Tag Archives: Kg Melayu Sg Sering

Kerja Selenggara Tebing Jatuh di Riana Ukay Sedang Rancak Berjalan

Hulu Kelang, 20 Disember 2013 – Kerja-kerja penyelenggaraan tebing runtuh di Jalan Riana Ukay sedang rancak dijalankan oleh Jabatan Pengairan Selangor (JPS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Kerja-kerja penyelenggaraan dijangka siap dalam tempoh satu ke dua minggu mengikut keadaan cuaca.

Kerja membaiki sedang giat dijalankan bermula 18 Disember
Kerja membaiki sedang giat dijalankan bermula 18 Disember
KErja membaik pulih melibatkan kerja pemasangan brickwork untuk retaining wall, crusher  run dan premix
Kerja membaik pulih melibatkan pemasangan brickwork untuk retaining wall, crusher run dan premix bagi mengukuhkan struktur tebing

JMB Pangsapuri Sering Indah Berjaya Ditubuhkan

Hulu Kelang, 10 November 2013 – Saari telah hadir ke majlis penubuhan JMB Pangsapuri Sering Indah oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang telah diadakan di Blok B, Pangsapuri Sering Indah.

Saari menyampaikan ucapan berharap penduduk dapat memilih pemimpin sebagai pemudah cara
Saari menyampaikan ucapan berharap penduduk dapat memilih pemimpin yang mampu menggalas tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan
Pegawai COB MPAJ, En Norhisyam menyampaikan taklimat berkenaan pemilihan AJK dan penubuhan sesebuah JMB
Pegawai COB MPAJ, En Norisman menyampaikan taklimat berkenaan perjalanan pemilihan AJK dan penubuhan sesebuah JMB
Penduduk bersetuju mencadanakan jawatan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 9 AJK dipertandingakan
Penduduk bersetuju jawatan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 9 AJK dipertandingkan
Hanya pemilik sahaja yang layak mengundi dengan pemantauan oleh pegawai MPAJ
Hanya pemilik layak mengundi dengan pemantauan pegawai MPAJ
En Yusof menang pertandingan 2 penjuru jawatan Pengerusi JMB
En Yusof menang jawatan Pengerusi JMB selepas pertandingan 2 penjuru
Saari mengambil kesempatan mendengar permasalahan penduduk sebelum meninggalkan majlis
Saari mengambil kesempatan mendengar permasalahan penduduk sebelum meninggalkan majlis

JPS Sudah Memulakan Kerja Membaiki Tebing Longkang Monson di Riana Ukay

Hulu Kelang, 12 Oktober 2013 – Setelah tinjauan, pemantauan dan beberapa surat dari Saari kepada Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor, akhirnya JPS sudah mulakan kerja membaiki tebing longkang monsoon yang runtuh di Riana Ukay, Sg Sering dan membolehkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) segera membaiki jalan tersebut.

Hanya 1 lorong sahaja boleh digunakan untuk laluan menghubungkan laluan masuk ke kawasan Sg Sering
Hanya 1 lorong sahaja boleh digunakan untuk laluan menghubungkan laluan keluar masuk ke kawasan Sg Sering
Kerja-kerja membaiki masih dilakukan dan akan diturap dalam masaja jangka waktu terdekat
Kerja-kerja membaiki masih dilakukan dan akan diturap dalam jangka masa terdekat

Merasmikan Majlis Penutup Khatam Al-Quran Dan Penyampaian Sumbangan Kepada Penduduk Kampung Sungai Sering

Hulu Kelang, 4 Ogos 2013 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Surau Nurul Hijrah Al-Khalidiah telah menganjurkan majlis Khatam Al-Quran dan penyampaian sumbangan kepada warga emas yang telah diadakan di Surau Nurul Hijrah Al-Khalidiah, Kampung Melayu Sungai Sering.

Saari menyampaikan ucapan berharap dengan majlis yang diadakan dapat meningkatkan lagi semangat dan komitmen dalam mentadabbur Al-Quran
Saari menyampaikan ucapan berharap dengan majlis yang diadakan dapat meningkatkan lagi semangat dan komitmen peserta dalam mentadabbur Al-Quran pada hari-hari mendatang
Saari menyampaikan sumbangan kepada warga emas Sungai Sering
Saari menyampaikan sumbangan kepada warga emas yang menetap di kampung Sungai Sering
Lebih 50 warga emas telah menerima sumbangan yang disampaikan
Lebih 50 warga emas telah menerima sumbangan yang disampaikan
Sebahagian penduduk yang hadir pada majlis yang diadakan
Sebahagian penduduk yang hadir pada majlis yang diadakan
Beramah mesra bersama penduduk sebelum meningalkan majlis
Beramah mesra bersama penduduk sebelum meningalkan majlis

Lebih 100 Warga Emas Kampung Melayu Sungai Sering Menerima Sumbangan Ramadhan

Hulu Kelang, 3 Ogos 2013 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama JKP MPAJ Zon 4 telah menyampaikan sumbangan kepada warga emas di Sungai Sering yang telah diadakan di Surau Maarif Al-Islamiah, Kampung Melayu Sungai Sering.

Ahli Majlis MPAJ Zon 4, Wan Hasrina Wan Hassan menyampaikan ucapan aluan berterima kasih kepada penduduk atas kedairan menerima sumbangan yang disampaikan
Ahli Majlis MPAJ Zon 4, Wan Hasrina Wan Hassan menyampaikan ucapan aluan berterima kasih kepada penduduk atas kehadiran menerima sumbangan yang disampaikan
Saari menyampaikan ucapan berharap dengan sumbangan yang diberikan ianya sebagai tanda ingatan dalam menyambut Eidulfitri yang bakal tiba
Saari berharap dengan penyampaian sumbangan tersebut ianya sebagai tanda ingatan antara pemimpin dan masyarakat dalam menyambut Eidulfitri yang bakal tiba
Sebagai penerima sumbangan yang hadir
Sebahagian penerima sumbangan yang hadir
Saari menyampaikan sumbangan kepada penerima
Saari menyampaikan sumbangan kepada penerima
Penerima terdiri daripada Kampaung Melayu Sungai Sering dan Pangsapuri Kos Rendah, Taman Ukay Indah
Penerima terdiri daripada warga emas Kampaung Melayu Sungai Sering dan Pangsapuri Kos Rendah, Taman Ukay Indah
Bersalaman bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis
Bersalaman bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis

Ziarah Dan Menyampaikan Sumbangan PEKAWANIS

Hulu Kelang, 31 Julai 2013 – Saari dan Aliza berkesempatan menziarahi dan menyampaikan sumbangan dua penerima sumbangan daripada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) yang tidak dapat hadir ke majlis penyerahan sumbangan yang telah diadakan pada 26 Julai lalu di Surau Taman Permata.

Saari dan Aliza menyampaikan sumbangan kepada Hj Latip Nasom di rumahnya, Blok Bt6-09 Pangsapuri Kos Rendah, Taman Ukay Indah, Sungai Sering
Saari dan Aliza menyampaikan sumbangan kepada Hj Latip Nasom, 91 tahun di rumahnya, Blok B T6-09 Pangsapuri Kos Rendah, Taman Ukay Indah, Sungai Sering
Saari dan Aliza menyampaikan sumbangan kepada Wan Zainab Wan Ali di kediamannya, Blok B T2-22 Pangsapuri Kos Rendah, Taman Ukay Indah, Sungai Sering
Saari dan Aliza menyampaikan sumbangan kepada Wan Zainab Wan Ali, 65 tahun di rumahnya, Blok B T2-22 Pangsapuri Kos Rendah, Taman Ukay Indah, Sungai Sering