Tag Archives: Pangsapuri Bukit Baru

Menyampaikan Anugerah Penghargaan Sempena Hari Ibu

Hulu Kelang, 23 Mei 2012 – Sempena Sambutan Hari Ibu peringkat DUN Hulu Kelang yang telah berlangsung pada 13 Mei 2012, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menyampaikan anugerah penghargaan kepada ketua dan setiausaha wanita bagi setiap rumah ibadat untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Bagi mereka yang tidak dapat hadir, Aliza mewakili Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang berusaha menghantar anugerah penghargaan tersebut terus kepada penerima di setiap komuniti.

Aliza bersama Puan Norhayati Jamaluddin, Penyelia Pusat Komuniti Wanita (PKW) Hulu Kelang menyampaikan anugerah penghargaan sempena sambutan Hari Ibu kepada Shuaidah Md Amin, Ketua Wanita Madrasah Al-Islamiah, Pangsapuri Bukit Baru
Aliza bersama Puan Norhayati menyampaikan anugerah penghargaan sempena sambutan Hari Ibu kepada Azizah Ibrahim, Setiausaha Wanita Madrasah Al-Islamiah, Pangsapuri Bukit Baru
Aliza menyampaikan anugerah penghargaan sempena sambutan Hari Ibu kepada Puan Rubiah Hj Hasan, AJK Wanita Madrasah Al-Islamiah, Pangsapuri Bukit Baru

Bersama LZS Membuat Bancian Terhadap Penduduk Pangsapuri Bukit Baru

Hulu Kelang, 3 April 2012 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah bekerjasama dengan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, Orang Besar Daerah Gombak, Surau Al-Ihsaniah  dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Bukit Baru untuk membuat bancian kelayakan menerima bantuan dari LZS oleh penduduk Pangsapuri Bukit Baru. Bancian yang dilakukan berlangsung sehingga 4 April 2012 dan berpusat di Dewan Orang Ramai Pangsapuri Bukit baru.

Timbalan Pengurus Besar Kutipan LZS, Pn Adibah Abdul Wahab menyampaikan ucapan bahawa LZS bukan sahaja mensasarkan kutipan semata-mata, tetapi komited dalam melaksanakan agihan zakat agar ianya sampai kepada penerima yang layak
Orang Besar Daerah Gombak, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh menyampaikan ucapan perasmian berkaitan cabaran golongan kaya dan miskin dalam melaksanakan tuntutan ibadat zakat
9 kumpulan kecil ditubuhkan terdiri daripada pegawai LZS bagi membuat bancian terhadap 80 buah rumah yang memberi maklum balas selepas hampir 500 borang diedarkan di setiap rumah penduduk
Saari dalam pasukan yang diketuai oleh Ketua Operasi LZS Daerah Gombak, Ustaz Mohd Salahuddin Azmi bersama dua orang pegawainya dan wakil penduduk telah membuat bancian di beberapa rumah yang disenaraikan
Saari bersama pasukan LZS membuat bancian di rumah Pn Rozni Binti Kasan, Blok B 07-05
Saari bersama pasukan LZS membuat bancian di rumah Pn Rohani Binti Mohd Arshad, Blok B 11-04
LZS juga membuka kauter pertanyaan untuk penduduk mendapatkan maklumat lebih lanjut daripada mereka
Saari bergambar kenangan bersama Datuk Paduka Raja Wan Mahmood, Pn Adibah, Ustaz Mohd Salahuddin dan wakil penduduk sebelum meninggalkan majlis

35 Penduduk Pangsapuri Bukit Baru Terima Khidmat Refleksologi Percuma

Hulu Kelang, 11 Febuari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan Program Khidmat Refleksologi Percuma Khas Buat Wanita yang telah diadakan di Dewan Pangsapuri Bukit Baru, Keramat Hujung.

Penduduk Pangsapuri Bukit Baru menunjukan isyarat 'Bagus' tanda berpuas hati terhadap Khidmat Refleksologi yang diberikan sambil diperhatikan oleh Saari dan Aliza
Hadirin yang hadir dipertontonkan dengan tayangan filem sambil menikmati urutan Refleksologi
Salah seorang peserta mengucapkan terima kasih kepada Aliza di atas penganjuran program yang amat bermanfaat buat mereka
Aliza bersalam mesra bersama penduduk yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Gunting Rambut Percuma di Pangsapuri Bukit Baru

Hulu Kelang, 2 Januari 2012 – Sempena sesi persekolahan 2012, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Pangsapuri Bukit Baru dan JKP MPAJ Zon 1 dan 3 telah menganjurkan program Gunting Rambut Percuma bertempat di Dewan Orang Ramai Pangsapuri Bukit Baru.

Saari cuba menggunting rambut salah seorang peserta sambil diperhatikan oleh Ahli Majlis MPAJ Zon 2, En Razali Ramly dan Pengerusi Surau Al-Ihsaniah, Ustaz Abu Bukhari
Peserta turut dihadiahkan sebuah beg sekolah bagi mengurangkan perbelanjaan persediaan anak-anak ke sekolah
Saari mendengar penerangan daripada bapa salah seorang peserta yang sakit dibahagian kaki dan memerlukan kerusi roda untuk bergerak
Saari bersama sebahagian peserta dan ibu bapa yang hadir bergambar kenangan bersama
Saari bersalam mesra bersama bapa peserta yang hadir sebelum meninggalkan majlis