Tag Archives: Kg Fajar

Pesta Ponggal DUN Hulu Kelang Meriah

Hulu Kelang, 3 Februari 2013 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan Pesta Ponggal DUN Hulu Kelang yang telah diadakan di Kg Fajar.

Saari dan YB Azmin Ali memulakan acara pesta ponggal dengan menuangkan susu ke dalam belanga
Setiap belanga perlu dimasak dengan melibatkan ahli keluarga
Susu perlu dimasak sehingga melimpah sebelum memasukkan beras dan bahan-bahan yang lain
Saari memasukkan beras sambil diperhatikan oleh Aliza dan penduduk
Bahan yang dimasak perlu sentiasa digaul agar ianya tidak hangus
Sebanyak 15 belanga melibatkan 15 keluarga telah menyertai pesta tersebut
Hasil nasi ponggal yang telah berjaya dimasak
Wakil Masyarakat India Kg Fajar, En Surenthan a/l Rajoo menyampaikan ucapan berterima kasih kepada PKM Hulu Kelang dan penduduk kerana berjaya meraikan pesta ponggal di tempat mereka dan ianya merupakan satu sejarah baru bagi masyarakat India di Kg Fajar
Saari menyampaikan ucapan perasmian berharap hubungan antara kaum dapat dieratkan dengan setiap kaum meraikan kepelbagaian budaya dan etnik yang ada di negara kita
En Surenthan menyarungkan bunga malai kepada YB Azmin Ali sebagai tanda penghargaan dan berterima kasih
En Surenthan menyarungkan bunga malai kepada Saari sebagai tanda penghargaan dan berterima kasih
Sebahagian penduduk berbilang kaum hadir pada majlis pada majlis tersebut
Saari dan YB Azmin Ali menyampaikan sepasang Sari dan kain sarung India kepada 15 pasangan yang telah menyertai pesta ponggal DUN Hulu Kelang
Jamuan makan turut disediakan selepas majlis

 

Menziarahi Mendiang Suppiah A/L Ramasamy

Hulu Kelang, 9 Januari 2013 –  Saari berkesempatan menizarahi jenazah mendiang Suppiah A/L Ramasamy, 78 tahun yang meninggal dunia lewat petang semalam di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Saari melihat jenazah mendiang Suppiah A/L Ramasamy di rumahnya, Kg Fajar
Saari mengucapkan takziah kepada isteri dan menantu mendiang
Saari berbual mesra bersama penduduk setempat yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Menyampaikan Sumbangan 44 Beg Sekolah Kepada Pelajar Kampung Fajar

Hulu Kelang, 31 Disember 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menyampaikan sumbangan beg sekolah Kerajaan Negeri bertemakan ‘Hasil Negeri Untuk Rakyat’ kepada pelajar-pelajar yang menetap di Kg Fajar. Majlis penyampaian tersebut telah diadakan di dewan Surau Al-Ehwan, Kg Fajar.

Saari menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada anak-anak Kg Fajar yang sedang beratur
Seramai 44 pelajar telah menerima sumbangan beg oleh kerajaan negeri
Saari menyantuni anak-anak penduduk Kg fajar sebelum meninggalkan majlis

Menziarahi Penduduk Hulu Kelang Merayakan Sambutan Hari Deepavali

Hulu Kelang, 13 November 2012 – Sempena sambutan Hari Deepavali 2012, Saari bersama keluarganya telah menziarahi enam buah rumah dari kalangan masyarakat India yang merayakan Hari Deepavali di rumah mereka sekitar DUN Hulu Kelang.

Saari bersama Aliza, anak dan cucu menziarahi keluarga En Surenthan a/l Rajoo, ketua komuniti masyarakat India di Kg Fajar
Saari dan Aliza menziarahi keluarga bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Klang Gate yang juga merupakan jiran kepada En Surenthan
Saari bersama Aliza, anak dan cucu menjamu hidangan makanan masyarakat India di rumah adik beradik Guna a/l Rajoo dan Saroja Devi a/p Rajoo di Jalan J-10, Fasa 6 Taman Melawati
Saari bersama Aliza, anak dan cucu menziarahi keluarga Sarjit Singh di Jalan Sinar, Kuala Ampang
Saari bersama Aliza, anak dan cucu menziarah keluarga Puan Malathi A/P Palanisamy di rumahnya, Lorong Embun 3, Kuala Ampang

Menyampaikan Hamper Deepavali Kepada Penduduk Kg Fajar

Hulu Kelang, 10 November 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan sebuah majlis penyampaian hamper Deepavali sumbangan Kerajaan Negeri Selangor yang telah diadakan di dataran lapang Kg Fajar.

