Tag Archives: AU5D Lembah Keramat

Ziarah 6 Keluarga Susah Dan Sakit Sekitar AU5D Lembah Keramat

Hulu Kelang, 22 April 2013 – Saari bersama Aliza telah menziarahi 6 penduduk sakit dan susah di sekitar AU5D, Lembah Keramat.

Saari dan Aliza menziarahi En Mohd Rosli Mohd Yusof, 57 tahun di rumahnya, Jalan AU5D/3A Lembah Keramat
Saari dan Aliza menziarahi En Mohd Rosli Mohd Yusof, 57 tahun di rumahnya, Jalan AU5D/3A Lembah Keramat
Saari menziarahi Hjh zaharah tunggal, 72 tahun di rumahnya, Jalan AU5D/1 Lembah Keramat
Saari menziarahi Hjh Zaharah Tunggal, 72 tahun di rumahnya, Jalan AU5D/1 Lembah Keramat
Saari dan Aliza menziarahi keluarga Syarifah Fatimah Syed Hassan, 64 tahun di rumahnya, Jalan AU5D/4 Lembah Keramat
Saari dan Aliza menziarahi keluarga Syarifah Fatimah Syed Hassan, 64 tahun di rumahnya, Jalan AU5D/4 Lembah Keramat
Saari dan Aliza menziarahi Yaakob Abd Aziz yang terlantar sakit di rumahnya, Jalan AU5D/4 Lembah Keramat
Saari dan Aliza menziarahi Yaakob Abd Aziz yang terlantar sakit di rumahnya, Jalan AU5D/4 Lembah Keramat
Saari dan Aliza menziarahi  keluarga Hasnah Mat di rumahnya Jalan AU5D/7 Lembah Keramat
Saari dan Aliza menziarahi keluarga Hasnah Mat di rumahnya Jalan AU5D/7 Lembah Keramat
Saari dan Aliza menziarahi Sitiharah Idrus, 64 tahun di rumahnya, Jalan AU5D/7 Lembah Keramat
Saari dan Aliza menziarahi Siti Harah Idrus, 64 tahun yang terlantar sakit  di rumahnya, Jalan AU5D/7 Lembah Keramat

Sarapan Pagi Bersama Penduduk AU5D Lembah Keramat

Hulu Kelang, 16 Mac 2013 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Khidmat Zon AU5D telah menganjurkan program sarapan pagi bersama penduduk yang telah diadakan di Dewan Kecil Orang Ramai (DEKOR), AU5D Lembah Keramat.

Saari menyampaikan ucapan berterima kasih kepada semua yang hadir dan berharap pertemuan sebegini mengeratkan lagi hubungan antara beliau dan penduduk
Saari menyampaikan ucapan berterima kasih kepada semua yang hadir dan berharap pertemuan sebegini mengeratkan lagi hubungan antara beliau dan penduduk
YB Azmin Ali menyampaikan ucapan berterima kasih atas jemputan yang diberikan dan berharap hubungan silaturrahin yang terjalin dapat dikekalkan dalam membina masyarakat yang harmoni
YB Azmin Ali menyampaikan ucapan berharap hubungan silaturrahin yang terjalin dapat dikekalkan dalam membina sebuah masyarakat berbilang kaum yang harmoni
Sebahagian penduduk yang hadir pada majlis tersebut
Sebahagian penduduk yang hadir pada majlis tersebut
Saari menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah
Saari menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah
Bersalaman bersama tetamu yang hadir sebelum meninggalkan majlis
Bersalaman bersama tetamu yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Menghadiri Kenduri Doa Selamat Penduduk AU5D

Hulu Kelang, 24 Februari 2013 – Saari telah diundang ke majlis doa selamat keluarga Hj Abu Bakar Sahat yang telah diadakan di rumahnya, AU5D Lembah Keramat.

Hj Bakar Sahat menyampaikan ucupan berterima kasih kepada semua yang hadir ke majlis doa selamat keluarganya
Hj Abu Bakar Sahat menyampaikan ucupan berterima kasih kepada semua yang hadir ke majlis doa selamat keluarganya
Saari membaca Ya Sin, tahlil arwah dao selamat
Saari membaca Ya Sin, tahlil arwah doa selamat
Mejamu selera selepas mjalis
Mejamu selera selepas majlis
Bersalaman bersama Hj Abakar sebelum meninggalkan majlis
Bersalaman bersama Hj Abu Bakar sebelum meninggalkan majlis

Menziarahi Jenazah Almarhumah Hamidah Mohd Nor

Hulu Kelang, 9 Januari 2013 – Saari dan Aliza berkesempatan menziarahi jenazah Almarhumah Hjh Hamidah Mohd Nor, bekas Pengerusi Jawatankuasa Muslimah Mengimarahkan Masjid DUN Hulu Kelang yang meninggal dunia lewat petang tadi di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur. Pada 21 Disember 2012 Saari dan Aliza sempat menziarahi Almarhumah semasa arwah terlantar di hospital. Jenazah akan diurus dan disolatkan di Masjid Al-Ridhuan pada pagi esok.

