Tag Archives: PKM DUN Hulu Kelang

Menerima Kunjungan Pelajar Iran

Hulu Kelang, 20 April 2012 – Saari menerima lawatan dari Syed Idrus Sheikh As-Aaqqaf yang merupakan seorang pelajar dari universiti di Iran. Perjumpaan tersebut adalah dalam rangka mengadakan forum Al-Quds di DUN Hulu Kelang.

Saari menerima hadiah naskah Al-Quran berserta terjemahan dalam bahasa farsi terbitan kerajaan Republik Iran
Muka surat naskah Al-Quran dgn terjemahan bahasa farsi

Kehangatan PRU Ke-13 Makin Dirasai

Hulu Kelang, 18 April 2012 – Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengesan niat jahat pihak tertentu dalam membuat onar kepada pengunjung PKM dengan menabur paku ke kawasan pintu masuk utama Pejabat ADUN Hulu Kelang.

Pegawai PKM Hulu Kelang, Sdr Muhammad Idzham menunjukkan paku-paku yang bertaburan di atas jalan
Paku yang ditaburkan di kesan pada jam 1:00 tengahari
Kawasan pintu masuk utama ke PKM Hulu Kelang yang menjadi sasaran pihak tidak bertangungjawab menaburkan paku
Idzham menunjukkan saiz paku yang dijumpai
Sebanyak 27 batang paku telah dijumpai sekitar kawasan masuk ke PKM Hulu Kelang

Program Sembang Pagi Bersama YB Azmin Ali & Saari Sungib Meriah

Hulu Kelang, 25 Mac 2012 – Sempena Sambutan 4 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan Program Sembang Pagi Bersama YB Azmin Ali dan YB Saari Sungib yang telah diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang.

Saari bersama YB Azmin Ali bersarapan pagi bersama penduduk Hulu Kelang yang hadir
Saari beramah mesra bersama tetamu yang hadir sambil mereka bersarapan pagi
YB Azmin Ali menyampaikan ucapan menghuraikan prinsip dan dasar yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat bawahan
Saari menyampaikan ucapan berterima kasih kepada penduduk kerana memberi mandat untuk PR memerintah Kerajaan Negeri dan hasilnya dapat dinikmati oleh rakyat dengan pelbagai program yang telah dijalankan dengan memulangkan hasil negeri untuk rakyat
Dialog antara penduduk juga diadakan bagi memberi pandangan dua hala antara pemimpin dan rakyat
Saari bersama YB Azmin Ali dan Ahli Majlis MPAJ menjawab soalan yang diutarakan oleh penduduk
Kehadiran yang ramai sehingga keluar dewan mendengar penjelasan yang disampaikan oleh pemimpin
Saari bersalam mesra bersama hadirin yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Mesyuarat Penyelaras Bersama Ahli Majlis dan Pengerusi JKKK

Hulu Kelang, 26 Januari 2012 – Saari telah mempengerusikan sebuah mesyuarat bersama yang dihadiri oleh Pengerusi-pengerusi JKKK  dan Ahli Majlis MPAJ Zon 1,2,3 dan 4 bagi membincangkan Geran SelangorKu RM300 Juta Kerajaan Negeri Selangor untuk dimanfaatkan di DUN Hulu Kelang.

Mesyuarat telah berbincang bagi menggunakan sebahagian peruntukan dari Geran SelangorKu untuk menambah baik Infrastuktur awam dan meningkatkan kemudahan sukan di DUN Hulu Kelang

Taklimat Khas MiMBAR Kepada Penerima di DUN Hulu Kelang

Hulu Kelang, 26 Januari 2012 – Satu taklimat telah diadakan bagi penerima Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) dari DUN Hulu Kelang yang layak telah diadakan di Dewan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang.

Pegawai MiMBAR sedang menerangkan kepada peserta secara terperinci Skim yang mereka tawarkan kepada setiap penerima agar tiada sebarang kekeliruan
Sebahagian daripada penerima Skim MiMBAR dari DUN Hulu Kelang mendengar taklimat yang disampaikan

Mesyuarat Bersama Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang

Hulu Kelang, 3 Januari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program Pemimpin Bersama Rakyat DUN Hulu Kelang pada 28 & 29 Januari ini. Mesyuarat telah diadakan di Pejabat ADUN Hulu kelang.

Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim telah membentangkan kertas kerja perancangan program Pemimpin Bersama Rakyat DUN Hulu Kelang
Lebih 30 program telah dirancang merangkumi semua lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur, bangsa dan agama

Mesyuarat Pusat Komuniti Wanita Hulu Kelang

Hulu Kelang, 3 Januari 2012 – Pusat Komuniti Wanita Hulu Kelang telah mengadakan mesyuarat mingguan bagi merancang program-program yang bakal dijalankan sekitar di DUN Hulu Kelang. Mesyuarat telah diadakan di Dewan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang.

Penyelia PKW Hulu Kelang, Pn Norhayati Jamaluddin bersama Aliza dan ahli merangka beberapa program yang dapat membantu wanita sekitar DUN Hulu Kelang
Lebih 10 program telah dirangka dan akan dijalankan pada bulan Januari ini antaranya refleksologi khas buat wanita, gotong-royong di perkampungan orang asli, program kitar semula sisa minyak dan beberapa aktiviti lain