Category Archives: Infrastruktur Awam

Meninjau Pokok Yang Ditebang Hasil Aduan Penduduk

Hulu Kelang, 29 Disember 2011 – Saari bersama Pengurus Pusat Khidmat Masyrakat DUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim telah meninjau kesan pokok yang telah ditebang rentetan surat yang dihantar oleh PKM Hulu Kelang kepada MPAJ berkaitan aduan seorang penduduk kepada Saari terhadap pokok condong dan merbahaya di jalan AU1 Taman Keramat Permai.

Tiga batang pokok yang sudah ditebang oleh MPAJ hasil aduan penduduk Taman Keramat Permai, Hj Abu Noor Mahmud

Meninjau Tapak Futsal Baru di Ukay Perdana

Hulu Kelang, 29 Disember 2011 – Saari bersama JKP Zon 4, En Zulkifli Asnawi da Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim telah meninjau tapak untuk membina sebuah gelanggang futsal baru di Ukay Perdana.

Saari melawat salah sebuah kawasan lapang yang dicadangkan untuk membina sebuah gelanggang futsal bagi kegunaan penduduk Ukay Perdana
Kawasan lapang yang terletak di kawasan perumahan Ukay Perdana 4

Meninjau Kemudahan Awam Sekitar Perumahan Ukay Perdana

Hulu Kelang, 29 Disember 2011 – Saari bersama JKP Zon 4, En Zulkifli Asnawi dan Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim telah meninjau kemudahan awam sekitar kawasan perumahan Ukay Perdana.

Taman Permainan yang dijaga dengan baik untuk keselesaan anak-anak ketika bermain
Longkang perlu dijaga agar tidak tersumbat untuk pengaliran air yang teratur bagi mengelakkan banjir

 

Saari menunjukkan rumput yang diselenggara dengan baik di kaki jalan sekitar perumahan Ukay Perdana

 

Saari menunjukkan isyarat 'Tidak Bagus' terhadap pusat takungan banjir yang tidak diselenggara dengan baik membuatkan tumbuhan liar hidup merebak di persekitaran kawasan takungan

Meninjau Penyelenggaraan Pokok di Sekitar Perumahan Ukay Perdana

Hulu Kelang, 29 Disember 2011 – Saari bersama JKP Zon 4, En Zulkifli Asmuni dan Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah meninjau penyelenggaraan pemotongan pokok di sekitar perumahan Ukay Perdana.

Saari menunjukkan dahan pokok yang telah dicantas oleh MPAJ
Anak panah menunjukan kesan pokok yang telah ditebang oleh MPAJ yang mungkin akan membahayakan keselamatan penduduk di taman Ukay Perdana 5
Anak panah menunjukan dahan-dahan pokok yang telah dicantas oleh MPAJ sekitar perumahan Ukay Perdana 4

 

En Zulkifli melihat jalan di Ukay Perdana 5/7 yang selamat digunakan oleh penduduk dari masalah dahan pokok yang condong dan merbahaya

Meninjau Keselamatan Pengguna Jalan Raya di Ukay Perdana

Hulu Kelang, 29 Disember 2011 – Saari bersama JKP Zon 4, En Zulkifli Asmuni dan Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim telah meninjau gerak kerja menaiktaraf keselamatan pengguna jalan raya sekitar Ukay Perdana.

Saari mendengar penerangan daripada En Zulkifli berkenaan Speed Breaker yang baru dibuat di persimpangan jalan UP4
Speed Breaker dipasang untuk menarik perhatian pengguna jalan raya untuk lebih berhati-hati ketika melalui jalan tersebut
Salah satu Speed Breaker yang dipasang di jalan masuk ke Apartment Sri Baiduri

 

Jalan utama keluar dari Ukay Perdana telah beberapa kali mengundang kemalangan apabila kereta yang dinaiki telah terbabas disebabkan oleh jalan yang agak berselekoh dan bercerun

 

Sebuah bonggol telah dibina di jalan Ukay Bistari 11 untuk mengelakkan pengguna membawa laju di dalam kawasan perumahan

Meninjau Permasalahan Sampah di Rumah Kedai Ukay Perdana

Hulu Kelang, 29 Disember 2011 – Saari bersama JKP Zon 4, En Zulkifli Asnawi dan Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah meninjau permasalahan sampah di rumah sampah sekitar rumah kedai Ukay Perdana.

Saari berbincang bersama En Zulkifli dan En Helmizan berbincang bagi menangani masalah sampah yang berlarutan di rumah kedai Ukay Perdana

 

Saari akan berbincang bersama JMB dan MPAJ bagi membantu menyelesaikan masalah sampah

 

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang pernah menyumbangkan tong sampah bagi mengatasi masalah sampah di rumah kedai Ukay Perdana tetapi cara pembuangan sampah yang tidak betul membuatkan masalah sampah terus berlarutan

 

Peniaga perlu bekerjasama dalam menangani masalah sampah di premis mereka bagi mengelakan pembiakan tikus dan serangga perosak

 

Salah sebuah rumah sampah yang terbakar dan perlu dibaik pulih

Meninjau Pembinaan Gelanggang Sepak Takraw Di Apartment Sri Wira Ukay Perdana

Hulu Kelang, 29 Disember 2011 – Saari bersama Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim dan JKP Zon 4, En Zulkifli Asnawi telah meninjau tapak bagi membina dua buah gelanggang sepak takraw di Apartment Sri Wira, Ukay Perdana. Kelulusan pembinaan telah diberikan selepas Aidilfitri lalu namun kontraktor yang dilantik didapati masih gagal untuk memulakan sebarang kerja pembinaan.
Kontraktor sudah membuka alat permainan untuk dialihkan di taman permainan tetapi kerja-kerja tertangguh disebabkan oleh beberapa sebab teknikal. Perkara ini akan diajukan kepada Pejabat Daerah Gombak selaku pengurus dan pelaksana projek ini.

 

Penduduk Kg. Kemensah Bakal Terima Manfaat Dewan Baru

Melawat dewan kg kemensah
Saari bersama En Zaimi meninjau pembinaan Balai JKKK Kg Kemensah yang hampir siap

Kerajaan negeri Selangor melalui Pejabat Daerah Gombak telah meluluskan peruntukan untuk menaik taraf dewan atau balai raya Kampung Kemensah. Peruntukan ini termasuk proses merobohkan balai raya sedia ada yang usang dan menggantikan dengan dewan serbaguna yang berbumbung tinggi.

Saari bersama penghulu mukim Hulu Kelang, En Zaimi Ghazali dan pengerusi JKKK Kg Kemensah, En Abdul Aziz Wahab telah berkesempatan meninjau perkembangan kerja naik taraf pada 27 Disember 2011 lalu.

 

Saari bersama En Zaimi dan En Abdul Azizi meninjau belakang tandas dewan yang perlu diselenggara untuk kemudahan penduduk kampung
Hampir 90% kerja-kerja membina balai baru telah siap
Hasil negeri untuk rakyat