Tag Archives: Taman Melawati

Pelancaran Kitar Semula Sisa Minyak Masak Peringkat Taman Melawati

Hulu Kelang, 28 Januari 2012 – Sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak yang telah diadakan di Masjid Al-Mardiyah, Taman Melawati.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah
Saari menyampaikan ucapan tentang hasrat beliau mendidik penduduk Hulu Kelang agar mempunyai kesedaran dalam menjaga kebersihan alam sekitar selaras dengan tuntutan Islam
En Mazlan Idrus, Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyampaikan taklimat beliau perihal pentingnya program kitar semula sisa minyak masak dijalankan demi menjaga alam sekitar yang semakin hari semakin tercemar
Saari bersama sebahagian penduduk yang hadir mendengar taklimat yang disampaikan
Saari menyampaikan risalah 'Kempen Kitar Semula Sisa Minyak Masak' terbitan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang kepada wakil surau yang hadir
Saari bersama penduduk yang hadir melancarkan Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak peringkat Taman Melawati sambil diperhatikan oleh En Mazlan
Saari menyampaikan cenderahati kepada En Mazlan sebagai tanda kenang-kenangan daripada pihak penganjur

PEKAWANIS Meraikan 30 Penerima Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

Hulu Kelang, 20 Januari 2012 – Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) telah mengadakan satu majlis bagi menyampaikan sumbangan kepada 30 penerima terpilih sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang telah diadakan di pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak.

Shamsidar Taharin dan Aliza bergambar kenangan bersama 30 orang masyarakat cina yang menerima sumbangan dari PEKAWANIS

Merasmikan Bio Cafe Station Cawangan Melawati

Hulu Kelang, 8 Januari 2012 – Saari telah diundang oleh Bio Cafe Station untuk merasmikan kedai baru mereka cawangan Melawati yang telah diadakan di Jalan E1, Taman Melawati.

Pengarah Urusan Bio Cafe Station, Shaikh Paiman Shaikh Salleh menyampaikan ucapan aluan memperkenalkan produk makanan keluaran mereka yang berkonsepkan Halalan Toyyibah
Saari menyampaikan ucapan menyokong penuh hasrat Bio Cafe Station memberi kefahaman kepada masyarakat pentingnya mengambil makanan yang baik selaras apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah s.a.w
Saari bersama Shaikh Paiman dan tetamu yang hadir menjamu selera dengan menu yang telah disajikan
Ramai tetamu yang hadir semasa perasmian Bio Cafe Station
Shaikh Paiman menyampaikan cenderahati berupa buku Halalan Toyyibah kepada Saari
Saari bergambar kenangan bersama kakitangan Bio Cafe Station sebelum meninggalkan majlis

Putra United Juara Pertandingan Bola Sepak 9’S Piala PeBT MPAJ

Hulu Kelang, 1 Januari 2012 – Saari telah diundang untuk menyampaikan hadiah pertandingan bola sepak 9’s Piala PeBT MPAJ yang telah diadakan di padang bola sepak Taman Melawati.

Saari bersama Pengerusi JKKK Kg Kemensah, En Abd Aziz Abd Wahab menyaksikan perlawanan dari suku akhir hingga ke perlawanan akhir
Salah satu aksi menarik semasa perlawanan separuh akhir
Sebanyak 16 pasukan sekitar DUN Hulu Kelang telah mengambil bahagian
Saari menyampaikan piala pusingan kepada johan Pertandingan Bola Sepak 9's Piala PeBT MPAJ dari pasukan Putra United
Pemenang bergambar kenangan bersama Saari sebelum berpisah

 

Ceramah Penerangan Pakatan Rakyat Di Taman Melawati

Taman Melawati, 30 Disember 2011 – Ceramah penerangan bertema “Pakatan Rakyat Ganti BN” telah diadakan di perkarangan Dewan Jalan E5, Taman Melawati. Ceramah kali ini membariskan pimpinan Pakatan Rakyat seperti YB Azmin Ali, YB Saari Sungib, YB Sim Tze Tzin, YB Amiruddin Shaari dan YB Dr. Hatta Ramli.

Dialog Bincang Bantahan Pembangunan KKlub

Taman Melawati, 30 Disember 2011 –  Satu majlis dialog bersama penduduk sekitar jalan E, Persatuan Penduduk Taman Melawati dan Persatuan Penduduk P1 telah diadakan di dewan masyarakat jalan E5. Fokus utama dialog ini adalah bagi membincangkan bantahan penduduk terhadap cadangan pembangunan SOHO (Small Office Home Office) oleh pemilik baru Kelab KKlub Taman Melawati.

Penduduk sekitar merasakan cadangan ini tidak boleh dilaksanakan kerana cadangan yang sama telah batalkan oleh kerajaan negeri Selangor pada tahun 1991 tahun disebabkan faktor alam sekitar. Selain daripada itu, cadangan pembinaan ini tidak sesuai berada di kawasan perumahan berteres dan berkepadatan rendah.

Hadir sama Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang Saari Sungib, Ahli Parlimen  Gombak Azmin Ali, Ahli Majlis MPAJ, En Razali Ramly dan Hj Yazid Alias. Tuntutan penduduk akan disokong dan diketengahkan oleh kesemua pimpinan tersebut.