Tag Archives: Kemensah Height

Bersama Penduduk Dan MPAJ Meninjau Pembangunan Di Kawasan Kemensah Heights

Hulu Kelang, 22 Februari 2013 – Saari bersama pasukan Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan beberapa orang penduduk telah melakukan tinjauan terhadap pembangunan di sekitar Kemensah Heights.

Saari bersama Nazir Masjid Al-Iman, Hj Johari, Penduduk dan MPAJ melihat pelan pembangunan di Kemensah Heights
Saari bersama Nazir Masjid Al-Iman, Hj Johari, MPAJ dan penduduk melihat pelan pembangunan di kawasan Kemensah Heights
Tujuan lawatan tersebut bagi memastikan pihak pemaju menjalankan kerja pembangunan dengan mengikuti peraturan dari agensi-agensi kerajaan
Tujuan lawatan tersebut bagi memastikan pihak pemaju menjalankan kerja pembangunan dengan mengikuti peraturan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dan memastikan keselamatan penduduk di kawasan tersebut terjamin

Dialog Dan Hi-Tea Bersama Penduduk Kemensah Heights

Hulu Kelang,9 Februari 2013 – Pusat Khdimat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan program Hi-Tea Mesra Rakyat bersama penduduk yang telah diadakan di Padang Permainan, Jalan 5, Kemensah Heights.

Majlis dimulakan dengan minum petang bersama penduduk
Majlis dimulakan dengan minum petang bersama penduduk
Saari bersama YB Amiruddin Shari menjamu selera sambil berbual mesra bersama penduduk
Saari bersama YB Amiruddin Shari menjamu selera sambil berbual mesra bersama penduduk
YB Amiruddin Shari menyampaikan ucapan mengenai pelbagai program yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan penduduk di negeri selangor
YB Amiruddin Shari menyampaikan ucapan mengenai pencapaian  kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan penduduk melalui pelbagai program yang diperkenalkan di dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)
Majlis diteruskan dengan dialong antara penduduk dan Saari
Majlis diteruskan dengan dialong antara penduduk dan Saari
Saari menjawab persoalan daripada penduduk mengenai beberapa isu yang dibangkitkan sesama sesi dialog
Saari menjawab persoalan penduduk mengenai beberapa isu yang dibangkitkan antaranya laluan alternatif ke kawasan mereka, masalah pengurusan,  kawasan perkuburan dan beberapa perkara lain
 Tan Sri Dato' Paduka Raja Dato' Haji Wan Mahmood Bin Pawan Teh, Orang Besar Daerah Gombak turut hadir pada majlis tersebut
Tan Sri Dato’ Paduka Raja Dato’ Haji Wan Mahmood Bin Pawan Teh, Orang Besar Daerah Gombak turut hadir pada majlis tersebut
Saari bersalam mesra bersama penduduk selepas selesai majlis dialog
Saari bersalam mesra bersama penduduk selepas selesai majlis dialog

Meraikan Ulang Tahun Ke-10 Masjid Al-Iman

Hulu Kelang, 18 Januari 2013 – Saari telah diundang ke Majlis Meraikan Ulang Tahun Ke-10 Masjid Al-Iman yang telah berlangsung di kediaman Orang Besar Daerah Gombak, Jalan Kemensah 7, Kemensah Heights.

Saari bersama OBD Gombak, Tan Sri Dato' Paduka Raja Dato' Haji Wan Mahmood Bin Pawan Teh (kiri) dan tetamu undangan berbual mesra bersama S.S. Dato' Timbalan Mufti Selangor, Dato' Hj Abd Majid b. Umar (kanan saari)
Saari menjamu selera di meja utama
Sebahagian tetamu undangan yang hadir pada mjalis yang dianjurkan
Saari bersalam mesra bersama OBD Gombak dan S.S. Dato' Timbalan Mufti Selangor sebelum meninggalkan majlis

Berbuka Puasa Hari Arafah Bersama Ahli Kariah Masjid Al-Iman

Hulu Kelang, 25 Oktober 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan majlis berbuka puasa sunat hari Arafah yang telah berlangsung di Masjid Al-Iman, Kemensah Height.

Kehadiran penduduk yang ramai mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk dan Saari
Saari menjamu selera bersama penduduk
Menunaikan solat Maghrib berjamaah selepas selesai majlis berbuka puasa sunat hari Arafah

Meraikan Majlis Pelancaran Persatuan Amalan Bersaudara Dalam Islam (ABI)

Hulu Kelang, 6 Oktober 2012 – Saari telah diundang ke Majlis Pelancaran Persatuan Amalan Bersaudara Dalam Islam (ABI) yang telah berlangsung di Masjid Al-Iman, Kemensah Height.

Saari menunjukkan risalah kempen ABI pada majlis pelancaran
Saari menjamu selera bersama Orang Besar Daerah Gombak, Tan Sri Dato' Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh dan Pengerusi ABI, Raja Dato' Azwane selepas majlis pelancaran
Saari mengucapkan tahniah kepada Raja Dato' Azwane di atas pelancaran ABI sebelum meninggalkan majlis

Bersama Ahli Kariah Masjid Al-Iman di Majlis Berbuka Puasa Sunat Dan Tahlil Arwah

Hulu Kelang, 21 Jun 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan majlis berbuka puasa sunat hari Khamis yang telah diadakan di Masjid Al-Iman, Kemensah Height.

Saari bersama ahli kariah yang hadir berbuka puasa sunat
Anak-anak kecil dan kaum ibu yang hadir berbuka puasa bersama
Majlis diteruskan dengan bacaan Ya Sin dan tahlil arwah selepas solat Maghrib
Bersama menunaikan solat fardu Isya' selepas majlis bacaan Ya Sin dan tahlil arwah
Saari diiringi Aliza dan Nazir Masjid Al-Iman, Hj Johari Daud menyampaikan anugerah penghargaan kepada ketua dan setiausaha wanita Masjid Al-Iman tanda penghargaan terhadap kerja amal yang mereka lakukan dalam mengimarahkan masjid
Saari bersalam mesra bersama penduduk yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Bersama Ahli Kariah Masjid Al-Iman di Program Sarapan Pagi Bersama YB

Hulu Kelang, 31 Mac 2012 – Sempena Sambutan 4 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan Program Sarapan Pagi Bersama YB Saari Sungib yang telah diadakan di Masjid Al-Iman, Kemensah Height.

Program dimulakan dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Fauwas Dato' Fadhil
Saari bersama ahli kariah yang hadir khusyu' mendengar kuliah yang disampaikan
Bersarapan pagi dengan menu istimewa 'Nasi Kerabu'
Saari berbual mesra bersama penduduk sambil menjamu selera
Saari bersalaman bersama penduduk yang hadir sebelum meninggalkan majlis