Tag Archives: Keramat AU1A

Surau Al-Hidayah Terima Sumbangan RM30,000.00

Hulu Kelang, 30 Mac 2013 -Satu majlis ringkas telah diadakan bagi menyampaikan sumbangan dari Ahli Perlimen Gombak kepada Surau Al-Hidayah, Keramat Permai AU1. Majlis tersebut telah berlangsung di ruang solat surau sejurus selepas selesai solat fardu Isya’.

MEnunaikan solat fardu Isya' berjamaah sebelum majlis penyerahan sumbangan
Menunaikan solat fardu Isya’ berjamaah sebelum majlis penyerahan sumbangan
Saari menemani YB Azmin Ali menyampaikan sumbangan bernilai RM30,000.00 kepada pengerusi Surau Al-Hidayah
Saari menemani YB Azmin Ali menyampaikan sumbangan bernilai RM30,000.00 kepada pengerusi Surau Al-Hidayah bagi menampung dana membaiki bumbung surau yang usang
Gambaran kebocoran bumbung surau
Gambaran kebocoran bumbung surau
Gambar punca berlakunya kebocoran
Gambar punca berlakunya kebocoran
Saari dan YB Azmin Ali berbual mesra bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis
Saari dan YB Azmin Ali berbual mesra bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis

Ratusan Belia Sertai Program Safety Riding DUN Hulu Kelang

Hulu Kelang, 30 Mac 2013 – Alternative Riding Club (ARC) Gombak dengan kerjasama ARC Selangor telah menganjurkan demonstrasi teknik penunggangan selamat oleh bekas penunggang Cub Prix Malaysia, Hamizan Ahmad dan perkhidmatan menukar minyak hitam motosikal secara percuma kepada pengunjung yang hadir. Majlis tersebut telah diadakan di Tapak Pasar Malam AU1, Taman Keramat Permai.

Ketua Pemuda PAS Gombak, Ust Syarhan Humaizi menyampaikan ucapan aluan menyokong penuh hasrat pemuda dalam mendidik masyarakat cara menunggang motosikal secara berhemah
Ketua Pemuda PAS Gombak, Ust Syarhan Humaizi menyampaikan ucapan aluan menyokong penuh hasrat pemuda dalam mendidik masyarakat cara menunggang motosikal secara berhemah
Saari menyampaikan ucapan perasmian berterima kasih kepada ARC dan pihak penganjur serta mengucapkan tahniah kepada anak muda sekitar Hulu Kelang yang menghadiri program yang dianjurkan
Saari menyampaikan ucapan perasmian berterima kasih kepada ARC dan pihak penganjur serta mengucapkan tahniah kepada anak muda sekitar Hulu Kelang yang menghadiri program yang dianjurkan
Saari cuma menukar minyak hitam (4T) pada salah sebuah daripada ratusan buah motosikal yang mendapat service percuma
Saari cuma menukar minyak hitam (4T) pada salah sebuah daripada ratusan buah motosikal yang mendapat service percuma
Motosikal yang menunggu untuk ditukar minyak hitam
Motosikal yang menunggu untuk ditukar minyak hitam  secara percuma
Hamizan Ahmad, bekas penunggang Cub Prix Malaysia menerangkan kepada peserta yang hadir mengenai cara tunggangan yang betul dan dapat menyelamatkan nyawa dan kenderaan ketika berlaku kemalangan
Hamizan Ahmad, bekas penunggang Cub Prix Malaysia menerangkan kepada peserta yang hadir mengenai cara tunggangan yang betul dan dapat menyelamatkan nyawa dan kenderaan ketika berlaku kemalangan
Hamizan Ahmad menunjukkan cara tunggangan selamat di jalan raya
Hamizan Ahmad menunjukkan cara tunggangan selamat di jalan raya
Saari melepaskan acara pertandingan akhir pertandingan motor slow
Saari melepaskan acara pertandingan akhir pertandingan motor slow
Aksi pertandingan motor slow
Aksi pertandingan motor slow
Saari menyampaikan hadiah tempat pertama kepada pemenang pertandingan motor slow
Saari menyampaikan hadiah tempat pertama kepada pemenang pertandingan motor slow
Saari menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah
Saari menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah

