Tag Archives: Hulu Kelang

Meraikan Majlis Kesyukuran Masjid Ar-Ridhuan

Hulu Kelang, 23 Mei 2013 – Saari telah diundang ke majlis kesykuran Masjid Ar-Ridhuan yang telah diadakan sejurus selepas solat Isya yang di ruang makan Masjid Ar-Ridhuan.

Menunaikan solat fardu Isya' berjemaah
Menunaikan solat fardu Isya’ berjemaah
Beramah mesra bersama penduduk selepas selesai solat
Beramah mesra bersama penduduk
Menjamu selera bersama ahli kariah sambil berbual mesra
Menjamu selera bersama ahli kariah sambil berbual mesra
Sebahagian penduduk yang  hadir
Sebahagian penduduk yang hadir pada majlis yang dianjurkan
Saari bersalam mesra bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis
Saari bersalam mesra bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis

Meraikan Majlis Pembukaan Rangkaian Butik Bak Tailor, Ukay Boulevard

Hulu Kelang, 18 Mei 2013 – Saari telah diundang ke Majlis Pembukaan rangkaian terbaru Butik Bak Tailor yang beralamat di Ukay Boulevard, Jalan Ulu Kelang.

Saari di bawa meninjau hasil jahitan keluaran Bak
Saari di bawa meninjau melihat hasil jahitan keluaran Bak
Pelbagai barangan seperti songkok, kain pelikat, samping, butang baju melayu dan beberapa kelengkapa  lain turut dijual
Pelbagai barangan seperti songkok, kain pelikat, samping, butang baju melayu dan beberapa kelengkapan lain turut dijual
Jamuan ringan turut disediakan kepada pelanggan yang hadir pada majlis pembukaan rangkaian kedai mereka
Jamuan ringan turut disediakan kepada tetamu yang hadir pada majlis pembukaan rangkaian butik mereka

Menghadiri Majlis Aqiqah Cucu YB Dr Hatta Ramli

Hulu Kelang, 24 Mac 2013 – Saari telah diundang ke majlis aqiqah dua orang cucu kepada YB Dr Hatta Ramli yang telah berlangsung di kediamannya, Jalan Kasawari 1, Taman Desa Aras.

Ust Farhan dan Ust Sanusi mentahniq cucu Dr Hatta
Ust Farhan dan Ust Sanusi mentahniq cucu Dr Hatta
Dr Hatta menggunting sedikit rambut cucunya
YB Dr Hatta menggunting sedikit rambut salah seorang cucunya
Saari mengunting sedikit rambut  anak kepada DR Fairuz
Saari mengunting sedikit rambut anak kepada Dr Fairuz
Dr Hatta mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang hadir di majlis aqiqah dua orang cucunya
YB Dr Hatta mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang hadir di majlis aqiqah dua orang cucunya
Hadirin menjamu selera selepas majlis
Hadirin menjamu selera selepas majlis

Menyampaikan Keperluan Asas Makanan Kepada Gurpuri Foundation Foster Home For Children

Hulu Kelang, 5 Disember 2012 –¬†Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menyalurkan bantuan keperluan asas makanan sumbangan Kerajaan Negeri Selangor kepada¬†Gurpuri Foundation Foster Home for Children, Jalan Merak Hulu Kelang.

Saari menyampikan ucapan berterima kasih kepada pihak pengurusan Gurpuri kerana sudi menerima kedatangan PKM Hulu Kelang dan berharap sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban mereka
Saari bersama Aliza menyerahkan sumbangan keperluan asas makanan kepada Mr Daljit Singh
Sebanyak 40 set beras 5kg, minyak masak, bihun, serbuk kurma/daging dan tepung muruku diserahkan kepada Gurpuri
Saari dan Pegawai PKM Hulu Kelang berbincang bersama Mr Daljit mengenai bantuan yang diperlukan untuk keperluan anak-anak jagaan Gurpuri
Saari beramah mesra bersama salah seorang pelajar sebelum meninggalkan majlis

Meraikan Warga Pusat-Pusat Tahfiz DUN Hulu Kelang

Hulu Kelang, 5 September 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Sambutan Eidulfitri ADUN Hulu Kelang Bersama Warga Pusat-Pusat Tahfiz DUN Hulu Kelang yang telah berlangsung di Dewan Maahad Tahfiz Al-Ridhuan.

