Tag Archives: Sri Hijauan Ukay Perdana

Majlis Anugerah Penghargaan Sempena Sambutan Hari Ibu dan Ramah Mesra Wanita Ukay Perdana

Hulu Kelang, 25 Mei 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasam Pusat Komuniti Wanita (PKW) Hulu Kelang telah menganjurkan Majlis Anugerah Penghargaan Sempena Sambutan Hari Ibu 2012 dan Ramah Mesra Wanita Ukay Perdana yang telah diadakan di Surau Al-Musthofa, Ukay Perdana.

Majlis dimulakan dengan alunan nasyid oleh anak-anak Sri Hijauan
Ketua Wanita Surau Al-Musthofa, Puan Faridah Muhammad Isa menyampaikan ucapan aluan majlis
Penyelia PKW Hulu Kelang, Puan Norhayati Jamaluddin menyampaikan ucapan menerangkan program yang dijalankan bersama PKM Hulu Kelang dalam memastikan wanita di DUN Hulu Kelang terbela dan dihargai
Saari menyampaikan ucapan di mana Islam amat menitik beratkan peranan wanita sehingga Allah memuliakan dan mengangkat darjat wanita di dalam Al-Quran seperti terkandung di dalam surah An-Nisa, An-Nur, Al-Mumtanah dan beberapa surah yang lain
Antara penggerak wanita surau sekitar Ukay Perdana hadir mendengar ucapan yang disampaikan
Saari menyampaikan Anugerah Penghargaan kepada semua ketua wanita dan setiausaha surau sekitar Ukay Perdana
Jamuan makan turut disediakan selepas majlis
Saari bersalam mesra bersama Pengerusi JMB Sri Hijauan, En Rashidi sebelum meninggalkan majlis

Kemeriahan di Karnival Usahawan Wanita DUN Hulu Kelang

Hulu Kelang, 6 Mei 2012 – Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, Pusat Khidmat Masyarakat ADN Hulu Kelang dan JKP Zon 4 dengan kerjasama Pangsapuri Sri Hijauan telah menganjurkan Karnival Usahawan Wanita DUN Hulu Kelang yang telah diadakan di Pangsapuri Sri Hijauan, Ukay Perdana.

Saari melihat gerai yang dibuka dengan pelbagai jenis produk hasil kesungguhan usahawan wanita di DUN Hulu Kelang dalam menjana pendapatan mereka
Saari melihat perserta menganyam bakul rotan yang mendapat sambutan paling hangat pada karnival tersebut
Saari bersama YB Azmin Ali mendengar penerangan dari Puan Aminah, tenaga pengajar membuat anyaman rotan
Kursus membuat biskut dan Pizza
Antara aktiviti menarik yang dijalankan semasa karnival tersebut seperti kursus anyaman bakul rotan, kursus membuat bunga hiasan, demo membuat biskut & Pizza, khidmat refleksologi wanita percuma, perkhidmatan gunting rambut kanak-kanak percuma dan cabutan bertuah
Saari menyampaikan ucapan memberi semangat kepada wanita yang hadir untuk berusaha menjadi usahawan wanita yang disegani dalam memacu taraf kehidupan keluarga dan negara

Merasmikan Kursus Sulaman Manik di Pangsapuri Sri Hijauan

Hulu Kelang, 15 April 2012 – Pusat Komuniti Wanita (PKW) Hulu Kelang dengan kerjasama JKP Zon 4 telah menganjurkan kursus sulaman manik khas buat penduduk Sri Hijauan yang telah diadakan di Dewan Sri Hijauan, Ukay perdana.

Saari mendengar penerangan daripada tenaga pengajar sulaman manik, Pn Aminah Mohd Yusof tentang program yang dijalankan
Saari bersama Aliza melihat peserta menunjukkan kreativiti mereka dalam membuat corak sulaman manik
Setiap peserta dibekalkan dengan 10 jenis manik
Pn Aminah menunjukkan contoh sulaman manik yang telah siap disulam di atas jubah
Saari menyampaikan ucapan penutup dengan memberi galakan dan sokongan atas usaha kaum wanita untuk terus maju ke hadapan dalam apa jua bidang yang mereka ceburi
Saari bergambar kenangan bersama peserta dan sulaman manik yang telah mereka dihasilkan

Bersama Penduduk Pangsapuri Sri Hijauan di Majlis Hi-Tea

Hulu Kelang, 25 Mac 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama JKP Zon 4 telah menganjurkan sebuah Majlis Hi-Tea bersama penduduk Pangsapuri Sri Hijauan yang telah diadakan di Dewan Sri Hijauan, Ukay Perdana.

Ahli Majlis MPAJ Zon 4, Wan Hasrina Wan Hassan menyampaikan ucapan aluan majlis
Saari menyampaikan ucapan menerangkan secara ringkas tentang cara pentadbiran yang perlu ada bagi setiap JMB dengan memberi contoh GMB yang telah berjaya mentadbir Flat dan Pangsapuri sekitar Hulu Kelang
Beberapa soalan telah diajukan bagi mendapat penjelasan berkaitan masalah jalan, tanah runtuh, sampah, kemudahan awam dll
Saari bersama Wan Hasrina, Rohaidi, imam Surau Al-Musthofa dan Rashidi, Pengerusi JMB Sri Hijauan menjawab soalan yang diajukan oleh penduduk
Penduduk menjamu selera bersama selepas selesai majlis dialog
Saari bersalam mesra bersama penduduk yang hadir sebelum meninggalkan majlis