Menyampaikan Bantuan Asas Makanan Kepada 20 Keluarga Di Flat PKNS AU1/1

Hulu Kelang, 19 Mac 2013 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pemuda PAS Gombak telah menyampaikan sumbangan kebajikan berupa barangan keperluan asas kepada 20 keluarga susah di Flat PKNS AU1/1 Taman Keramat.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Gombak, Ust Syarhan Humaizi menyampaikan ucapan terima kasih di atas kesudian penduduk menerima sumbangan dan berharap ianyan dapat meringankan sedikit bebanan keluarga
Timbalan Ketua Pemuda PAS Gombak, Mohammad Azizul Abu Bakar menyampaikan ucapan terima kasih di atas kesudian penduduk menerima sumbangan dan berharap ianyan dapat meringankan sedikit bebanan keluarga
Ketua PKZ AU1A & AU1C menyampaikan ucapan terima kasih kepada Pemuda Pas Gombak dan PKM Hulu Kelang kerana sudi memilih kawasan mereka sebagi penerima sumbangan yang diberikan
Ketua PKZ AU1A & AU1C, Hj Hussin menyampaikan ucapan terima kasih kepada Pemuda Pas Gombak dan PKM Hulu Kelang kerana sudi memilih kawasan mereka sebagi penerima sumbangan yang diberikan
Saari menyampaikan sumbangan asas makanan kepada salah seorang penerima
Saari menyampaikan sumbangan asas makanan kepada salah seorang penerima
Seramai 20 keluarga telah menerima sumbangan yang disampaikan
Seramai 20 keluarga telah menerima sumbangan yang disampaikan
Saari mengambil kesempatan mendengar permasalahan penduduk sebelum meninggalkan majlis
Saari mengambil kesempatan mendengar permasalahan penduduk sebelum meninggalkan majlis

Sarapan Pagi Bersama Wanita Flat Keramat AU1A/1

Hulu Kelang, 2 Mac 2013 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) Hulu Kelang telah menganjurkan Program Sarapan Pagi Wanita Bersama ADUN yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Flat Keramat AU1A/1.

Saari menyampaikan ucapan terima kasih kepada penduduk yang sudi hadir dan berharap program sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara beliau dan penduduk
Saari menyampaikan ucapan terima kasih kepada penduduk yang sudi hadir dan berharap program sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara beliau dan penduduk
Saari dan Aliza menjamu selera sambil berbual mesra bersama wanita Flat Au1A/1
Saari dan Aliza menjamu selera sambil berbual mesra bersama wanita Flat Au1A/1
Mendengar masalah penduduk
Saari mendengar masalah dan aduan penduduk kepadanya
Saari menyampaikan sumbangan berupa barangan asas makanan kepada 6 keluarga yang memerlukan
Saari dan Aliza menyampaikan sumbangan berupa barangan asas makanan kepada 6 keluarga yang memerlukan
Aliza menyampaikan hadiah bertuah kepada penduduk yang datang awal ke majlis
Aliza menyampaikan hadiah bertuah kepada penduduk yang datang awal ke majlis
Bergambar kenangan bersama penduduk sebelum bersurai
Bergambar kenangan bersama penduduk sebelum bersurai

Meninjau Kursus Sulaman Manik PWB Hulu Kelang

Hulu Kelang, 17 Februari 2013 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) Hulu Kelang telah menganjurkan kursus sulaman manik yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai AU1A, Taman Keramat.

Saari dan Aliza melihat peserta menyulam manik
Saari dan Aliza melihat kesungguhan peserta menyulam manik
Pelbagai jenis manik diperlukan untuk sesuatu sulaman
Pelbagai jenis manik diperlukan untuk menghasilkan sesuatu sulaman
Sebahagian corak dari sulaman manik yang berjaya dihasilkan
Antara pelbagai corak sulaman manik yang berjaya dihasilkan

Meninjau Gelanggang Serbaguna Keramat AU1A

Hulu Kelang, 30 Januari 2013 – Saari telah menerima aduan daripada Pusat Khidmat Zon (PKZ) Keramat AU1 mengenai gelanggang serbaguna yang dibina oleh pihak kontraktor melalui peruntukan Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Saari bersama En ‘Urwah telah meninjau gelanggang tersebut yang terletak bersebelahan Surau Al-Aziziah Keramat AU1.

