Tag Archives: Keramat AU1C

Menghadiri Majlis Khatam Al-Quran Surau Al-Ittifaq

Hulu Kelang, 15 Ogos 2012 – Saari telah diundang ke majlis Khatam Al-Quran bersama penduduk yang telah berlangsung di Surau Al-Ittifaq, Keramat Permai AU1.

Menunaikan solat Isya' dan Tarawih berjamah sebelum majlis khatam Al-Quran bermula
Majlis Khatam Al-Quran telah dipimpin oleh Ustaz Hazwan Ali, Imam I Surau Al-Ittifaq
Kumpulan tadarus wanita dan kanak-kanak
Saari bersama penduduk turut serta dalam majlis tersebut
Saari menyampaikan cenderahati kepada kumpulan tadarus lelaki
Saari menyampaikan cenderahati kepada kumpulan tadarus wanita
Saari menyampaikan cenderahati beserta sijil kepada kumpulan tadarus kanak-kanak
Menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim Surau Al-Ittifaq
Saari menjamu moreh sambil berbual mesra
Saari bersalam mesra bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis

Menunaikan Solat Tarawih di Surau Darussaadah

Hulu Kelang, 14 Ogos 2012 – Saari telah menunaikan solat sunat Tarawih dan menyampaikan tazkirah Ramadhan di surau Darussaadah, Keramat AU1C/2A.

Menunaikan solat Isya' dan Tarawih bersama penduduk AU1C
Saari menyampaikan tazkirah mengenai pengajaran yang perlu dihayati di 10 malam terakhir Ramadhan mengenai kisah cara i'tikaf yang lakukan oleh Rasullah s.a.w
Penduduk khusyu' mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Saari
Saari menjamu moreh sambil berbual mesra
Saari bersalaman bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis

Bersama Ahli Kariah Surau Al-Ittifaq di Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Kitar Semula Sisa Minyak Masak

Hulu Kelang, 28 Jun 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan majlis berbuka puasa dan pelancaran kitar semula sisa minyak peringkat AU1 yang telah diadakan di Surau Al-Ittifaq, Keramat AU1C.

Saari bersama penduduk berbuka puasa sunat bersama
Solat Maghrib berjamaah selepas selesai majlis berbuka puasa
Pegawai Kanan Alam Sekitar LUAS, En Mazlan Idrus menyampaikan taklimat beliau mengenai kebaikan dan keburukan sisa minyak masak kepada manusia dan alam sekitar
Saari bersama Ahli Majlis MPAJ Zon 1, En A Yazid Alias dan penduduk mendengar taklimat yang disampaikan
Saari menyampaikan ucapan perlunya menjaga bumi dan alam sekitar kerana ia merupakan tuntutan Islam
Saari menyampaikan tong pengumpulan sisa minyak masak sumbangan KBSB kepada surau Al-Aziziah, Al-Azam, Darussaadah dan Al-Ittifaq
Saari bersama En A Yazid Alias dan wakil surau menuangkan sisa minyak masak ke dalam tong tanda pelancaran sisa minyak masak peringkat AU1 sambil diperhatikan oleh En Mazlan
Saari bergambar kenangan bersama penduduk yang hadir
Sebanyak 45 liter sisa minyak masak berjaya dikumpul pada malam tersebut bernilai RM45 dan akan disumbangkan kepada pihak surau

30 Wanita Keramat AU1C Terima Khidmat Refleksologi Percuma

Hulu Kelang, 23 Jun 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Komuniti Wanita (PKW) Hulu Kelang telah menganjurkan Khidmat Refleksologi Percuma khas buat wanita yang telah diadakan di Surau Darussaadah, AU1C Taman Keramat Permai.

Penyelia PKW Hulu Kelang, Puan Norhayati Jamaluddin menyampaikan taklimat ringkas berkenaan kebaikan urutan refleksologi
Saari dan Aliza memerhatikan beberapa orang penduduk sedang menerima khidmat urutan refleksologi
Aliza berbual mesra bersama wanita yang sedang menunggu giliran mereka untuk mendapatkan khidmat refleksologi percuma

Menghadiri Aqiqah Cucu Kepada Mohd Razi Yaacob

Hulu Kelang, 23 Jun 2012 – Saari telah diundang oleh Bendahari Persatuan Penduduk Taman Desa Pendidik, En Mohd Razi Yaacob ke majlis aqiqah cucu pertama beliau yang telah diadakan di kediamanya, Jalan AU1C/4F , Taman Desa Pendidik.

Saari menjamu selera sambil berbual mesra bersama tetamu yang hadir
Saari bergambar kenangan bersama bayi Muhammad Danish Ar-Rayan, cucu kepada En Mohd Razi

Gotong-Royong Membersihkan Kawasan Lapang Bersama Penduduk Taman Desa Pendidik

Hulu Kelang, 16 Jun 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Desa Pendidik dan dibantu oleh Skuad Sukarelawan SelangorKu telah mengadakan majlis gotong-royong membersihkan kawasan lapang Jalan AU1C/1, Taman Desa Pendidik.

