Hulu Kelang, 26 Mac 2015 – Saari telah menyampaikan wacana sains dan Al-Qur’an siri kedua yang telah diadakan di Surau At-Tarbiyah, Taman Melawati.






Hulu Kelang, 26 Mac 2015 – Saari telah menyampaikan wacana sains dan Al-Qur’an siri kedua yang telah diadakan di Surau At-Tarbiyah, Taman Melawati.
Hulu Kelang, 6 Februari 2015 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang selaku penganjur bersama program dialog dan penyerahan memorandum ‘Selamatkan Bukit Taman Melawati’ telah mengadakan mesyuarat bagi membentangkan maklumat terkini serta penambahbaikan program yang telah di adakan di Pejabat Ahli Majlis Zon 1, Jalan E5, Taman Melawati.
Hulu Kelang, 12 Januari 2015 – Saari telah hadir ke mesyuarat bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan JMB Sunway Rydgeway bagi membincangkan beberapa isu berbangkit berkenaan pembangunan sekitar kawasan penempatan mereka.
Hulu Kelang, 1 Januari 2015 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan program sarapan pagi dan sesi dialog antara pendaki bukit Melawati bersama Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pejabat Tanah Daerah Gombak dan NGO Save Melawati Hill yang telah diadakan di Jalan G2, Taman Melawati.
Hulu Kelang, 24 November 2014 – Saari telah diundang menyampaikan wacana Sains dan Al-Qur’an yang telah diadakan di Masjid Al-Hidayah Lama Taman Melawati.
Hulu Kelang, 19 November 2014 – Saari bersama YDP Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), En Abd Hamid Hussain, Ahli Majlis MPAJ, JKP Zon 1 MPAJ dan Ketua-ketua Jabatan MPAJ telah mengadakan lawatan ke bazar Melawati dan kawasan rumah kedai di bandar Melawati bagi meninjau sendiri tahap kebersihan di kawasan tersebut. Pada 15 Jun 2014 Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan Walkabout Kebersihan terhadap perkara yang sama, tetapi tiada tindakan drastik dari pihak berwajib dan kontraktor untuk memastikan kawasan tersebut bersih.
Hulu Kelang, 31 Oktober 2014 – Saari bersama Dato’ Menteri Besar Selangor telah diundang ke majlis meraikan kejayaan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 1 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang telah berlangsung di Dewan E5, Taman Melawati.
Hulu Kelang, 15 Oktober 2014 – Saari telah meninjau Sekolah Integrasi Taman Melawati (Sekolah Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa/OKU) setelah menerima aduan ibu bapa berhubung pembangunan oleh Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) mengenai bangunan tambahan yang tidak mengkuti spesifikasi Orang Kelainan Upaya.