Saari menunjukkan cat yang tertanggal dalam tempoh kurang 1 bulan ianya siap dibina
Saari menunjukkan jarak garisan yang tidak mengikut ukuran yang sepatutnya
Tiang di dalam kawasan gelanggang?
Garisan pemisah yang tidak selari

Menziarahi Penduduk Sakit

Hulu Kelang, 23 Januari 2013 – Saari bersama Aliza dan beberapa orang penduduk setempat berkesempatan menziarahi penduduk yang sakit di rumah mereka sekitar Keramat AU1.

Saari menziarahi AJK Surau Darussaadah, Hj Mohd Azhar Ahmad, 55 tahun yang sakit di rumahnya, Jalan AU1C/2E Taman Keramat AU1C
Saari bersama penduduk menziarahi Imam Surau Al-Azizah, Che Ismail Daud, 56 tahun yang terlantar sakit di rumahnya, Jalan AU1A/2 Taman Keramat

Kempen Kebersihan DUN Hulu Kelang 2013 Selamat Dilancarkan

Hulu Kelang, 19 Januari 2013 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, Jawatankuasa Penduduk (MPAJ) Zon 3 dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah melancarkan Program Kempen Kebersihan DUN Hulu Kelang 2013 bertemakan ‘Selangorku Bersih dan Indah’ yang telah selamat dirasmikan oelh YB Azmin Ali di Tapak Pasar Malam AU1A/4 Taman Keramat Permai.

Saari sarapan pagi bersama hadirin sambil berbual mesra sementara menunggu bermulanya majlis
Timbalan YDP MPAJ, En Abd Hamid Hussain menyampaikan ucapan berharap kempen yang dilaksanakan mendapat kerjasama dari semua pihak agar ianya mencapai matlamat yang dirancang
Saari menyampaikan ucapan tahniah kepada peniaga dan penduduk yang hadir kerana sudi mengiatkan diri dalam melakukan kerja amal menjaga dan memelihara kebersihan selaras dengan tuntutan kita sebagai seorang yang beragama Islam
YB Azmin Ali menyampaikan ucapan perasmian menegaskan perlunya meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat setempat terhadap kebersihan kerana tanpa kesedaran program yang dianjurkan sukar untuk berjaya
Saari bersama YB Azmin Ali dan En Abd Hamid menyerahkan tong sampah kepada En Ei Yong, wakil peniaga di rumah kedai AU1A/4
Pengarah program, En A Yazid Alias memberikan taklimat ringkas tentang gerak kerja yang sedang dan bakal dilaksanakan sepanjang tempoh kempen kebersihan DUN Hulu Kelang
Sebahagian penduduk dan peniaga yang hadir pada majlis tersebut
Saari, YB Azmin Ali dan Sukarelawan SelangorKu bersama sebahagian 40 tong 'Two Wheel Bin' yang disumbangkan oleh mereka
Saari bersama beberapa orang petugas Sukarelawan Selangorku membawa tong sampah 'Two Wheel Bin' untuk diagihkan ke rumah-rumah kedai di sekitar Jalan AU1A/4 dan Jelatek Business Centre
Saari menyerahkan tong sampah kepada salah seorang peniaga di Jalan AU1A/4
Ketiadaan tong sampah membuatkan pekerja kontraktor MPAJ terpaksa mengutip sampah yang jatuh ke dalam longkang
Sukarelawan Selangorku memastikan setiap rumah kedai mempunyai tong sampah yang telah dibebalkan
Saari mengambil kesempatan menerangkan kepada peniaga-peniaga terhadap kempen yang dsedang dijalankan dan meminta mereka memberi kerjasama dalam menjaga tahap kebersihan kawasan persekitaran perniagaan mereka