Category Archives: Uncategorized

Kenyataan Akhbar : Selangor Siap Sedia Hantar Surat Tawaran Kepada Konsesi

Khalid Ibrahim

 

KENYATAAN AKHBAR

13 FEBRUARI 2013

SELANGOR SIAP SEDIA HANTAR SURAT TAWARAN KEPADA KONSESI

 

Tempoh 14 hari untuk Kerajaan Persekutuan umemberi maklum balas kepada hasrat  Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih perkhidmatan air akan tamat minggu hadapan.  Oleh itu kita menyeru Kerajaan Persekutuan untuk bertindak secepat mungkin memandangkan isu penyusunan semula industri air ini melibatkan kepentingan rakyat.

 

Kerajaan Negeri menegaskan ini bukanlah pengambilalihan biasa syarikat komersil. Ini adalah kerana perjanjian konsesi air melibatkan tiga pihak iaitu SYABAS,  Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang pemegang sahamnya adalah rakyat. Urusniaga sepatutnya tidak boleh berpaksikan keuntungan semata-mata sebaliknya kebajikan rakyat juga perlu diberi keutamaan.

 

Justeru kita menyeru kerajaan Pusat yang memiliki Golden Share atau saham emas dalam SYABAS menggunakan kuasanya bagi memastikan SYABAS menerima tawaran kerajaan Selangor.

 

Kita sudah menyediakan surat tawaran kepada syarikat konsesi dan kita berharap mereka tidak menjadikan faktor harga sebagai alasan untuk menolak tawaran ini. Kita berulang kali menyatakan bahawa syarikat konsesi boleh membawa perkara ini kepada Timbangtara Antarabangsa bagi mendapatkan pampasan yang sewajarnya.

 

Kita akan memberi penerangan kepada rakyat mengenai pelan dan langkah-langkah yang akan dilakukan kerajaan negeri selepas mengambilalih perkhidmatan air ini pada Forum Air Untuk Rakyat yang akan diadakan selama 10 hari bermula 18 Febuari sehingga 28 Februari di seluruh negeri.

 

Antara speaker yang terlibat  ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar,;Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin.

 

Kita akan mengiklankan tarikh dan tempat  forum air ini akan diadakan di beberapa akhbar utama untuk memudahkan rakyat merancang dan membuat persediaan awal. Kita berharap rakyat dapat menggunakan forum air ini sebagai platform untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini berhubung isu air di Selangor dan Lembah Klang.

 

 

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Menghadiri 6 Undangan Majlis Perkahwinan

Hulu Kelang, 9 & 10 Februari 2013 – Saari dan Aliza memenuhi program hujung minggu dengan menghadiri undangan majlis perkahwinan penduduk DUN Hulu Kelang.

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada En Syuaib yang telah berlangsung di Laman Pengantian, Jalan H1, Taman Melawati
Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Dr Shuib Mohd Rasad & Badariah Munap yang telah berlangsung di Laman Pengantian, Jalan H1, Taman Melawati
Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Mohd Noh Muhamad & Ginsdari Lahom yang telah berlangsung di Dewan Dato' Othman Harun, Kem Wardieburn
Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Mohd Noh Muhamad & Ginsdari Lahom  dan Kol Mohd Arifin Hamid & Nik Mastura Diyana Nik Mohammad yang telah berlangsung di Dewan Dato’ Othman Harun, Kem Wardieburn
Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Amil Md Noh & Sapiah Md Said yang telah berlangsung di Dewan MPAJ AU5, Lembah Keramat
Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Amil Md Noh & Sapiah Md Said yang telah berlangsung di Dewan MPAJ AU5, Lembah Keramat
Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Ibrahim Abdul Raffor & Asmah Anjang Mat Daud yang telah berlangsung  Blok B Jalan UP 2, Rumah Pangsa Kos Rendah, Taman Ukay Perdana
Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Ibrahim Abdul Raffor & Asmah Anjang Mat Daud yang telah berlangsung Blok B Jalan UP 2, Rumah Pangsa Kos Rendah, Taman Ukay Perdana
Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Mohd Reduan Abdullah & Bedah Mohamed yang telah berlangsung di Dewan MPAJ AU2A, Taman Seri Keramat
Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Mohd Reduan Abdullah & Bedah Mohamed yang telah berlangsung di Dewan MPAJ AU2A, Taman Seri Keramat
Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Zainol Mohd Yusodd & Masitah Bukhari yang telah berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Dato' Keramat
Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Zainol Mohd Yusodd & Masitah Bukhari yang telah berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Dato’ Keramat

Menziarahi 4 Penduduk Sakit Di Fasa 6 Taman Melawati

Hulu Kelang, 4 Februari 2013 – Saari bersama Aliza dan beberapa orang penduduk berkesempatan menziarahi penduduk yang sakit di rumah mereka sekitar Fasa 6, Taman Melawati.

Saari menziarahi Hjh Habibah Abd jalil, 71 tahun yang terseliuh kaki kirinya sambil diperhatikan oleh suaminya, Hj Hassan Jamil di rumahnya, Jalan J1, Fasa 6, Taman Melawati
Saari menziarahi Hjh Habibah Abd Jalil, 71 tahun yang menghidapi penyakit diabetes di rumahnya, Jalan J1, Fasa 6, Taman Melawati
Saari menziarahi Ibrahim, 71 tahun yang mengalami sakit otak di rumahnya, Jalan J3, Fasa 6 Taman Melawati
Saari menziarahi Ibrahim, 71 tahun di rumahnya, Jalan J3, Fasa 6, Taman Melawati yang mengalami penyakit di bahagian otaknya
Saari dan Aliza menziarahi Saodah Samah, 80 tahun yang menghidapi penyakit kencing manis di rumahnya, Jalan J10, Fasa 6, Taman Melawati
Saari dan Aliza menziarahi Saodah Samah, 80 tahun di rumahnya, Jalan J10, Fasa 6, Taman Melawati yang menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi
Saari dan Aliza menziarahi Hj Kasdon Mohammad yang menghidapai penyakit kencing manis di rumahnya, Jalan J14 Fasa 6, Taman Melawati
Saari dan Aliza menziarahi Hj Kasdon Mohammad di rumahnya, Jalan J14 Fasa 6, Taman Melawati yang menghidapai penyakit kencing manis

Menyampaikan Ceramah Kelompok Di Kg Pasir

Hulu Kelang, 1 Februari 2013 – Saari telah menyampaikan ceramah kelompok anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Hulu Kelang yang telah diadakan di Jalan Hj Mokhtar, Pg Pasir.

