Tag Archives: AU2C Taman Desa Keramat

Meninjau Tapak Gelanggang Silat Kuntau Tekpi di Taman Desa Keramat

Hulu Kelang, 4 April 2013 – Saari bersama PLB, kontraktor lantikan MPAJ dan wakil penduduk meninjau tapak gelanggang silat yang akan dibina di Taman Desa Keramat AU2C.

Saari mendengar penerangan daripada PLB dan pihak kontraktor mengenai pembangunan gelanggang silat
Saari mendengar penerangan daripada PLB dan pihak kontraktor mengenai pelan pembinaan gelanggang silat di Taman Desa Keramat
Lakaran gelanggang silat yang akan dibina
Lakaran gelanggang silat yang akan dibina
Kawasan yang akan menempatkan gelanggang silat
Kawasan yang akan menempatkan gelanggang silat
Gelangang silat bersebelahan dengan gelanggang futsal
Gelangang silat yang bakal dibina bersebelahan dengan gelanggang futsal

Hi-Tea Bersama Wanita Taman Desa Keramat AU2C

Hulu Kelang, 3 Mac 2013 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) Hulu Kelang telah menganjurkan Program Hi-Tea Wanita Bersama ADUN yang telah diadakan di Padang Permainan Taman Desa Keramat AU2C.

Saari menyampaikan ucapan berterima kasih kepada semua yang hadir dan berharap pertemuan sebegini mengeratkan lagi hubungan antara beliau dan penduduk
Saari menyampaikan ucapan berterima kasih kepada semua yang hadir dan berharap pertemuan sebegini mengeratkan lagi hubungan antara beliau dan penduduk
Saari menyantuni anak-anak kecil dengan memberi biskut kepada mereka
Saari menyantuni anak-anak kecil dengan memberi biskut kepada mereka
Saari beramah mesra bersama penduduk sambil menjamu selera
Saari beramah mesra bersama penduduk sambil menjamu selera
Bertemu sambil mendengar masalah penduduk
Bertemu dan mendengar masalah penduduk
Aliza menyampaikan hadiah bertuah kepada penduduk yang datang awal ke majlis
Aliza menyampaikan hadiah bertuah kepada penduduk yang datang awal ke majlis
Saari ditemani Aliza menyampaikan bantuan asas makanan kepada 6 keluarga yang memerlukan
Saari ditemani Aliza menyampaikan bantuan asas makanan kepada 6 keluarga yang memerlukan

Ziarah 6 Penduduk Sakit Di Taman Desa Keramat AU2A

Hulu Kelang, 1 Februari 2013 – Saari, Aliza dan beberapa orang penduduk berkesempatan menziarahi penduduk yang sakit disekitar Taman Desa Keramat AU2C.

Saari dan Aliza menziarahi Pn Halimah yang sakit dirumahnya, Jalan AU2C/2
Saari dan Aliza menziarahi Pn Halimah yang menghidapai penyakit kencing manis, darah tinggi dirumahnya, Jalan AU2C/2 Taman Desa Keramat
Saari menziarahi Hj Ismail Salleh, 71 tahun yang terlantar sakit di rumahnya, Jalan AU2C/2
Saari menziarahi Hj Ismail Salleh, 71 tahun yang terlantar sakit di rumahnya, Jalan AU2C/2 Taman Desa Keramat
Saari menziarahi Hj Othman Mohd, 70 tahun yang baru menjalani pembedahan di rumahnya, Jalan AU2C/5
Saari menziarahi Hj Othman Mohd, 70 tahun di rumahnya, Jalan AU2C/5 Taman Desa Keramat yang baru menjalani pembedahan buah pinggang
Saari menziarahi Cikgu Yunus b Tulis, 76 tahun di rumahnya AU2C/7
Saari menziarahi Cikgu Yunus b Tulis, 76 tahun di rumahnya AU2C/7 yang menghidapi penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi
Saari menziarahi En Mat shah Alias, 62 tahun yang beru menjalani pembedahan kaki kanan beliau akibat kencing manis di rumahnya AU2C/7
Saari menziarahi En Mat Shah Alias, 62 tahun  di rumahnya AU2C/7 Taman Desa Keramat. En Mat Shah baru menjalani pembedahan kaki kanan beliau akibat penyakit kencing manis
Saari menziarahi En Haris yang hilang daya ingatan selepas menjalani pembedahan di rumahnya, Jalan AU2C/8 Taman Desa Keramat
Saari menziarahi En Haris yang hilang daya ingatan selepas menjalani pembedahan di rumahnya, Jalan AU2C/8 Taman Desa Keramat

 

Penduduk Taman Desa Keramat Dan MPAJ Capai Kata Sepakat

Hulu Kelang, 3 Januari 2013 – Saari telah mengadakan mesyuarat bagi menyelesaikan masalah dan pertikaian yang berlaku antara pengusaha kebun, penduduk dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terhadap sebidang tanah bersebelahan Medan Selera AU2A yang pada asalnya telah diusahakan dengan pelbagai jenis tanaman untuk dijadikan sebuah trek sukan berbasikal. Mesyuarat tersebut telah diadakan di kedai makan Yusof Tom Yam, Medan Selera AU2A Taman Desa Keramat.