Nazir Masjid Al-Ridhuan, Hj Fauzi menyampaikan ucapan aluan berterima kasih di atas kesudian PKM Hulu Kelang menjadikan Maahad Tahfiz Masjid Al-Ridhuan sebagai tuan rumah pada kali ini
Saari menyampaikan ucapan penghargaan beliau kepada pelajar serta guru-guru yang telah banyak menyumbang dalam membangun, menghidup dan melahirkan generasi celik Al-Quran di DUN Hulu Kelang
DUN Hulu Kelang mempunyai 5 buah Maahad Tahfiz antaranya Maahad Tahfiz Al-Ridhuan, Maahad Tahfiz Al-Munawwarah, Darul Quran Wal Hadith, Maahad Tahfiz An-Nasr dan Maahad Tahfiz Mustomi Al-Ulum
Saari menyampaikanAl-Quran Digital kepada setiap Maahad Tahfiz sebagai bahan bantuan pengajian
Saari turut menyumbangkan dua buah buku tulisan beliau bertajuk 'Konsep-Konsep Umum Islam' dan 'Wanita dan Kekeluargaan Dalam Islam' kepada setiap Maahad Tahfiz
Saari menjamu selera bersama pegusaha dan tenaga pengajar Maahad Tahfiz
Saari beramah mesra bersama pelajar sambil mereka menikmati hidangan
Saari mengucapkan tahniah kepada salah seorang pelajar tahfiz yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Yaman dan akan bertolak pada 9 September ini

Meninjau Tapak Cadangan Futsal Batu 8

Hulu Kelang, 17 Januari 2012 – Saari bersama penghulu mukim Hulu Kelang dan wakil Pejabat Daerah Gombak melakukan lawatan tapak ke kawasan lapang milik kerajaan negeri di Batu 8 Kg Pasir bagi mendapatkan gambaran lokasi cadangan gelanggang futsal. Cadangan ini akan dibawa ke peringkat pejabat daerah dalam masa terdekat.

Saari bersama Penghulu Mukin Hulu Kelang, En Zaimi Ghazali
Cadangan tapak gelanggang futsal

Bertemu dan Menyampaikan Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran di Pusat Penempatan Sementara

Hulu Kelang, 8 Januari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKKK Kg Pasir, Persatuan Bulan Sabit Merah, MPAJ dan beberapa badan telah bekerjasama dalam menguruskan kebajikan mangsa kebakaran setinggan Batu 7 1/2 di pusat penempatan sementara di Dewan Serbaguna MPAJ AU5 Lembah Keramat.

Saari berbincang bersama En Saiful dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, Ahli Majlis MPAJ Zon 3 En Razali Ramly, Pengerusi JKKK Kg Pasir Hj Ibrahim dan wakil penduduk untuk menyelaraskan kerja dalam sebuah pasukan bagi memudahkan perjalanan menguruskan mangsa kebakaran

 

Saari menyampaikan ucapan takziah kepada wakil keluarga mangsa dan beliau akan menulis surat sokongan kepada Lembaga Zakat Selangor untuk mendapatkan bantuan untuk diberikan kepada mangsa kebakaran
En Saiful memberi sedikit taklimat ringkas tentang beberapa peraturan dan panduan yang perlu diambil kira bagi memudahkan proses bantuan dan penempatan mangsa kebakaran
Saari memerhatikan wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat membantu mangsa-mangsa kebakaran mengisi borang
Beberapa orang aktivis masyarakat bertungkus lumus menyediakan bantuan kepada setiap mangsa kebakaran supaya mereka berada dalam keadaan yang selesa semasa di pusat penempatan sementara
Saari bersama Hj Ibrahim menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas seperti selimut, tikar, sabun mandi, tuala, kain pelikat, telekung solat, bedak dan baju persalinan kepada semua mangsa kebakaran yang terlibat
Saari dan Aliza mendengar keluhan seorang ibu bersama anaknya yang berusia 4 bulan hilang tempat perlindungan apabila rumahnya musnah dijilat api
Saari sedia membantu mangsa kebakaran dari masa ke semasa bagi mengurangkan bebanan kesusahan mereka