Tag Archives: AU2A Taman Seri Keramat

Menyampaikan Ceramah Penerangan Rakyat di Majlis Penutup Pemimpin Bersama Rakyat DUN Hulu Kelang

Hulu Kelang, 29 Januari 2012 – Sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat, satu ceramah penerangan rakyat telah diadakan bertempat di Dewan Sebaguna MPAJ AU2 Taman Seri Keramat.

Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia, Ust Salahuddin Nasir menyampaikan ucapan tujuan dan hasrat diadakan Program Pemimpin Bersama Rakyat yang telah berlangsung selama dua hari
Saari menyampaikan ceramah beliau mengulas apa yang dikeluarkan oleh Bank Negara bahawa Malaysia menduduki tangga keempat dunia dalam pengeluaran wang haram mencecah RM1.07 Trilion
Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Mariah Mahmud menyampaikan ceramah beliau tentang kegagalan kerajaan Umno-BN menangani masalah kemiskinan yang semakin hari semakin ketara jurang antara yang miskin dan kaya
Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menyampaikan ceramah beliau berkaitan perlantikan EXCO yang baru di mana ianya telah dipersetujui oleh semua pimpinan PAS diperingkat negeri dan pusat
Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Dr Hatta Ramli menyampaikan ceramah beliau tentang kecelaruan pentadbiran Umno-BN yang mengakibatkan rakyat menanggung beban daripada salah tadbir kerajaan Umno-BN
Sebahagian daripada penduduk Hulu Kelang yang hadir mendengar ceramah yang disampaikan

25 Penduduk Wanita AU2A Terima Khidmat Refleksologi Percuma

Hulu Kelang, 28 Januari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Komuniti Wanita (PKW) Hulu Kelang telah menganjurka Khidmat Refleksologi percuma bertempat di Surau Al-Mukarramah AU2A Taman Seri Keramat.

Saari dan Aliza beramah mesra bersama penduduk yang sedang menerima khidmat refleksologi dari para refleksologis yang terlatih
Sebahagian daripada penduduk yang hadir menunggu untuk mendapatkan khidmat refleksologi percuma