Tag Archives: Keramat AU1C

Berbuka Puasa Sunat Bersama Ahli Kariah Surau Darussaadah

Hulu Kelang, 4 Februari 2013 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan majlis berbuka puasa sunat hari Isnin yang telah diadakan di Surau Darussaadah AU1C Taman Keramat Permai.

Berbuka puasa sunat hari Isnin bersama penduduk setempat
Berbuka puasa sunat hari Isnin bersama penduduk setempat
Sebahagian muslimat yang turut serta di majlis berbuka puasa
Sebahagian muslimat yang turut serta di majlis berbuka puasa
Menunaikan solat fardu Maghrib selepas selesai majlis berbuka puasa
Menunaikan solat fardu Maghrib selepas selesai majlis berbuka puasa
Majlis diteruskan dengan kuliah Maghrib oleh penceramah undangan
Majlis diteruskan dengan kuliah Maghrib oleh penceramah undangan
Saari dan hadirin mendengar kuliah yang disampaikan
Saari dan hadirin mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan oleh penceramah

 

Meninjau Gelanggang Serbaguna Keramat Permai AU1C

Hulu Kelang, 30 Januari 2013 – Saari bersama En ‘Urwah telah meninjau sebuah gelanggang yang uzur dan perlu dibaik pulih yang terletak di dalam kawasan taman permainan Keramat Permai AU1C.

Saari menunjukkan lopak yang sudah ditumbuhi rumput dalam kawasan gelanggang
Saari akan menulis surat pada MPAJ untuk memotong pokok bersebelahan gelanggang bagi mengelakkan dedaun jatuh ke dalam kawasan gelanggang
Gelanggang di bawah seliaan MPAJ ini akan cuba dibaik pulih dalam masa terdekat

Menziarahi Penduduk Sakit

Hulu Kelang, 23 Januari 2013 – Saari bersama Aliza dan beberapa orang penduduk setempat berkesempatan menziarahi penduduk yang sakit di rumah mereka sekitar Keramat AU1.

Saari menziarahi AJK Surau Darussaadah, Hj Mohd Azhar Ahmad, 55 tahun yang sakit di rumahnya, Jalan AU1C/2E Taman Keramat AU1C
Saari bersama penduduk menziarahi Imam Surau Al-Azizah, Che Ismail Daud, 56 tahun yang terlantar sakit di rumahnya, Jalan AU1A/2 Taman Keramat

Menziarahi Jenazah Almarhum Dr Shamsuddin Rahmat

Hulu Kelang, 18 Oktober 2012 – Saari berkesempatan menziarahi Jenazah Almarhum Dr Shamsuddin Rahmat, 75 tahun yang meninggal dunia lewat petang tadi di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur. Jenazah Almarhum akan disolatkan di rumahnya jam 10 pagi esok dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Keramat AU1. Almarhum merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Desa Pendidik AU1C.

Saari bersama tetamu yang hadir membaca Ya Sin dan tahlil buat arwah
Saari mengucapkan takziah kepada balu Almarhum di atas pemergian suaminya ke Rahmatullah
Saari mendengar penerangan daripada anak lelaki Almarhum terhadap kematian ayah beliau

Meraikan Hari Keluarga Mega Penduduk AU1C

Hulu Kelang, 29 September 2012 – Saari telah diundang ke Program Hari Keluarga Mega Penduduk AU1C anjuran bersama Persatuan Penduduk Taman Desa Pendidik, Persatuan Perumahan Polis, Rukun Tetangga AU1C, Persatuan Penduduk AU1C dan Surau Darussaadah yang telah berlangsung di padang permainan Keramat AU1C.

Kehadiran Saari disambut oleh Setiausaha Penduduk Taman Desa Pendidk, En Mohd Razi
Saari menyampaikan ucapan berharap program yang dianjurkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan membina permuafakan sesama penduduk
Penduduk dihidangkan dengan persembahan silat
Saari menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang
Sebahagian ratusan penduduk yang hadir dalam menjayakan majlis
Saari bersalam mesra bersama penduduk yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Menghadiri Rumah Terbuka Eidulfitri Flat PKNS AU1

Hulu Kelang, 8 September 2012 – Saari telah memenuhi undangan Rumah Terbuka Eidulfitri anjuran Persatuan Penduduk Flat PKNS AU1 yang telah berlangsung di perkarangan tempat parkir kereta, Flat PKNS Keramat AU1.

Saari menjamu selera sambil berbual mesra bersama penduduk
Saari bertanya khabar penduduk sambil mereka menikmati juadah
Saaari bersalam mesra bersama penduduk yang hadir sebelum meninggalkan majlis