Tag Archives: Taman Seri Andalas AU3

Sembang Pagi Bersama Penduduk Taman Seri Andalas AU3

Hulu Kelang, 6 Mei 2012 – Sempena Sambutan 4 Tahun Pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan Program Gotong-Royong dan Sembang Pagi bersama penduduk Taman Seri Andalas AU3.

Penduduk Taman Seri Andalas bersarapan pagi bersama YB Azmin Ali dan Saari
Saari menyampaikan ucapan menerangkan kepada penduduk mengenai program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dalam membantu meningkatkan taraf kehidupan penduduk Selangor
YB Azmin Ali menyampaikan ucapan pentingnya memilih pemimpin yang telus dan amanah agar ketirisan dan harta negara dapat dijaga dengan baik
Penduduk berganding bahu bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran mereka
MPAJ telah membawa sebuah Sky Lift bagi memudahkan kerja menebang pokok yang membahayakan penduduk
YB Azmin Ali dan Saari bergambar kenangan bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis

Menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Surau Ar-Raudhah Islamiah

Hulu Kelang, 4 Febuari 2012 – Saari telah diundang untuk bersama-sama meraikan sambutan Maulidur Rasul yang telah diadakan di Surau Ar-Raudhah Islamiah, Taman Seri Andalas.

Majlis dimulakan dengan Marhaban dari kumpulan Marhaban Surau Ar-Raudhah
Ahli-ahli kariah dan Saari berselawat bersama
Majlis diteruskan dengan tazkirah yang disampaikan oleh penceramah jemputan
Hadirin tekun mendengar ceramah yang disampaikan
Saari bersalam mesra bersama ahli-ahli kariah selepas selesai solat Isya' berjamaah
Saari bergambar kenangan bersama penceramah dan hadirin
Jamuan makan turut disediakan kepada semua tetamu yang hadir

Penduduk Taman Seri Andalas AU3 Terima Khidmat Refleksologi Percuma

Hulu Kelang, 29 Januari 2012 РSempena Program Pemimpin Bersama Rakyat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan Khidmat Refleksologi Percuma  khas buat wanita yang telah diadakan di Surau Ar-Raudhah Islamiah, Taman Seri Andalas AU3.

Saari dan Aliza beramah mesra bersama penduduk yang sedang menikmati khidmat refleksologi
Aliza menyampaikan sedikit ucapan kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan dengan pelbagai kaedah seperti mengamalkan urutan refleksologi
Sebahagian daripada penduduk yang hadir menanti giliran untuk mendapatkan khidmat refleksologi