Saari menyampaikan ucapan menggambarkan keperihatinan Kerajaan Negeri terhadap kepelbagaian masyarakat di Selangor dengan menyumbangkan hamper setiap kali menyambut perayaan setiap kaum
Saari menyampaikan hamper Deepavali berupa barangan asas makanan kepada salah seorang penerima
Seramai 100 penduduk Kg Fajar telah menerima hamper Kerajaan Negeri sempena Deepavali
Penduduk bergambar kenangan bersama Saari selepas majlis penyampaian sumbangan

Meninjau Punca Berlakunya Banjir di Hulu Kelang

Hulu Kelang, 13 Jun 2012 – Saari bersama beberapa orang penduduk telah meninjau punca berlakunya banjir di Kg Fajar dan Kuala Ampang.

Saari bersama beberapa orang penduduk meninjau sungai di Kg Fajar
Keadaan sungai yang cetek membuatkan air sungai naik mendadak apabila hujun turun dengan lebat
Saari bersama JKKK Kuala Ampang, En Patrick Ang menunjukkan longgokan sisa binaan yang dibuang di persisiran sungai di Kuala Ampang oleh pihak tidak bertanggungjawab
Sebahagian sisa binaan dan sampah yang jatuh masuk kedalam sungai
Antara bahan yang dilonggokkan berhampiran sungai di Kuala Ampang

Menyampaikan Sumbangan LZS Kepada 33 Keluarga Mangsa Banjir Kg Fajar

Hulu Kelang, 13 Jun 2012 – Lanjutan daripada banjir yang berlaku pada 2 Mei yang lalu, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menulis surat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cawangan Melawati, memaklumkan mengenai kejadian yang berlaku dan memohon sekiranya terdapat peruntukan untuk disalurkan bagi membantu meringankan beban keluarga magsa. Bertempat di Surau Al-Ikhwan Kg Fajar, satu majlis ringkas telah diadakan bagi menyampaikan sumbangan LZS kepada mangsa banjir yang terlibat.

Saari menyampaikan ucapan takziah kepada semua mangsa yang terlibat dan mendoakan semoga kejadian yang berlaku tidak berulang kembali
Saari menyampaikan sumbangan wang Zakat RM300 LZS kepada Puan Kuseeyah Asaad
Seramai 33 orang daripada Kg Fajar telah menerima bantuan dari LZS
Saari mengamimkan doa yang dibaca oleh Pegawai LZS, Ustaz Masrol Rasid, mendoakan semoga Allah merahmati dan menjauhkan penduduk Kg Fajar dari menerima bala dan bencana dariNya
Saari menyantuni penduduk yang hadir dengan mengagihkan kuih selepas tamat majlis penyampaian sumbangan

Menyampaikan Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kg Fajar

Hulu Kelang, 13 Mei 2012 – PAS Kawasan Gombak dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan program konvoi motor & penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir di Kg Fajar.

Saari menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa yang terlibat
YDP PAS Kawasan Gombak, Ust Salahuddin Nasir menyampaikan ucapan berharap dengan bantuan yang disampaikan ianya dapat meringankan beban keluarga mangsa
Mangsa banjir yang terlibat hadir mendapatkan bantuan
Ust Salahuddin menyampaikan bantuan kewangan kepada salah seorang mangsa banjir sambil diperhatikan oleh saari danYB Amiruddin Shari
Bergambar kenangan bersama peserta konvoi PAS Kawasan Gombak selepas menyampaikan bantuan di Kg Fajar

Meninjau dan Menyampaikan Bantuan Kepada Mangsa Banjir di Kg Fajar

Hulu Kelang, 1 Mei 2012 – Saari bersama YB Azmin Ali dan Ahli Majlis MPAJ Zon 2 telah turun padang meninjau rumah mangsa banjir di Kg Fajar yang ditenggelami air akibat hujan lebat yang berlarutan di sekitar Lembah Klang.

Saari bersama YB Azmin Ali berbincang di salah sebuah rumah mangsa banjir di Kg Fajar
Saari bersama salah seorang mangsa banjir menunjukkan ketinggian air yang dinaiki ketika banjir
Banjir tersebut melibatkan beberapa kerosakkan harta penduduk di Kg Fajar