Ust Tarmizi Mohd DIn menyampaikan ceramah beliau mengenai janji Umno-Bn yang tiadak di kotai oleh mereka
Ust Tarmizi Mohd Din menyampaikan ceramah beliau mengenai janji-janji Umno-Bn yang tiadak dikotakan oleh mereka antaranya pembayaran 20% royalti kepada negeri pengeluar minyak dan beberapa janji lain
Saari menyampaikan ceramah mengenai jenayah penyelewengan duit yang dilakukan oleh rejim Umno-BN sehingga rakyat terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang
Saari menyampaikan ceramah mengenai peningkatan hutang negara dan ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran Umno-BN sehingga rakyat terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang
Sebahagian penduduk Kg Pasir yang hadir pada majlis tersebut
Sebahagian penduduk Kg Pasir yang hadir pada majlis tersebut
Walaupun dalam keadaan hujan, penduduk tidak berganjak mendengar ceramah yang disampaikan
Walaupun dalam keadaan hujan, penduduk tidak berganjak mendengar ceramah yang disampaikan
Saari menjamu selera sambil berbual mesra bersama penduduk
Saari menjamu selera sambil berbual mesra bersama penduduk

Ziarah 6 Penduduk Sakit Di Taman Desa Keramat AU2A

Hulu Kelang, 1 Februari 2013 – Saari, Aliza dan beberapa orang penduduk berkesempatan menziarahi penduduk yang sakit disekitar Taman Desa Keramat AU2C.

Saari dan Aliza menziarahi Pn Halimah yang sakit dirumahnya, Jalan AU2C/2
Saari dan Aliza menziarahi Pn Halimah yang menghidapai penyakit kencing manis, darah tinggi dirumahnya, Jalan AU2C/2 Taman Desa Keramat
Saari menziarahi Hj Ismail Salleh, 71 tahun yang terlantar sakit di rumahnya, Jalan AU2C/2
Saari menziarahi Hj Ismail Salleh, 71 tahun yang terlantar sakit di rumahnya, Jalan AU2C/2 Taman Desa Keramat
Saari menziarahi Hj Othman Mohd, 70 tahun yang baru menjalani pembedahan di rumahnya, Jalan AU2C/5
Saari menziarahi Hj Othman Mohd, 70 tahun di rumahnya, Jalan AU2C/5 Taman Desa Keramat yang baru menjalani pembedahan buah pinggang
Saari menziarahi Cikgu Yunus b Tulis, 76 tahun di rumahnya AU2C/7
Saari menziarahi Cikgu Yunus b Tulis, 76 tahun di rumahnya AU2C/7 yang menghidapi penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi
Saari menziarahi En Mat shah Alias, 62 tahun yang beru menjalani pembedahan kaki kanan beliau akibat kencing manis di rumahnya AU2C/7
Saari menziarahi En Mat Shah Alias, 62 tahun  di rumahnya AU2C/7 Taman Desa Keramat. En Mat Shah baru menjalani pembedahan kaki kanan beliau akibat penyakit kencing manis
Saari menziarahi En Haris yang hilang daya ingatan selepas menjalani pembedahan di rumahnya, Jalan AU2C/8 Taman Desa Keramat
Saari menziarahi En Haris yang hilang daya ingatan selepas menjalani pembedahan di rumahnya, Jalan AU2C/8 Taman Desa Keramat

 

Meninjau Gelanggang Di Keramat Permai AU1A/3F

Hulu Kelang, 30 Januari 2013 – Saari bersama En ‘Urwah telah meninjau gelanggang yang telah dibaik pulih melalui peruntukan Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) meliputi gelanggang serbaguna dan futsal di Jalan AU1A/3F Taman Keramat Permai.

Saari bersam En 'Urwah melihat lantai futsal yang baru siap dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan
Pagar yang telah dibaik pulih
Baki bahan binaan pihak kontraktor yang tidak dikemas selepas selesai kerja menaik taraf gelanggang
Saari menunjukkan gelanggang yang pecah akibat menjadi laluan kenderaan
Saari menunjukkan kesan tayar kereta dan motor yang melalui atas gelanggang tersebut

Mengambil Bahagian Dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Dewan

Shah Alam, 28 November 2012 –  Saari telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Dewan dengan membangkitkan beberapa isu di DUN Hulu Kelang.

Saari mengemukakan soalan mengenai pembangunan masjid di Ukay Perdana, peningkatan kadar siasatan kes Syariah dan mencadangkan silabus sebagai panduan dan pilihan bagi surau dan masjid seluruh selangor memilih tajuk-tajuk kuliah agama
Dato Menteri Besar menjawab persoalan Saari mengenai masjid di Ukay Perdana yang dalam pelaksanaan reka bentuk manakala peningkatan kadar tangkapan menunjukkan bahawa JAIS membuat kerja dan mengalu-alukan cadangan Saari untuk meningkatkan budaya ilmu di surau dan masjid seluruh Selangor