sumbangan hamper raya kepada penduduk Kg Klang Gate yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kg Klang Gate.

Aliza bersalaman bersama penduduk setibanya ke tempat majlis
Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim menyampaikan ucapan mewakili Saari yang kini berada di Sri Lanka
Aliza menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima
Setiap penerima akan menerima gula, bihun, cordial, nasi impit, minyak & 5kg beras
Sebahagian daripada 67 orang penerima dari Kg Klang Gate

Bersama Penduduk Klang Gate di Majlis Berbuka Puasa Sunat 6 Syawal

Hulu Kelang, 3 September 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Sunat 6 Syawal yang telah berlangsung di Masjid Kg Klang Gate.

Saari, Ahli Majlis MPAJ Zon 1, En A Yazid Alias dan penduduk berbuka puasa sunat 6 Syawal bersama
Sebahagian muslimat yang hadir pada majlis tersebut
Menunaikan solat fardu Maghrib berjamaah selepas selesai berbuka puasa
Saari bersalam mesra bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis

Menyampaikan Bantuan Kerusi Roda Kepada En Mazlan Ayob

Hulu Kelang, 9 Ogos 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada En Mazlan Ayob yang telah disampaikan oleh Saari di rumahnya, Jalan Rusa, Kg Klang Gate. Pada 5 Ogos yang lalu, Saari telah menziarahi beliau dan bersetuju menyumbang subuah kerusi roda untuk memudahkan pergerakan seharian En Mazlan.

En Mazlan menerangkan keadaan terkini kaki beliau kepada Saari
Turut hadir pada majlis penyerahan tersebut, Pengerusi JKKK Kg Klang Gate, En Ali Kassim, Nazir Masjid Kg Klang Gate, Hj Nasaruddin dan Tuan Imam, Ust Salahuddin

Menziarahi Penduduk Kg Klang Gate Yang Baru Menjalani Pembedahan Kaki

Hulu Kelang – Saari bersama beberapa orang penduduk telah menziarahi En Mazlan Ayob di rumahnya, Jalan Rusa, Kg Klang Gate yang baru menjalani pembedahan kaki kanan beliau. Turut hadir bersama rombongan Saari, Pengerusi JKKK Kg Klng Gate, En Ali Kassim dan Nazir Masjid Kg Klang Gate, Hj Nasaruddin.

En Mazlan Ayob menunjukkan kepada Saari keaadaan kaki beliau selepas dipotong
Saari menyampaikan buah tangan kepada En Mazlan sebagai tanda ingatan

Menziarahi Seniwati Raja Hamidah Raja Saad

Hulu Kelang, 4 Jun 2012 – Saari bersama Aliza berkesempatan menziarahi Seniwati Raja Hamidah Raja Saad, balu kepada Almarhum Salleh Ghani yang uzur di rumahnya, Jalan Seladang 1, Kg Klang Gate.

Saari dan Aliza bertanya khabar tentang kesihatan Seniwati Raja Hamidah sambil ditemani anak ke-6 beliau, Megat Mohd Noor Salleh (Keno) dan Pengerusi JKKK Kg Klang Gate, En Ali Kassim
Saari turut dijamu sambil berbual mengenai perjalanan teater Se-Merah Padi yang telah dipentaskan di Istana Budaya di bawah Produksi Keno Production

Teater Se-Merah Padi

Salah sebuah poster yang terdapat di rumah Seniwati Raja Hamidah tentang karya Almarhum Salleh Ghani