Saari sarapan pagi bersama penduduk sebelum gerakerja gotong-royong dimulakan
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Desa Pendidik, Dr Shamsuddin meyampaikan ucapan aluan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan gerakerja gotong-royong
Saari menyampaikan ucapan akan bekerjasama dengan mana-mana induvidu atau komuniti dalam menjalankan aktiviti berkaitan kebersihan, kebajikan dan kepentingan masyarakat umum
Saari bersama Ahli Majlis MPAJ Zon 1, En A. Yazid Alias dan Skuad Sukarelawan SelangorKu berganding bahu membersihkan kawasan lapang di Jalan AU1C/1
Pokok yang kelihatan reput ditebang sebagai langkah mengelakkan daripada tumbang dan membahayakan penduduk
Penduduk berkerjasama menumbangkan reban usang yang sudah tidak digunakan lagi
Skuad Sukarelawan SelangorKu memindahkan barangan pukal yang dikutip di kawasan Taman Desa Pendidik ke dalam roro sampah
Saari bergambar kenangan bersama penduduk Taman Desa Pendidik selepas selesai gerakerja gotong-royong

Bersama Ahli Kariah Surau Darussaadah di Majlis Berbuka Puasa Sunat

Hulu Kelang, 11 Jun 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan majlis berbuka puasa sunat hari Isnin yang telah diadakan di Surau Darussaadah AU1C, Taman Keramat Permai.

Saari bersama ahli kariah Surau Darussaadah berbuka puasa sunat hari Isnin
Sebahagian muslimat yang hadir berbuka puasa bersama
Saari bersama ahli kariah solat Maghrib berjamaah selepas selesai majlis berbuka puasa
Saari beramah mesra bersama penduduk yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Sukan Rakyat Keramat AU1 Meriah

Hulu Kelang, 7 April 2012 – Sempena Sambutan Pemerintahan 4 Tahun Pakatan Rakyat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan Sukan Rakyat buat penduduk di AU1A, AU1B dan AU1C yang telah diadakan di padang bersebelahan Surau Al-Ittifaq.

Saari bersalaman bersama penduduk yang hadir setibanya di tempat majlis
Saari melepaskan acara 'Bawa belon seiring & Sejalan'
Saari menyampaikan hadiah tempat pertama kepada pemenang acara 'Bawa Belon Seiring & Sejalan'
Antara acara menarik yang dipertandingkan ialah 'Bawa Bola Ping Pong, Isi Air Dalam Botol, Mat/Minah Rempit, Baling Belon Air dan Bawa Belon Seiring & Sejalan'
Pelbagai peringkat umur hadir menyertai pertandingan yang dianjurkan
Saari menjamu selera bersama penduduk sambil berbual mesra
Hj Abdul Rauf Jasman gembira menerima hadiah sebuah basikal daripada Saari setelah nama beliau terpilih untuk memenangai hadiah cabutan bertuah
Saari bersalam mesra bersama penduduk yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Santai Anak Muda Bersama Penduduk Keramat Permai AU1A

Hulu Kelang, 14 Januari 2012 – Saari telah diundang bagi meraikan Program Santai Anak Muda anjuran Pemuda PAS Kawasan Gombak dengan kerjasama Pusat Khidmat Zon AU1C Lembah Keramat.

Ketua PKZ AU1C, Hj Omar Tahar menyampaikan ucapan aluan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis
Ketua Pemuda PAS Kawasan Gombak, Ustaz Syarhan Humaizi menyampaikan ucapan hasrat Pemuda PAS ingin melahirkan generasi pemuda yang berguna buat negara dengan melakukan pelbagai aktiviti berfaedah buat mereka
Saari menyampaikan ucapan menyokong penuh hasrat golongan pemuda untuk bergiat aktif melakukan pelbagai aktiviti berfaedah dalam melahirkan generasi sihat dan berkejaya
Pertandingan Futsal antara Pemuda PAS Gombak dan Pemuda Keramat Permai
Pertandingan badminton turut dipertandingkan
Saari bergambar kenangan bersama sebahagian pemenang di Program Santai Anak Muda

Berbuka Puasa Sunat dan Menghadiri Kuliah Maghrib di Surau Darussa’adah

Hulu Kelang, 2 januari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Surau Darussa’adah telah menganjurkan majlis berbuka puasa sunat hari Isnin yang telah diadakan di Surau Darussa’adah AU1C, Taman Keramat Permai.

Saari bersama ahli-ahli kariah Surau Darussa'adah berbuka puasa sunat hari Isnin bersama
Solat Maghrib berjamaah setelah selesai berbuka puasa
Pengerusi Surau Darussa'adah, Hj Kamarul Zaman Abdullah menyampaikan sedikit ucapan aluan penghargaan kepada PKM Hulu Kelang kerana sudi menganjurkan majlis berbuka puasa sunat di surau mereka
Majlis diteruskan dengan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Yusof Johan yang telah membincangkan salah sebuah hadith dari hadith 40 karangan Imam Nawawi
Saari bersama ahli-ahli kariah tekun mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Yusof Johan
'Moreh' turut disediakan kepada semua yang hadir selepas selesai majlis
Saari bersalam mesra bersama tetamu yang hadir sebelum meninggalkan majlis