Tag Archives: Taman Sepakat AU3

Ziarah Medik di 17 Rumah Peduduk AU3

Hulu Kelang, 24 Mac 2012 – Sempena Sambutan 4 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan Program Lawatan Medik rumah ke rumah untuk memeriksa tahap kesihatan penduduk yang telah diadakan di rumah penduduk sekitar AU3.

Dr Nor Azlah dan Dr Husna membuat persiapan kelengkapan perubatan sebelum bergerak ke rumah penduduk
Saari memerhatikan Dr Nor Azlah memeriksa tahap kesihatan En Parsi Mohammad, 52 tahun yang menghidapi penyakit kanser usus di rumah beliau Blok 11 Flat UTM AU3
Dr Husna memeriksa tahap kesihatan Hj Hamzah Abdul Rahman, 88 tahun di rumah beliau Jalan AU3/1 Taman Sepakat sambil diperhatikan oleh Saari dan anak Hj Hamzah
Saari menyampaikan buah tangan kepada Pn Hasnah Dollah, 63 tahun yang menghidapai penyakit Kencing Manis, sakit jantung dan darah tinggi di rumah beliau Blok 11, Flat UTM AU3 selepas mendapat pemeriksaan kesihatan oleh Dr Husna

Menziarahi Jenazah Almarhum Sharuddin

Hulu Kelang, 14 Februari 2012 – Saari berkesempatan hadir menziarahi jenazah Almarhum Sharuddin, 51 tahun yang telah meninggal dunia awal pagi tadi. Jenazah Almarhum telah disempurnakan di Madrasatul Islamiah, Taman Sepakat.

Saari memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum dan mendoakan beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh di Syurga Allah SWT
Saari berbual mesra bersama saudara dan sahabat Almarhum sementara menunggu untuk disolatkan

Penduduk AU3 Terima Khidmat Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Hulu Kelang, 28 Januari 2012 – Sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat DUN Hulu Kelang, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan Kerjasama PKZ AU3 telah menganjurkan Program Khidmat Pemeriksaan Kesihatan Percuma yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai AU3/1.

Pengerusi PKZ AU3, Hj Othman Mohammad membantu penduduk yang hadir untuk mendaftar bagi mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma
Saari melihat salah seorang peserta sedang melakukan ujian darah oleh pegawai kesihatan
Pegawai kesihatan memberikan nasihat kepada penduduk yang hadir agar peka terhadap penjagaan kesihatan mereka
Saari menyantuni salah seorang warga emas yang hadir bagi mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan

Gunting Rambut Percuma di Masjid Al-Khairiah

Saari membantu memotong sedikit rambut salah seorang peserta

Taman Sepakat AU3, 31 Disember 2011 – Sempena sesi persekolahan 2012, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang dengan kerjasama Masjid Al-Khairiah, Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPAJ Zon 1 dan 3 menganjurkan program Gunting Rambut Percuma bertempat di Masjid Al-Khairiah Au3.

Program yang dianjurkan bertujuan membantu ibu bapa mengurangkan perbelanjaan persediaan anak-anak ke sekolah. Seramai hampir 70 orang anak-anak sekitar Taman Sepakat dan Flat AU3 dan Flat UTM menyertai program ini.

Turut bersama dalam majlis, En Razali Ramly selaku Ahli Majlis MPAJ Zon 3 dan En Othman, AJK Masjid Al-Khairiah. Rata-rata ibu bapa berharap program begini boleh diteruskan pada masa-masa akan datang.

Sebanyak 3 stesen gunting rambut disediakan
Gunting rambut percuma - siapa tak nak?
Kanak-kanak bergembira kembali ke sekolah dengan rambut pendek