Saari mempengerusikan majlis mohon penjelasan dan pandangan dari pihak MPAJ, pengusaha kebun, Kelab Belia TDK dan penduduk mengenai masalah yang berbangkit dan berharap satu keputusan dapat dicapai pada mesyuarat tersebut
Ketua Jabatan Belia & Masyarakat MPAJ, En Khairil Azhar menerangkan kepada penduduk keadaan sebenar yang berlaku dan memohon maaf kepada pengusaha kebun, Hj Adnan kassim dan penduduk terhadap kecuaian pihak beliau dan MPAJ dalam meluluskan projek tersebut
Hj Adnan meluahkan rasa terkilan beliau terhadap kandungan surat yang diterima daripada MPAJ yang baginya tidak bersungguh untuk mencari dan mengenal pasti pengusaha kebun dan menegur cara pihak kontaktor memusnahkan tanaman yang diusahakan olehnya tanpa belas kasihan
Jawapan bertulis MPAJ kepada pejabat Saari terhadap aduan yang dibangkitkan oleh Hj Adnan
Pengerusi Kelab Belia TDK, Khairul Azmi menyatakan pendapat beliau dan rakan-rakan terhadap projek tersebut yang mana pada pandangan mereka ianya tidak mengikut prosedur yang betul dan mendatangkan beberapa masalah kepada penduduk terutama ruang tempat letak kereta yang terhad
Mesyuarat telah mendapat kata sepakat antara MPAJ dan penduduk bahawa projek tersebut dibatalkan dan satu bayaran pampasan perlu diberikan kepada pengusaha kebun, Hj Adnan terhadap kerugian yang ditanggung olehnya
En Khairil menyatakan bahawa pihak MPAJ akan mengutus surat secara bertulis bagi memohon maaf kepada Hj Adnan terhadap apa yang telah berlaku
Surat Hj Adnan kepada MPAJ telah menyenaraikan jenis tanaman yang ditanam berbelas tahun melibatkan lebih 600 pokok yang selama ini menjadi punca pendapatan beliau dan keluarga
Keadaan tanah yang asalnya dipenuhi dengan tanaman buah-buahan telah diratakan untuk dijadikan trek sukan berbasikal

Hari Ke-2 Eidul Adha : Saari Menghadiri 7 Majlis Ibadah Korban Di Sekitar DUN Hulu Kelang

Hulu Kelang, 27 Oktober 2012 – Saari telah bersama-sama penduduk setempat menghadiri 7 majlis gotong-royong ibadah korban di sekitar DUN Hulu Kelang.

Saari membantu penduduk dalam gerak kerja gotong-royong ibadah korban di Surau Al-Islah, Taman Seri Keramat AU2A
Saari membantu melapah lembu korban di Surau Nurul Ehsan, Taman Desa Keramat AU2C
Saari membantu penduduk memotong daging korban di Masjid Al-Khairiah, Keramat AU3
Saari membantu memotong daging korban di Surau Al-Falah, Taman Seri Keramat Tengah AU4
Saari bergambar kenangan bersama penduduk semasa kerja gotong-royong ibadah korban di Surau Nurul Hijrah Al-Khalidiah, Kg Melayu Sg Sering
Saari berbual mesra bersama penduduk sambil memasak sup tulang di program gotong royong ibadah korban di Surau Maarif Islamiah, Dataran Kg Sg Sering
Saari bergambar kenangan bersama peserta ibadah korban Surau At-Taqwa, Ukay Perdana selepas majlis gotong royong

Menghadiri Majlis Kesyukuran Penduduk Taman Desa Keramat

Hulu Kelang, 22 & 23 September 2012 – Saari dan Aliza telah memenuhi undangan Majlis Kesyukuran penduduk AU2C, Taman Desa Keramat.

Saari dan Aliza di Majlis Kesyukuran keluarga Cikgu Rasyid yang telah berlangsung di kediamanya, Jalan AU2C/6 Taman Desa Keramat
Saari dan Aliza di Majlis Kesyukuran Puan Asmah Osman yang baru membuka kedai pakaianya di gerai MPAJ Taman Desa Keramat

Meziarahi Warga Emas di AU2C Taman Desa Keramat

Hulu Kelang, 6 September 2012 – Saari dan Aliza telah berkesempatan menziarahi Hj M Kassim Yusof, 74 tahun yang tinggal di AU2C Taman Desa Keramat. Saari menziarahi Hj Kassim bagi memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke kenduri kahwin anak bongsu beliau pada 1 September yang lalu kerana kad yang dikirimkan oleh beliau melalui seseorang hanya sampi pada Saari 5 September 2012.

Saari dan Aliza berbual mesra bersama Hj Kassim
Saari menyampaikan sumbangan kepada Hj Kassim kerana tidak berpeluang hadir ke kenduri kahwin anak beliau pada 1 September lepas