Tag Archives: AU2 Taman Keramat

Menyampaikan Ceramah Penerangan Rakyat

Hulu Kelang, 15 Januari 2012 – Saari telah hadir menyampaikan ceramah di majlis Pidato Rakyat anjuran PAS Kawasan Gombak yang telah diadakan di Dewan Serbaguna MPAJ AU2 Taman Keramat.

Saari menyampaikan ceramah beliau mengimbau perjuangan asal rakyat dan pejuang-pejuang penuntut kemerdekaan yang disisihkan oleh Umno-BN
YDP PAS Kawasan Gombak, Ustaz Salahuddin Nasir menyampaikan ceramah beliau menjawab tohmahan Umno-BN yang mengatakan ratusan ahli PAS cawangan Kerdas telah keluar dan menyertai Umno
YB Amiruddin Shari, ADN Batu Caves menyampaikan ceramah beliau tentang pencapaian dan kejayaan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat di mana ianya telah diiktiraf oleh Ketua Audit Negara
YB Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak menyampaikan ceramah beliau tentang janji-janji Pakatan Rakyat jika diberikan amanah untuk mentadbir Putrajaya
Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr Abdul Rani Othman menyampaikan ceramah beliau memberi contoh pemahaman dan perjuangan wakil rakyat bukan Islam apabila mereka berkawan dengan PAS dengan memperjuangkan nasib orang-orang Islam di dalam pentadbiran mereka
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Salahuddin Nasir mengharapkan pertolongan dan kekuatan dari Allah SWT dalam meneruskan perjuangan khususnya di Malaysia
Orang ramai memerhatikan belon berlambang PAS yang akan dilepaskan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor tanda pelancaran Sambutan 60 Tahun PAS
Dr Rani menandatangani bunting sambutan 60 tahun PAS yang diikat pada belon untuk dilepaskan

 

Majlis Sambutan 60 Tahun PAS Kawasan Gombak

Hulu Kelang, 15 Januari 2012 -PAS Kawasan Gombak telah mengadakan satu majlis sempena Sambutan 60 Tahun PAS peringkat kawasan yang telah diadakan di Dewan Serbaguna MPAJ AU2 Taman Keramat.

YB Azmin Ali, YB Amiruddin Shari, YB Dr Abdul Rani Othman, YB Iskandar Samad dan Saari antara tetamu yang hadir pada Sambutan 60 Tahun PAS kawasan Gombak
Saari menyampaikan ucapan aluan selaku tuan rumah berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis
Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr Abdul Rani Othman menyampaikan ucapan memberi kata-kata semangat kepada jentera PAS yang hadir dan seterusnya merasmikan sambutan 60 tahun PAS Kawasan Gombak
YB Dr Abdul Rani menyampaikan cenderahati kepada kesemua ahli baru PAS yang telah berdaftar menjadi ahli
Pihak majlis turut menyampaikan cenderahati tanda penghargaan kepada vateran PAS yang telah banyak berjasa kepada parti
Sebahagian ahli-ahli PAS yang hadir pada majlis Sambutan 60 Tahun PAS Kawasan Gombak