Category Archives: Geran Selangorku

Gelanggang Sukan dan Futsal Geran Selangorku Siap

Gelanggang futsal yang merupakan sebahagian daripada pakej gelanggang serbaguna melalui Geran Selangorku berjumlah RM190 ribu

Gelanggang futsal baru dan dataran serbaguna yang dibina di kawasan lapang Jalan H1, Taman Melawati merupakan pakej yang diluluskan pembinaannya melalui Geran Selangorku. Setiap DUN di Selangor menerima pakej yang sama.

Gelanggang futsal ini dilengkapi pagar spesifikasi baru JKR dan lampu limpah. Dataran serbaguna pula dibina daripada premix tar beserta satu pentas kecil disediakan.

Projek ini dikendalikan oleh Pejabat Tanah Daerah Gombak. Kontraktor ialah RM Dagang dan nilai kontrak ialah RM198,723. Kerja-kerja fizikal sudah siap sepenuhnya, manakala bekalan elektrik masih menunggu penyambungan daripada TNB.

Projek dibangunkan oleh kontraktor RM Dagang
Sebuah dataran premix dibina menggantikan permukaan usang gelanggang sebelum ini

 

Pagar gelanggang futsal menggunakan jenis besi yang tahan lasak

 

Ketinggian pagar yang memadai untuk menghalang bola keluar dari gelanggang

 

Projek Geran Selangorku 2012 di Kampung Klang Gate

Setiap kontraktor pelaksana Geran Selangorku harus menyediakan papan tanda info projek

Projek infrastruktur kerja menurap dan membaiki jalan-jalan di Kampung Klang Gate yang dilaksanakan melalui peruntukan Geran Selangorku telah selesai. Kerja-kerja melibatkan jalan-jalan ke pintu Empangan Klang Gate dan jalan ke Taman Warisan. Projek dilaksanakan oleh SF & F Enterprise berjumlah RM84,900. Projek dikawal selia oleh Pejabat Tanah Daerah Gombak.

Jalan masuk ke Taman Warisan melalui saluran paip siap diturap
Persimpangan Jalan Kolam Air yang diturap dalam projek ini
Jalan Kolam Air menghala ke pintu Empangan Klang Gate yang menjadi tumpuan pelancong

Perlaksanaan Projek Geran Selangorku Di DUN Hulu Kelang

 

Surat makluman dari MBI kepada Pejabat Daerah berkaitan projek yang bakal dilaksanakan di DUN Hulu Kelang melalui peruntukan Geran Selangoku
Antara projek yang bakal dilaksanakan di DUN Hulu Kelang, kerja-kerja dan membaiki jalan-jalan di Kg Kemensah, kerja-kerja membina dan membina longkang-longkang di Kg Pasir dan kerja-kerja menurap dan membaiki jalan-jalan Kg Klang Gate

 

Surat MBI Kepada PTD Gombak – Perlaksanaan Geran Selangorku di Bawah Program Infrastuktur

Surat kepada PTD Gombak memaklumkan perlaksanaan projek di bawah Geran Selangorku
Antara projek yang diluluskan adalah kerja-kerja menurap dan membaiki jalan di Kg Kemensah, Kg Klang Gate dan kerja membina dan membaiki longkang-longkang di Kg Pasir
Salinan surat kepada Saari
Jadual kerja infrastuktur jalan fasa 6 (Road Gang)
Jadual kerja infrastuktur jalan fasa 6 (Sebutharga)

Lawatan Tapak Dataran Anak Muda di Jalan H1

Turut hadir lawatan tapak Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Luar Bandar (PLB) En Fauzi

Taman Melawati,17 Mei 2012 – Kerajaan negeri baru-baru ini telah meluluskan peruntukan membina sebuah dataran anak muda dan gelanggang serbaguna  di beberapa DUN termasuk Hulu Kelang. Peruntukan ini disalurkan di bawah Geran Selangorku dan diurus oleh Menteri Besar Incorporated (MBI).

Kawasan rekreasi di Jalan H1, Taman Melawati telah dikenalpasti sesuai dan memenuhi syarat pelan yang diperlukan iaitu berukuran 100 kaki x 100 kaki. Satu lawatan tapak telah diadakan oleh Saari dan ditemani pasukan Pembangunan Luar Bandar(PLB) Pejabat Daerah Gombak yang diketuai En Mohd Fauzi Md Yatim selaku agensi pelaksana projek. Tender projek akan dibuka mulai Jumaat 18 Mei sehingga 22 Mei 2012.

Sebahagian kawasan gelanggang tenis lama akan dibina gelanggang serbaguna dan dataran
Gelanggang futsal sedia ada akan dikekalkan

 

Mesyuarat Penyelaras Bersama Ahli Majlis dan Pengerusi JKKK

Hulu Kelang, 26 Januari 2012 – Saari telah mempengerusikan sebuah mesyuarat bersama yang dihadiri oleh Pengerusi-pengerusi JKKK  dan Ahli Majlis MPAJ Zon 1,2,3 dan 4 bagi membincangkan Geran SelangorKu RM300 Juta Kerajaan Negeri Selangor untuk dimanfaatkan di DUN Hulu Kelang.

Mesyuarat telah berbincang bagi menggunakan sebahagian peruntukan dari Geran SelangorKu untuk menambah baik Infrastuktur awam dan meningkatkan kemudahan sukan di DUN Hulu Kelang