Saari membaca Ya Sin buat Almarhumah Hamidah Mohd Nor di rumahnya, Jalan 9 AU5D Lembah Keramat
Aliza mengucapkan takziah buat ahli keluarga Almarhumah Hamidah Mohd Nor

Meninjau Keadaan Padang AU5D Lembah Keramat

Hulu Kelang – Saari berkesempatan meninjau keadaan padang bola sepak AU5D Lembah keramat yang perlu diselenggara oleh pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terutama terhadap pagar penghadang di belakang gawang gol yang kini sudah dipenuhi dengan tumbuhan liar.

Saari menunjukkan rumput yang menjalar sehingga ke atas pagar yang perlu diselenggara dengan kadar segera
Rumput yang tidak diselenggara boleh menjadikan tempat haiwan liar tinggal dan mendatangkan bahaya kepada penduduk yang bermain di padang tersebut
Saari berbincang bersama En Kamil, pembantu Ahli Majlis MPAJ untuk membantu menyelesaikan masalah rumput liar yang menjalar untuk keselesaan penduduk setempat

Menghadiri Majlis Kenduri Aqiqah Penduduk

Hulu Kelang, 25 Disember 2012 – Saari telah diundang oleh Hj Kamarul Bahrin ke majlis aqiqah cucunya, Dahlia bt Dany Al-Jefry yang telah berlangsung di kediamannya, Jalan AU5D/8 Lembah Keramat.

Saari menjamu selera sambil berbual mesra bersama tetamu yang hadir
Bergambar kenangan bersama adik Dahlia serta ayah, En Dany Al-Jefry dan atoknya Hj Kamarul Bahrin
Saari bersalaman bersama tetamu yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Gotong-Royong Menebang Pokok di Surau At-Taqwa AU5D

Hulu Kelang, 22 Disember 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menyewa sebuah skylift dan pasukan menebang pokok bagi membantu gerak kerja gotong-royong membersihkan kawasan surau untuk dijadikan tempat meletak kereta jenazah milik Surau At-Taqwa.

Saari bersama beberapa orang penduduk bergambar di hadapan pokok yang bakal ditebang
Bersarapan bersama penduduk sebelum gerak kerja gotong royong bermula
Pengerusi Surau At-Taqwa, Hj Johan Jendol menyampaikan ucapan menceritakan bagaimana tercetusnya hasrat Surau At-Taqwa untuk memeliki sebuah van jenazah bagi kegunaan penduduk setempat
Saari menyampaikan ucapan berharap dengan adanya gerak kerja gotong-royong dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama penduduk
Saari cuba memotong dahan pokok tanda bermulanya pelancaran majlis gotong-royong
Saari membantu penduduk mengangkat dahan pokok yang telah dipotong ke dalam roro
Pasukan penebang pokok mencantas dahan-dahan kecil terlebih dahulu bagi mengelakkan kecelakaan dan merosakkan harta setempat
Gerak kerja gotong-royong mengeratkan lagi ukhuwah sesama penduduk setempat
Alhamdulillah gerak kerja menebang pokok selesai dalam masa 3 jam

Berbuka Puasa Sunat Bersama Penduduk AU5D Lembah Keramat

Hulu Kelang, 6 Disember 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan majlis berbuka puasa sunat hari Khamis yang telah diadakan di Surau At-Taqwa AU5D Lembah Keramat.

Saari berbuka puasa bersama ahli kariah Surau At-Taqwa
Menunaikan solat fardu Maghrib berjamaah selepas selesai majlis berbuka puasa
Bersama di majlis bacaan Ya Sin dan tahlil arwah
Bersalaman sambil berselawat selepas solat fardu Isya'
Berbual mesra sambil menjamu selera selepas majlis
Bersalam bersama penduduk yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Menziarahi Jenazah Almarhumah Wan Su Doyah

Hulu Kelang, 14 November 2012 – Saari telah berkesempatan hadir menunaikan solat jenazah Almarhumah Wan Su Doyah, 74 tahun yang meninggal dunia awal pagi tadi. Jenazah Almarhumah telah selamat disolatkan di Surau At-Taqwa AU5D Lembah Keramat dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan AU4 Taman Seri Keramat Tengah.

Sebahagian penduduk setempat yang hadir menziarahi jenazah Almarhumah
Menunaikan solat jenazah selepas solat fardu Zohor
Saari membantu mengangkat jenazah Almarhumah ke dalam van jenazah untuk di bawa ke tanah perkuburan AU4, Taman Seri Keramat Tengah